Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Ada apa Dengan Gagal?

Imej
Fatrah Imtihan telah berlalu dengan jayanya. Natijah yang keluar di hujung fasa menjadi bukti usaha. Pada masa ini kita melihat mahasiswa/wi kita berhadapan realiti dengan pelbagai ragam. Yang lulus, bergembira dengan senyum lebar yang tak lekang di bibir. Tak kurang yang melaburkan sedikit wang, bersedekah dan mengadakan jamuan kesyukuran. Ucapan tahniah dan ‘mabruk’ kedengaran di mana-mana saat bertemu sahabat handai seperjuangan. Yang gagal melepasi halangan peperiksaan pula tidak kurang gelagatya. Ada yang menyambut keputusan dengan redha, ada juga yang berkurung sepanjang hari meratapi kegagalan. Inilah fokus yang mahu diutarakan dalam ruangan kecil ini. Mengapakah mahasiswa/wi kita apabila menghadapi kegagalan (baca: kejayaan tertangguh kerana beberapa sebab) terus menjadi hilang arah dan tenggelam punca. Menangis berhari-hari seperti kematian ahli keluarga layaknya. Mengapa? ADA APA DENGAN ROSIB? Budaya meratapi kegagalan sebenarnya amat berte

Ke arah merealisasikan THE NEW / THE ONE WORLD ORDER

Imej
Facebook paparkan lokasi pengguna SAN FRANCISCO 19 Ogos - Laman web rangkaian sosial, facebook semalam memperkenalkan aplikasi baru yang membolehkan penggunanya di Amerika Syarikat (AS) memberitahu rakan masing-masing di mana mereka berada. Aplikasi facebook Places yang merupakan menyediakan perkhidmatan 'berasaskan lokasi' itu dijangka menarik minat pengguna telefon pintar yang dilengkapi teknologi penjejak satelit. "Mulai hari ini anda boleh memberitahu rakan-rakan anda di mana lokasi kegemaran anda. "Lokasi anda itu boleh dikongsi mengikut waktu nyata menggunakan teknologi di telefon bimbit anda," kata pengurus produknya, Michael Eyal Sharon. Pengguna facebook kini boleh 'mendaftar masuk' di beberapa tempat seperti restoran, bar atau tempat sosial lain dan membolehkan rakan di laman sosial itu mengetahui lokasi pengguna dan orang yang bersamanya. Aplikasi Places untuk iPhone telah diperkenalkan dan pengguna rangkaian sosial dengan mana-mana telefon pi

Sketsa Buruk Sangka

Imej
SATU Dodi seorang budak comel yang kerjanya mencuri di pasaraya.Dia pernah ditangkap mencuri di kedai tauke Cho hampir empat puluh kali hingga Tauke Cho sudah mengenalinya.Apabila tamat persekolahan,Dodi berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Selepas dua tahun,dia pulang ke tanahair dengan bergaya dan berjumpa dengan Tauke Cho untuk meminta maaf atas kenakalannya semasa remaja. Namun apabila Tuke Cho melihatnya di kedai,Tauke terus menegurnya : "Ha,datang nak curi apa pulak harini?" Dodi lantas pulang dengan sedih."Tauke ni...aku datang nak mintak maaf, dia su'zhan pulak cakap aku nak mencurik....." DUA Jack hilang lagi.Jill pening melihat sampah bertimbun yang tidak bersapu.Sampah-sampah dikautnya sehari suntuk hingga waktu makan tengahari,dia masih mengaut sampah yang ditinggalkan Jack.Jam 5 petang apabila tamat waktu kerja,barulah Jill duduk melepas lelah di bawah pokok.Nombor telefon Jack didail. "Jack kau ke mana lagi ni?Sampah bertimbun kau t

NGO semakin garang, parti Melayu semakin...?

harini terjumpa dua artikel best; satu di ruangan ARTIKEL Utusan Malaysia.artikel bertajuk : NGO semakin garang, parti Melayu semakin...? yang saya kira benar2 menggambarkan suara hati rakyat jelata yang sudah mual dan pening di negara kita.ingin kongsi kepada sahabat2 tapi khuatir ia akan menyentuh posisi saya di dalam BKAWM. berminat nak baca,jenguk sini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm satu lagi di sebuah laman web, artikel pendek berkenaan Badi'uzzaman Said Nursi dan pemikiran beliau : http://www.uinjkt.ac.id/index.php/home/1-headline/923-pemikiran-said-nursi-miliki-pengaruh-besar-dalam-kehidupan-bernegara.html selamat merenung & berfikir.atau selamat.........whatever :)

'Bermanfaat'nya Khinzir Kepada Kita!!

Imej
Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia, anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Pengisinya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil. Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita. Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut kat dalam blog ni? Tak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Maaf, dalam entri ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini. Kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan