Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Bertamu Ke Rumah Arab 2

Imej
Namun pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan ialah bertamu ke rumah dua orang kawan Arab, Iman dan Fatma. Mereka tinggal di Hanouville, bersebelahan bandar pelabuhan Ajamy di pinggir Iskandariah. Kunjungan kali ini atas jemputan Fatma yang baru melahirkan putera sulungnya. Sewaktu kenduri walimahnya beberapa bulan sebelum itu Fatma turut menjemput kami tetapi saya tidak hadir. Rugi tak dapat tengok pesta Arab kahwin! Dengan keluarga Iman Sebelum ke rumah Fatma, kami berlapan terlebih dulu berkunjung ke rumah Iman. Perjalanan jauh ke rumahnya melalui pekan dan bandar yang tidak biasa dikunjungi pelajar Malaysia. Dari pekan kecil yang tenang, pasar barangan terpakai di belakang pelabuhan, depoh minyak dengan paip besar melintang seperti jejambat di atas lebuhraya hinggalah bandar Ajamy yang sesak dan padat. Hampir sejam perjalanan, kami turun di pekan Hanouville tunggu Iman datang menjemput. Iman, gadis kecil molek yang berdarah asli Mesir datang dari keluarga penyokong kuat Ik

Sehari ke Faiyum

Imej
Alhamdulillah pada cuti musim panas 2008 saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada  then  terus jalan. Itulah namanya Allah nak bagi kan. Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung dan sphinx. Dalam Bahasa Arab dipanggil al-ahram dan Abul Haul. Kawasan itu merupakan tinggalan tamadun firaun yang mana sebahagiannya dilihat masih terbenam di dalam pasir. Bahagian yang sudah digali pula sedang dipulihara. Tiada apa kami lakukan di situ, hanya menangkap gambar dengan monumen ribuan tahun. Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan. Pekan Faiyum kecil sahaja namun kelihatan cantik dan terjaga. Mungkin kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Kincir air itu pula dikatakan telah dibina sejak zaman Nabi Yusuf AS.

Ustazah Sahar

Imej
Sahabat2 satu batch saya ramai yang ambil kursus bahasa seawal tiba di Mesir. Mungkin mereka dah dengar sejak di Malaysia tentang pelbagai kursus bahasa. Saya sempat ikuti kursus bahasa selepas grad. Sengaja duduk setahun di Mesir dengan alasan buat sijil asliah padahal sebenarnya tak nak balik. Hehe.. Sambil berulang buat sijil di Kaherah, ambil kelas Nahu di Alex dengan seorang sahabat akhawat bernama AH. AH ni ada connection dgn NGO yg ada connection dengan IM. Connection yg cukup kuat untuk dia tahu guru tusyen kami ni penyokong kuat IM. Namanya Ustazah Sahar. Wanita Mesir yang bertubuh langsing, hidung mancung dan bermata galak. Banyak kali pandang, macam iras Norzizi Zulkifli. Cuma Ustazah berkulit putih. Dr. Norzizi Zulkifli. Kredit Harian Metro. Tak tahulah sebab tarbiah IM ke apa, tapi Ustazah Sahar ni aura lain macam. Tingkahnya walaupun santai tapi tegas. Kata-katanya lembut tapi tegas. Tatapan matanya saja dalam keredupan tetap nampak tegas. Aura orang perjuangan mungkin. B

DI AMBANG 30 JUN 2013

Selepas Presiden Mubarak diturunkan pada 2011, Mesir tak henti-henti dilanda rusuhan. Port merusuh di Kaherah biasanya Medan Tahrir dan Husin. Di Alex pula mereka berhimpun di dataran Qaid Ibrahim, Mansyiah atau Sidi Jabir. S uasana ketika itu rasa 'berbahang'. Bila-bila saja orang awam boleh berkumpul dan merusuh.  Kalau tengok muka arab masa tu, tegang dan curiga.  Mereka stress dan cepat meradang. Menanti ketibaan 30 Jun, revolusi kedua dijangka meletus. Seperti biasa aku dan AH ke Sidi Bisyr menghadiri tusyen Nahu bersama Ustazah Sahar. Cuma hari tu kelas tak seperti biasa. Suasana sedikit  hambar. Sahabat Amerika tak hadir sebab takut berlaku rusuhan. Fatma dan Su'ad hadir seperti biasa. Ustazah Sahar di balik senyuman menyembunyikan gelisah. "Dua orang dah mati di Sidi Jabir. Seorang dari Ikhwanul Muslimin. Seorang lagi rakyat Amerika. Saya hairan apa orang Amerika buat di tengah muzoharat ?" Ustazah memulakan bicara sesudah menutup sesi kelas. "Katany

Lepat Pisang Di Perantauan

Imej
Fokus cerita bukan orang dalam gambar ini. Tapi ialah daun terjulur nun di tengah gambar. Daun pisang. Dulu saya sangka negara sepanas Mesir ni tiada pokok pisang. Rupanya mereka siap buat ladang pisang di padang pasir antara Kaherah-Iskandariah. Kalau lalu lebuhraya boleh nampak ladangnya di tepi jalan. Pokoknya nampak menyedihkan dengan daun terkoyak-koyak kerana haba panas. Tanah ladang tu pula ditutupi plastik mungkin untuk halang air tersejat. Selain dari di ladang, jaranglah nak nampak pokok pisang. Tiba-tiba di luar pagar kuliah banat Iskandariah ada pula serumpun pokok pisang hidup subur. Kenapa dengan pokok pisang? Lepas empat tahun di Mesir, saya jadi sangat rindu nak makan kuih-kuih melayu berasaskan pisang. Pisang goreng contohnya, memang tak dapat sebab Arab tak jual pisang muda. Pisang yang ada di pasaran biasanya pisang yang dah masak ranum. Tak sesuai digoreng. Satu hari, lepas berhari-hari memerhatikan pokok pisang di pagar kuliah, saya nekad nak buat lepat pisang. Sum

Kreativiti Berbahaya

Imej
Saya melangkah masuk ke kelas dengan senyuman seperti hari-hari biasa. Sekali lalu, saya toleh pada sekumpulan murid bising bermain di belakang kelas. Bila nampak kehadiran saya, datanglah seorang-dua murid mengadu. "Ustazah, J main pembaris."   "Main pembaris? Ha sudah. Suruh dia duduk, kita dah nak start ni," arah saya tanpa memikir apa-apa. Biasalah budak main pembaris.   "Pembaris tu dia buat macam pisau, ustazah. Dia buat macam mana tah bagi tajam," adu si murid lagi bila tengok saya macam tak hairan.   "Iya? Meh mintak sini ustazah nak tengok," pinta saya dengan nada serius nak ambik hati. Ya, gitulah cara ambik hati budak. Bila dia mengadu, kita bagi perhatian. Lepas tu dia suka komunikasi dengan kita dan mudah mendengar kata. Hehe. Sambil tu boleh tengok inovasi mereka tukar pembaris jadi pisau.   "Ni ha, ustazah. Tengok ni," kata si pengadu bersungguh sambil hulur dua batang lurus berbalut kertas. Saya tarik kertas tu meluncur

Aqashah

Imej
Murid kelas hujung tidak asing bagiku. Sejak mula memasuki profesyen perguruan ini aku telah diamanahkan memegang kelas hujung2. Kelas yang muridnya kurang kepandaian akademik dan (biasanya) kurang mahir mengawal sikap diri.   Setiap benda yang ada dalam kelas akan diusik menyebabkan aku risau nak tinggalkan apa-apa. Selain kerusi dan meja, dalam kelasku cuma ada langsir dan tiga bunga hiasan. Itupun perlu dilantik penjaga. Jika tidak, alamatnya punah.   Satu hari, kudapati dalam kelasku ada sebatang permanent marker. Mungkin guru lain yang bawa dan tertinggal di situ. Aku berhasrat mengambilnya selepas sesi PDPc kemudian terlupa pula. Habis! Kuduga pasti esok akan berlaku sesuatu dengan marker itu. Benar, esoknya kudapati whiteboard sudah berconteng dengan permanent marker.   "Siapa buat ni?" tanyaku dengan muka ketat.   "Khair, ustazah! Dia yang mula-mula masuk kelas tadi. Saya tengok dah ada conteng tu!" jawab Iyas separuh menjerit.   "Mana ada! Aku duduk je

Anak 'Beli' Kawan? Aduhai!

Imej
 "Alif, Ziad dan Saif jual barang kat Dirah. Dirah ambil, hutang dulu tapi sampai sekarang tak bayar. Jumlah semua dah empat ratus lebih!" cerita Ustazah Hilma tentang murid2nya yang dipanggil menghadap GB hari ini. "Diorang bertiga mengadulah nak kutip hutang." "Banyaknya! Barang apa diambil? Dia buat apa dengan barang-barang tu?" Ustazah Zura menyoal spontan. Terkejut mendengar murid darjah lima berhutang sebanyak itu. Orang dewasa pun berfikir panjang nak mengumpul hutang begitu. "Dari Alif, dia ambil pembaris sampai 60 batang. Harga seratus lebih. Dari Ziad dan Saif dia ambil Milo kiub, satu pek 25 ringgit. Banyak pek dia ambil tu sampai jadi empat ratus." Ustazah Zura menggeleng. "Buat apa benda banyak2 tu?" "Dirah kata dia jual. Tapi sebenarnya dia bagi percuma kat orang. Ramai budak dapat. Ada yang dapat pembaris sampai 6 batang," sambung Ustazah Hilma. "Bagi percuma???" "Ya, budak lain kata di sekolah pa
Imej
Masjid Al-Hakim Bi Amrillah di Bab Al-Futuh. Walaupun hanya sebuah monumen pelancongan, namun aroma kelimuan yang pernah semerbak di sini suatu masa dulu tetap tercium harumnya hingga kini. Salah satu menara di Bab Al-Futuh Mula dibina pada akhir kurun ke 10M oleh kerajaan Fatimiyah, masjid ini telah melalui beberapa fasa pembinaan semula apabila musnah dalam gempa bumi dan hakisan waktu. Menara asalnya sudah tiada lagi dan yang  kekal ke hari ini ialah binaan semula pada zaman Kesultanan Memalik. Terletak di pintu masuk ke Jalan Mu'iz li Dinillah, Masjid ini berfungsi sebagai tapak lawatan selain dibuka untuk bersolat dan i'tikaf. Kerana kurangnya pengunjung (tidak seperti Jami' Al-Azhar), masjid ini menjadi sarang merpati yang jinak bermain di laman dalamnya. cari tempat tenang nak study? Masjid ini mengalu2kan anda. Selamat datang! :) ~encik2 pengusaha travel, bawalah pelanggan anda bersiar2 di sepanjang Jalan Mu'iz li Dinillah yang melintang dari Bab Futuh hingga B