Kepada 'Kafir Bangga' : MELOGIKKAN PERISTIWA ISRA’ MI’RAJ
Isra’ Mi’raj adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah agama Islam yang mana kisahnya telah dirakamkan oleh Allah s.w.t secara ringkas pada permulaan surah Al-Israa’. Peristiwa besar ini berlaku pada malam 27 Rejab, sekitar tahun 621 masihi iaitu beberapa tahun sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Dalam peristiwa ini Baginda Rasulullah s.a.w telah diperjalankan pada malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis bersama sahabatnya Jibril a.s sebelum diangkat ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini juga Rasulullah s.a.w telah menerima kewajipan solat lima waktu ke atas Baginda dan umat Islam seluruhnya. Kisah peristiwa Isra’ Mi’raj ini selain telah direkodkan di dalam Al-Quran dan hadis, turut diriwayatkan dengan sangat masyhur oleh para ulama’ dan ianya tertulis dalam kitab-kitab rujukan muktamad. Ia merupakan salah satu daripada sekian banyak mukjizat Rasulullah s.a.w yang mana umat islam wajib beriman dengannya dan mengingkari mukjizat rasul dikira kafir dan wajib bertaub...