Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Saya Dan Dia, Entah Bila Dapat Bersatu

Imej
Antara kenangan lama yang masih maujud dalam simpanan. Bukan bersatu dengan kekasih hati. Saya masih single available lagi. Entah bila dapat bersatu dengan minat saya - menulis. Saya bercita-cita menjadikannya profesion, walaupun secara separuh masa. Saya fikir sudah tamat belajar inilah waktu saya merealisasikannya. Nampaknya semakin jauh dari gapai. Di blog sajalah, bila berkesempatan. Seingat saya, saya mula menulis panjang sejak di tadika. Waktu tu mak andak pindah rumah. Saya tulis surat rindu kepada mak andak, meniarap sedih depan tv. Masuk sekolah tahfiz, di usia sepuluh tahun saya mula menulis cerita pengembaraan. Waktu tu saya tak tahu bagaimana format cerpen. Ambik jalan mudah, saya buat cerita berbentuk dialog saja. Berbelas tahun lepas tu baru saya tahu rupanya format begitu ialah skrip drama. Darjah lima saya mula tulis cerpen. Agaknya waktu tu dah mula banyak membaca. Sekolah tahfiz dulu2, kami hanya ngadap quran je. Parents kasi surat khabar pun kena rampas

ZAHRAH DE TIGRIS

Imej
Novel yang hidup. Ini je yang dapat saya simpulkan. Walaupun kaver depannya tak ka-boom macam novel2 keluaran Alaf, tapi isi dalamnya lebih dari meletup. Tak rugi mengorek handbag bagai nak rak, mencari seposen untuk mencukupkan 20 ringgit membeli novel ni. Berhari-hari menyedut novel ni macam mengulum baklava-si halawiyat sarang burung. Sedap, manis, lively. Rasa macam terbang ke Baghdad, negara di mana latar cerita berdiri. Buah tangan sulung Kak Khairyn memang ho liao! Puji melangit ni apa ceritanya? Jangan bayangkan babak heroin pengsan dan hero bawak pergi hospital ye. Memang xde. Novel ni nampak je comel dengan teddy bear tergolek kat depan tu. Tapi di dalamnya penuh dengan bom-peluru-debu-darah-air mata yang berterbangan di Baghdad pada waktu kemuncak pendudukan Amerika. Kisahnya tentang Nisa, pelajar Malaysia di Scotland yang terbang ke Iraq untuk menjadi guru kerana tertarik dengan tawaran gaji belasan ribu sebulan. Sampai di Baghdad dia terperangkap dalam pepera

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir IV–Kaleidoskop.

Imej
Sebelumnya : Pergi Lebih Jauh Satu wadah pelbagai warna. Itulah sebab saya namakan ‘waktu itu’: Kaleidoskop. BIRU BKAWM ni satu BKAN yang unik. Macam bandaraya KL yang dipenuhi ‘pendatang’ dari negeri-negeri lain seluruh Malaysia, begitu juga BKAWM didukung oleh pelajar dari BKAN lain. Sebabnya di Malaysia, sekolah agama di Wilayah Persekutuan sangat sedikit. Jadi pelajar2 dari Wilayah Persekutuan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk bersekolah agama. Ramainya di Kelantan, Kedah dan Selangor. Bila diorang datang ke Mesir, diorang akan ikut sekolah diorang dan tak ramai yang nak menyertai persatuan negeri sendiri. Mana yang datang menyertai BKAWM biasanya dah berpengalaman terlibat dengan BKAN lain sebelum itu. Jadi gabungan idea dan pengalaman antara kami mebuatkan suasana bekerja jadi menarik dan lebih seimbang. Sesetengah BKAN lain mungkin terlalu tegas mengawal ahli tapi kami di BKAWM nak tak nak kena pandai tarik tali. Hubungan dengan semua pihak mesti dijaga, terutamany

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir III - Pergi Lebih Jauh

Imej
  Assalamualaikum w.b.t. Saya mulakan dengan salam sebab dah lama tak update blog. Rasa macam balik kampung jumpa keluarga yang lama terpisah. Alhamdulillah sekarang dah kembali ke tanahair. Betul2 dah balik. Banyak perkara menanti di depan tapi buat masa ni Ardhul Kinanah masih dalam ingatan. Sebenarnya saya dah hilang mood nak menulis. Berkali2 hati berbisik, ‘kalau tak catatkan semua kenangan tu kau akan lupa someday!’. Tak kisah la orang baca ke tidak sume repekan saya kat sini tapi yang penting saya dah ada arkib simpanan yang boleh diselongkar bila-bila nak. Yang buat saya nak menulis semula ialah novel Zahrah de Tigris tulisan Kak Khairyn Othman yang merakamkan kisah seorang guru sukarelawan di Iraq. Memang best novel tu. Lain dari lain. Nanti dah habis baca saya akan buat review. Nak cari di pasaran? Tak tahulah masih ada ke tidak, sebab novel ni cetakan 2007. Kalau tak, tanyalah terus ke syarikat Jemari Seni. Balik kepada topik, saya nak mengimbau cerita saya waktu tah

Cara Membuat Pengiktirafan Sijil Di JPA.

Ini adalah proses wajib bagi mahasiswa/wi luar negara untuk memudahkan kita memohon kerja dengan kerajaan. Sila semak antara dokumen yg diperlukan: 1) I/c dan salinan yg disahkan. 2) Semua pasport lama dan baru serta salinan muka depan dan visa2 yg disahkan. 3) Transkrip bahasa arab (kasyfu taqdirot) dan salinan yg disahkan. 4) Transkrip (kasyfu taqdirot ) terjemahan dari kedutaan Malaysia Mesir dan salinan yg disahkan. 5) Sijil asliyyah dan salinan yg disahkan. 6) Pengesahan sijil ijazah/master/phd dr kedutaan Malaysia Mesir serta salinan yg disahkan. 7) Sijil muaqqotah dan salinan yg disahkan. 8) Sijil spm dan salinan yg disahkan. 9) Sijil STAM serta salinan yg disahkan (kalau ada bahasa arab bawa bersama) Segala kesulitan atau masalah boleh hubungi terus ke talian 03-88853682. urusan ini boleh dibuat di pejabat JPA , tingkat 6 Bahagian Pengiktirafan Sijil, Presint 1, Putrajaya . Selamat berjaya, semoga dipermudahkn segala urusan. Semoga perkongsian ini

Bukan Saidina Ali

Imej
Madinah pasca pembunuhan Saidina Usman sangat genting. Pemberontak yang jumlahnya puluhan ribu orang masih berkeliaran mengepung bandar. Ramai para sahabat keluar mengerjakan haji, justeru para pemberontak dengan megah menjadi imam di Masjid Nabi selepas mereka tumpahkan darah sahabat Baginda yang mulia. Khalifah Ali yang baru memegang tampuk dapat membaca suasana tidak baik. Permintaan sahabatnya Az-Zubair dan Talhah supaya menuntut darah Usman terpaksa diketepikan dahulu menimbangkan keadaan darurat yang berlaku. Para pengikut asyik mendesak. Akhirnya dua sahabat mulia tidak dapat bertahan lagi, lantas safar ke Makkah menemui Saiyidah Aisyah mengharapkan srikandi itu akan mengepalai gerakan menuntut bela. Di Makkah mereka memutuskan perkara. Pengikut dikumpulkan. Darah Usman akan terbela di Basrah. * * * Kamu bukan Saidina Ali. Dan saya bukan Saiyidah Aisyah. Tapi impian kita sama. Takkan sama. Permisi. Begitu sahaja dia tinggalkan lamaran tak berbalas, dua puluh lima ta

Buyut Kembali, Dari Puzzle Kerjasama.

Imej
Hari ketiga Buyut tak balik. Sejak keluar merayau pada malam Selasa, dia tak balik-balik buat kami risau terutamanya Kak Ti yang diamanahkan menjaga Buyut . Buyut kucing rumah yang jarang keluar sejak kecil. Makanannya khas untuk kucing, tak main makan sampah-sarap dan sisa orang. Tiga hari tak balik, apa dia makan kat luar sana? Kami bimbang. Memikirkan dia pulang dengan luka-luka seperti sebelum ini -atau mungkin dilanggar kereta- buat kami tambah tak keruan. Kesian Kak Ti. Tidur, Buyut . Bangun tidur, Buyut . Makan, Buyut . Keluar rumah, Buyut . Balik rumah, Buyut . Nama buyut jadi zikir Kak Ti 2-3 hari ni. Sebelum ni Kak Ti dah cuba cari Buyut ditemani Kak Faizah, sahabat Thailand kami di Masjid Amru. Tak jumpa. “InsyaAllah, malam Jumaat dia balik la tu,” kata Kak Faizah. Bosan bila Buyut tak ada di rumah. Selalu dia jadi objek kami menghilangkan stress. Perhati lenggok jalannya saja buat hati asyik, Maha Suci Allah menciptakan kucing sebagai teman manusia yang menenangkan.

Purdah Hitam & Islamophobia = Siapa Aku?

Imej
Isnin yang sederhana panas di tengah Kaherah. Dengan memakai tudung dan purdah serba hitam aku keluar jumpa kawan di Mahattah Ramses, kirim sesuatu untuk dia bawa balik ke Alex. Dalam perjalanan pulang ke ARMA tempat aku menginap, ternampak satu pasangan pelancong berwajah cina. Dengan buku panduan dan sebotol air mineral dikelek ke sana ke mari, diorang bertanya arah kepada seorang makcik Arab. Nak ke Bab Sya'riah dengarnya. Stesyen Metro bawah tanah yang paling hampir dengan Bab Futuh - kawasan tumpuan pelancong yang aku sukaaaaaa kongsi kat sini. Aku tahu sebab aku pernah study tempat tu dalam peta tahun lepas, tapi belum sempat jelajah lagi. Aku intai buku panduan yang dipegang si lelaki, Walking Trough Cairo ke apa tajuknya tak pasti. Yang aku pasti pasangan ni nak berjalan kaki menjelajah Kaherah. Sama hobi dengan aku! Hati aku rasa tertarik2 sangat nak tolong dua pelancong tu. Kebetulan diorang pun akan naik tren yang sama dengan aku, cuma destinasi aku kemudian sikit

PRU 13 - Satu Catatan

SATU - Ayah saya, seorang wira negara. Pada akhir dekad 60'an Ayah telah menyertai pasukan pengaman PBB ke Congo. Cerita Ayah, sewaktu pasukan mereka mula-mula tiba sudah dikepung puak pemberontak. Ayah lah manusia yang paling gerun kerana kedudukannya waktu itu menjaga machine gun atau senapang automatik yang boleh menembak beratus peluru dalam beberapa minit. Jika puak pemberontak hendakkan senjata itu, pasti nyawa ayah yang pertama jadi galang ganti. Kata Ayah, waktu itu memang dia MEMINTA NYAWA kepada Tuhan. Tapi selepas beberapa hari ditahan, pasukan mereka dibebaskan dengan selamat. Sebab utamanya ialah MEREKA ISLAM dan PUAK PEMBERONTAK ITU JUGA ISLAM . Atas nama SAUDARA yang datang sebagai pengawal keamanan, pasukan Ayah dibebaskan. - Dalam satu insiden di Sarawak, Ayah menyertai konvoi menghantar seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera yang telah bersara pulang ke Semenanjung. Sewaktu melalui jalan hutan berbukit, konvoi mereka diserang hendap puak komunis. Ayah ya

Apakah Jabidah Massacre?

Imej
Saya terserempak dengan sejarah ni waktu merayau2 update isu Lahad Datu. MasyaAllah tak sangka rupanya dalam keluarga Nusantara kita pun ada kisah tragis macam ni. Teringat drama Korea - City Hunter yang intronya mengisahkan sekumpulan askar yang dikhianati negaranya. Ntah2 si penulis City Hunter dapat ilham dari peristiwa ni. Pada Mac 1968, sekumpulan perajurit muda beragama Islam dari suku Tausug dan Sama telah dibunuh di Filipina. Mereka telah dilatih untuk menimbulkan kekacauan di Sabah, dalam usaha Filipina mahu mendapatkan semula negeri itu dari Malaysia. Apabila para perajurit muda ini mendapat tahu tujuan asal latihan mereka untuk membunuh saudara Muslim di Sabah, mereka enggan meneruskan latihan dan menuntut supaya dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Tuntutan mereka tidak dipedulikan, sebaliknya Kerajaan Filipina telah menghantar mereka PULANG KE AKHIRAT. seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dari pembunuhan tersebut dan menceritakan kisa

Filem 'Devil' dan Erti Sebuah Iman

Imej
Pagi2 Jumaat tengok cerita hantu. Alhamdulillah ceritanya bukan sekadar cerita. Tapi pengajaran yang sangat baik untuk difikirkan bersama. saya kongsikan kisahnya dengan kamu :) FILEM: DEVIL Kisahnya tentang lima orang pengguna terperangkap dalam sebuah lif. Semuanya mempunyai kisah silam yang buruk. Ben seorang pembunuh. Sarah, pelacur 1st class yang kerjanya memeras lelaki kaya. Tony, pernah melakukan langgar lari kemudian meninggalkan nota meminta maaf di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah sorang penipu skim cepat kaya dan sorang nenek penyeluk poket. Kisah bermula apabila lif yang mereka naiki terhenti separuh jalan. Dalam beberapa tempoh, lampu akan terpadam dan bila menyala semula, sorang demi sorang didapati terbunuh tanpa diketahui siapa pelakunya. Yang pertama mati ialah si penipu skim cepat kaya. Selepas itu ialah nenek penyeluk saku. Tiga orang yang tinggal mula saling mencurigai antara satu sama lain dan hampir berbunuhan. Sementara itu polis mula