Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Tanpa Islam Eropah tidak akan wujud

TANPA Islam, Eropah tidak akan wujud. Demikian salah sebuah makalah dalam buku berjudul Eropah: 50 fakta yang perlu diketahui. Lalu disebut betapa Islam pada masa lampau memerintah negara Sepanyol selama 800 tahun. Buku ditulis oleh Emma Hartley. wartawan dan penulis yang telah bertugas dengan empat buah akhbar bahasa Inggeris - Daily Telegraph, Evening Standard, The Independent dan Times, London. Sorotan mengenainya bermula dengan kisah Abu Abdullah, Raja Islam yang terakhir di Sepanyol manakala menunggang kuda dan berhenti di puncak sebuah bukit lalu memandang dari jauh bumbung Istana Alhamra. Ia berlaku pada abad ke-15 setelah tenteranya ditewaskan oleh laskar Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Wajahnya begitu sedih dan ia menangis ketika memandang ke arah tempat tinggal nenek moyang yang dulu memerintah Andalusia sebegitu lama. Ibu yang mengiring memarahinya: “Menangis, menangislah kau seperti betina kerana kau tak dapat mempertahannya seperti anak janta

Lawatan Ziarah Para Syuhada' Bahnasa

Imej
22 September 2012 Alhamdulillah pada harijadi tahun ni diberi peluang yang tak disangka-sangka untuk menyertai rombongan ziarah para Syuhada’ Bahnasa. Rombongan kali pertama yang dianjurkan Syeikh Yusri sebelum ni saya terlepas peluang kerana lewat mendapat tahu hinggalah tarikh tutup penyertaan berlalu. Kali ni Alhamdulillah, dengan ‘ahli kelab penganggur Wilayah’ yang bertujuh kami bersama-sama menjejakkan kaki ke sana dengan rombongan HEWI PMRAM. SEJARAH BAHNASA Asal nama Bahnasa ialah perkataan Arab Bahaa’un Nisaa’ (kemegahan wanita). Dinamakan begini kerana ia menjadi tempat himpunan perempuan-perempuan cantik dari Rom pada suatu masa dahulu. Penempatan di Bahnasa telah wujud sejak Tamadun Firaun. Sebatang sungai yang mengalir di perkampungan itu dinamakan ‘Bahru Yusufi’ sempena nama Nabi Yusuf Alaihis Salam yang pernah menjadi gabenor dalam kerajaan itu. Bahkan jasad Nabi Yusuf dikatakan turut disemadikan di sekitar sungai itu walaupun tiada kesan yang membuktik

Empat Hariku Dalam Praktikal Summer Pre-Chambering (SPC)

Sebelum tu biarlah saya jelaskan sikit apakah makhluk yang dinamakan SPC ni? Bagi setiap mahasiswa perundangan, diorang dikehendaki menjalani latihan amali selama 9 bulan yang dipanggil 'chambering' atau 'pupillage', sama macam doktor2 kena HO selama 2 tahun untuk melengkapkan pengajian masing2. SPC ni boleh la dikatakan 'mini' chambering yang diadakan khusus buat pelajar Syariah di Mesir dan Jordan untuk mendedahkan kita dengan dunia perundangan Syariah di tanahair. Untung2 jika berminat, pelajar Timur Tengah boleh la ramai2 isi tempat kosong dalam dunia perundangan kita :) Untuk SPC ni, saya dan kawan2 telah memohon sejak musim bunga yang lepas sekitar bulan 3-4 dan programnya dijalankan di Malaysia selama sebulan pada waktu cuti musim panas. Berikut serba-sedikit al-kisah yang dapat dikongsi. Hari 1 Selesai lapor diri dengan penyelia, berkenalan dengan staf-staf Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat (MRSHL). Tunggu sorang lagi pelatih akhawat Mesir yang

Berkhilaf Cara Imam Abu Hanifah

Imej
Pada zaman awal Islam, di waktu ilmu Islam sedang pesat berkembang telah muncul dua aliran pendidikan fiqh termasyhur. Satunya dikenali sebagai Madrasah Ra’yi di Iraq, dan satu lagi Madrasah Hadis di Madinah Al-Munawwarah. Para ulama’ di Madrasah Ra’yi terkenal dengan cara pengistinbatan hukum melalui qiyas manakala ulama’ di Madrasah Hadis lebih berpegang teguh dengan hadis Rasulullah s.a.w. Antara alim yang tersohor di Madrasah Ra’yi pada masa itu ialah Imam Abu Hanifah r.a, seorang tabi’en dan peniaga kain yang berjaya di Iraq. Manakala alim yang menjadi rujukan di Madrasah Hadis pula ialah Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali Karamallahu wajhah, ahli bait Rasulullah s.a.w. Suatu masa, Imam Abu Hanifah telah datang ke Madinah buat pertama kalinya. Selepas menziarahi makam Rasulullah s.a.w, beliau mengunjungi para sahabat yang masih hidup dan para ulama’ Madinah antaranya Imam Muhammad Al-Baqir sendiri. Lalu bertemulah dua orang taiko fiqh ini

Bahriyah - Satu Perjalanan Sejuta Keindahan

Imej
Ramai kawan tanya 'Ada apa kat Bahriyah?' Meh sini nak cerita. The 1st thing, Bahriyah ni bukan laut. Ramai yang tertipu dengan namanya Bahr - Laut. Bahriyah ialah satu kawasan oasis dalam wilayah Giza, maknanya ia tak jauh dari Kaherah. Trip ke Bahriyah antara lawatan paling bermakna yang mengubah pandangan saya terhadap Mesir Ardhul Kinanah. Antara yang termanis sampai tak tau macam mana nak post kat FB. Tapi dah berjalan penat2 mahal2 tak share ngan orang rugi la kan....kene cerita jugak :) Saya ke Bahriyah pada awal Julai lepas, waktu musim panas tengah merembang atas ubun-ubun kepala. Sebelum pergi rasa seram juga, macam buat kerja gila pergi ke gurun tengah2 musim panas. Tapi sebab dah rindu sangat nak tengok bintang banyak2 saya gagahkan diri dan anggap kepanasan tu satu cabaran nak tengok sejauh mana ketahanan diri. Di Bahriyah rupanya tak adalah panas sangat. Matahari memang terik, tapi 'hidangan' angin sepoi tak reti bahasa membuat saya rasa s