Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Abu Qir - Cari Salji Terjumpa Kubu

Imej
Katanya salji turun di Tusun Basya. Ajaib, tak pernah dengar salji turun di Iskandariah ni. Dekat dengan Mandarah pula tu. Patutlah kami sejuk bukan main sampai dalam rumah pun mulut berasap-asap. Gambar daripada carian internet menambah asyik. Saya dengan terujanya pergi mencari salji. Tak tahu ke mana nak dibawa kaki, tapi hati tergerak nak naik keretapi ayam ke Abu Qir. Heret Nazneen sekali buat teman, risau pagi-pagi cuti nak naik keretapi sunyi ke hujung Iskandariah. Dalam perjalanan, mata sentiasa menatap ke luar keretapi kot-kot dapat tengok kelibat salji. Tapi sampai ke sudah tak nampak pemandangan yang diharap-harapkan. Turun di perhentian terakhir, Abu Qir, hujan turun sedikit lebat. Masih harap dapat melihat salji di mana-mana walaupun tak tahu nak ke mana. Selepas berteduh empat-lima minit di depan mahattah,  kami buat keputusan untuk meredah hujan menuju ke arah perhentian tremco . Kalau tiada apa yang menarik kami balik sajalah. Konon nak pergi ke tremco, Nazneen ajak

Bertamu Ke Rumah Arab 1

Imej
Arab Mesir walaupun terkenal lebih keras berbanding Arab di negara lain namun identiti mereka sebagai bangsa yang menghormati tetamu tetap terpelihara. Sepanjang menetap di Iskandariah ini saya pernah beberapa kali merasai pengalaman bertamu ke rumah Arab atas jemputan mereka dan kunjungan paling kerap ialah ke rumah tuan rumah kami sendiri yang terletak berdekatan. Baba dan Mama Baba Ahmad dan Mama Tahani, pasangan suami-isteri yang baik hati dan melayan kami tak ubah seperti anak-anak sendiri. Setiap kali tiba Aidilfitri dan Aidiladha, kunjungan ke rumah mereka adalah agenda wajib. Bukan itu sahaja, pada bulan Ramadhan juga pasti kami dijemput berbuka puasa di rumah mereka. Melalui kunjungan begini sedikit sebanyak kami dapat mengetahui budaya dan cara pemakanan mereka yang berbeza dengan kita di Malaysia. Contohnya amalan mereka yang tidak meminum air ketika makan. Mulanya agak susah bagi kami kerana Mama langsung tidak menghidangkan air di meja makan melainkan sup. Selepas itu p

Secebis Ingatan Buat Dia Yang Tercinta

Hari ni bukanlah harijadi dia. Bukan juga tarikh pemergiannya. Tapi entah kenapa sedang menelaah di tengah kesunyian malam ini jadi terlalu ingat kepadanya. Lalu saya ingin coretkan di sini sekilas ingatan terhadapnya yang saya tersangat cinta. Nenek. ______________________________________________ Zuriah Haji Demang. Lahir 28 Mac 1926. Tinggal berteduh di rumah dhaif hadiah suami dengan 12 cahaya mata. Ibu saya yang kedua. Orang kampung memanggilnya Kak Ngah Joriah. Yang muda sikit panggil Mak Ngah Joriah. Aktif dengan kumpulan marhabannya dan sekali-sekala ikut membantu pengurusan jenazah. Di rumah dia hanya suri rumah biasa. Memasak, menjahit, mengaji Al-Quran, menulis. Mungkin untuk mengisi masa lapang, Nenek turut mengusahakan jualan sagun dan mengambil tempahan bahulu walaupun belanja dari anak-anak tak pernah putus. Sejak kecil saya tinggal dengan Nenek. Sebagai ‘penyanyi bayi’ popular, saban hari melalak di telinga Nenek dan mencabar kesabarannya. Saya ada be

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir

Imej
Orang Melayu sudah berada di Mesir sejak akhir kurun ke-19. Umumnya mereka datang ke Mesir untuk mendalami agama Islam memandangkan fungsi Negara Mesir sebagai ‘kiblat ilmu’ yang khazanahnya tidak pernah terjejas oleh peperangan sejak mula dibuka oleh sahabat Nabi s.a.w, Saidina Amr Al-Ash. Bilangan pelajar Melayu di Mesir bertambah meningkat mengikut tahun dan sejak selepas merdeka jumlahnya sudah mencecah ribuan orang dari seluruh nusantara. Institusi yang paling mendapat perhatian para penuntut di sini ialah Universiti Al-Azhar. Bukan sahaja penuntut pengajian Islam, pelajar perubatan juga menuntut di universiti ini sebelum Kerajaan Malaysia mengembangkannya kepada universiti lain seperti Universiti Ain Shams, Universiti Kaherah dan Universiti Iskandariah (sekadar menyebut beberapa tempat). Istimewanya di Universiti Al-Azhar para pelajar dikehendaki menghafaz al-Quran mengikut silibus yang ditetapkan selain mengambil subjek asas agama Islam seperti Tafsir, Fiqh d