Kreativiti Berbahaya
Saya melangkah masuk ke kelas dengan senyuman seperti hari-hari biasa. Sekali lalu, saya toleh pada sekumpulan murid bising bermain di belakang kelas. Bila nampak kehadiran saya, datanglah seorang-dua murid mengadu.
"Ustazah, J main pembaris."
"Main pembaris? Ha sudah. Suruh dia duduk, kita dah nak start ni," arah saya tanpa memikir apa-apa. Biasalah budak main pembaris.
"Pembaris tu dia buat macam pisau, ustazah. Dia buat macam mana tah bagi tajam," adu si murid lagi bila tengok saya macam tak hairan.
"Iya? Meh mintak sini ustazah nak tengok," pinta saya dengan nada serius nak ambik hati. Ya, gitulah cara ambik hati budak. Bila dia mengadu, kita bagi perhatian. Lepas tu dia suka komunikasi dengan kita dan mudah mendengar kata. Hehe. Sambil tu boleh tengok inovasi mereka tukar pembaris jadi pisau.
"Ni ha, ustazah. Tengok ni," kata si pengadu bersungguh sambil hulur dua batang lurus berbalut kertas. Saya tarik kertas tu meluncur ke atas. Amboi. Macam sarung pisau gamaknya. Terzahirlah benda hitam berbucu tajam. Berkerut kening saya.
Eh biar betul budak ni...
Pembaris kayu tu, dia balut tebal2 di satu hujung sampai jadi hulu 'pisau'. Hujung satu lagi dipotong tajam jadi 'pisau'. Memang bucu tajam ok. Kalau tikam boleh luka. Siap warna dengan marker pulak bagi hitam real macam besi. Habis tangan cikgu comot masa inspect benda tu.
Serius la budak 10 tahun buat benda ni. Setau saya, banduan dalam penjara je terdesak invent senjata dari berus gigi!
Cerita seterusnya berakhir di depan guru besar.
Katanya 'pisau' itu dibuat di rumah. Bawa datang sekolah main pedang2 dengan kawan.
Tudia.
Suka saya nak highlight di sini.. Mohon perhati anak Tuan Puan sahabat handai sekelian. Perhati apa dia buat lama2 dengan satu benda. Cek beg sekolah selalu. Jaga pandangan matanya jangan tonton TV bukan2, main game bukan2.
Parents, saya rayu jangan ambik mudah dengan game lawan2 yang anda biar anak main. Otak dia tengah mode belajar. Main pun sambil belajar. Bagi main benda ganas, dia belajar jadi ganas tanpa disedari.
Kasihanilah anak Tuan Puan. Tiada siapa minta nak perangai buruk atau ganas. Kasihan mereka jika terjebak kerana KURANG/TIADA bimbingan orang tua.
Kes pembaris pisau ni mujur sedar awal. Bukan sedar setelah perut sesiapa bocor. Atau mata sesiapa tertikam. Syukur sangat Allah selamatkan. Tapi saya terfikir berapa ramai budak di luar sana yg mungkin buat benda sama tanpa mereka tahu inovasi begini ni bahaya. Kreativiti ada hadnya.
Mohon teman anak bermain. Ajarkan batas. Bimbing kreativiti dan cara fikirnya. Bantu dia jadi manusia berguna. Terima kasih ibu bapa
Ulasan
Catat Ulasan