Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Pendedahan Peristiwa Sebenar di Mavi Marmara

Imej
Muhammad Arham Munir Merican b. Amir Feisal Merican www.iLuvislam.com Beberapa hari lepas saya berkesempatan menonton satu program bual bicara bersama 12 orang aktivis Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara di RTM 1. Para aktivis telah mendedahkan peristiwa sebenar apa yang berlaku diMavi Marmara tersebut. Pelbagai kekejaman dan keganasan teroris Israel telah didedahkan oleh mereka. Dalam rancangan sama, mereka telah ditanya tentang sebuah video yang dirakamkan oleh tentera Israel yang menggambarkan aktivis secara beramai-ramai telah menyerang tentera. Mereka telah mengakui video tersebut memang betul tetapi tidak menunjukkan peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Jika kita tengok video di atas memang kita juga mungkin menyangka yang kenyataan teroris Israel yang mengatakan mereka menembak untuk mempertahankan diri adalah munasabah tetapi jika mengetahui perkara di sebalik kejadian itu nescaya kita akan mula merasa jijik dengan sikap Israel laknatullah itu. Menurut salah seo

Nak Share Artikel Best

Rehlah Mencari Faham Dalam Agama June 7th, 2010 by Abu Saif 5:22 pm Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik? Soalan seperti ini timbul. Saya baru sahaja menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Tempatnya jauh. Perginya, tidak mudah untuk kembali. Tetapi jika soal majlis kenduri kendara sahaja yang timbul, saya tidaklah terlalu teragak-agak untuk membuat pendirian. “Insya Allah, sanggup” saya menjawab dengan tenang. Abang saya yang sulung tersenyum. “Bagaimana pula jika semasa di perantauan, bonda yang semakin uzur kembali ke Rahmatullah?” soalan ini timbul. Tersentap jantung saya memikirkannya. Usahkan bonda, bisa sahaja saya yang mati di perantauan. Dihantar ke pengajian dengan harapan pulang bersama segulung ijazah, tetapi yang pulang sekujur jenazah! Mati di mana-mana dan boleh sahaja untuk sesiapa. Namun dengan persoalan itu, saya memaksa diri berfikir panjang. Mengapa saya mahu ke Jordan? Harganya bukan murah, selain wang ringgit, pilihan ini per