Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Taufiq, Aku dan Ustazah Icha

Imej
Taufiq meragam lagi. Buat dua hariku belakangan ini terasa kusut. Sebab aku sangat marah dan kecewa dengan tingkahnya. Tapi, aku nampak diri sendiri dalam Taufiq. Seorang kanak-kanak yang murung. --------- Kelmarin, Taufiq bising dengan kawan-kawannya sewaktu belajar. Berkali-kali aku pandang mereka. Ada yang aku tegur, ada yang tengok saja dengan harapan mereka sedar aku pandang dan diam sendiri. Di meja guru, aku cuba terangkan pelajaran pada murid lain yang tercicir faham. Sambil melawan suara bising mereka. Ah, kebisingan murid memang spark kemarahanku. Tapi aku dah belajar berdamai dengan kebisingan. Aku dah tak marah lagi. Cuma... Mereka kusuruh berdiri di luar kelas.  Pergilah bising di luar. Jangan di dalam. Mereka terus diam. Rayyan dengan muka masam, keluar juga perlahan-lahan. Taufiq sebaliknya menjerit padaku. "Tak naaaakkkkkk!!!!!!" Menjerit yang sesungguhnya mintak penampar. Akhirnya kubiarkan saja dia. Walaupun rasa tak adil pada Rayyan yang sudah keluar. Tapi

Lelaki Hebat, Boleh Menangis!

Imej
Amar, seorang lagi murid kecil molek dalam kelas. Otaknya bijak dan berbakat. Suara dan budi bahasanya sama halus. Aku jangka ibu Amar telah mendidiknya dengan baik sekali. Amar suka bercakap dan beritahuku apa-apa yang terlintas di kepalanya. Satu hari, waktu ku sedang terangkan pelajaran, tiba-tiba Amar berkata: "Lelaki kan hebat!" Terpinga-pinga ku dibuatnya, dah kenapa tiber cakap lelaki hebat ni? Aku bukan ajar pasal jantina pun. "Mak saya kata, lelaki kan hebat!" lanjut Amar. Oo... Mak dia kata. Tapi ku tak sempat tanya kenapa mak dia kata macam tu? Terpaksa teruskan mengajar untuk mengejar masa. Hari-hari berikutnya, aku semakin faham kenapa Amar cakap macam tu. Rupanya budak ni kuat menangis! Sebelum ni dia menangis juga bila dimarah kerana leka belajar. Tapi lepas tu bila tak faham, dia menangis. Tak dapat jawab, menangis. Lambat siap kerja, menangis. D ia tidur dalam kelas, orang kejut suruh basuh muka pun menangis. Kena tegur, lagilah menangis. Siap pakej

Pornografi Seksual Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Imej
Ini bukan artikel ilmiah, tapi aku tak tahu nak letak tajuk bagaimana yang sopan. Cabaran baru yang kulihat pada sesi mengajar kali ini, ialah murid yang terdedah pada kelucahan. Kanak-kanak seusia 7 tahun yang membaca pun belum pandai. Tapi sudah tahu mengusik zakar orang. Seawal minggu pertama aku dah spotted tindak-tanduk beberapa murid ni. Ada dua orang yang duduk bersebelahan dan tangannya 'di bawah meja' kawan. Ada yang masa berdiri mengaji sebelah aku pun tangannya dalam kain samping.   Ada yang mengadu, kawannya nak cium. Murid lelaki dengan lelaki.  Ada yang tendang kawan, sambil tersengih-sengih tendang di zakar. Terkebil-kebil si kawan pegang zakarnya kena tendang. Bull's eye tu juga nak ditendang. Dah tak ada tempat lain? Sazah perati je perangai korang...😠  Nak pastikan korang tersilap atau memang sengaja berkelakuan macam tu. Minggu lepas waktu berziarah ke rumah Akak, kami berbincang tentang hal ni. Maklum la, Akak ada 3 anak lelaki baya-baya muridku. Mung

Senaif Taufik

Imej
Minggu ni agak mencabar bila mengajar dalam keadaan kurang sihat. Ada hari, aku senyap saja sebab tekak dan dada sakit nak bercakap. Ada hari aku menjerit juga mengalahkan waktu sihat. Ada hari, aku surrender dan keluar dari kelas. Rehatkan jiwa beberapa minit di tempat lain sebelum kembali ke kelas. Mengajar budak kecil zaman sekarang makin mencabar sebab mereka rosak. Makanan mereka rosak. Didikan ibu bapa rosak. Pengaruh sekeliling seperti hiburan dan gajet, rosak. Waktu rehat, aku tengok mereka makan jajan, fries, coklat crunchy tah apa-apa. Semua ni buat aku makin simpati pada mereka. Bukan mereka minta nak jadi begitu. Contohnya Taufik yang setiap hari buat scene. https://www.focusonthefamily.com/parenting/what-boys-need-to-learn-to-become-good-men/ Pertama kali jumpa hari tu, bila tengok Taufik ada kecenderungan memukul orang, aku nasihatkan dia pukul diri sendiri bila rasa nak marah. Kononnya bagi dia faham rasa sakit, so jangan sakitkan orang lain. Khamis, aku buat kuiz. Tau

Anak Yang Dibenci Masyarakat

Imej
Mengajar murid darjah satu memang meletihkan. Seronok dengan gelagat mereka yang polos. Tapi letih mengawal. Kejadian semalam buat aku rasa lunyai macam kain buruk. Letih fizikal dan emosi. Sebabnya, Taufiq. https://www.heysigmund.com/kids-anger-help-little-hot-head-find-calm/ Izzi datang padaku mengadu Taufiq memakinya bodoh. Mula aku abaikan saja. Tapi bila dua-tiga kali murid datang mengadu, aku panggillah si Taufiq ke depan. Dia datang dengan muka berkerut ketat. "Kenapa panggil Izzi bodoh?" tanyaku. "Sebab bila ustazah suruh ambil buku Tauhid, dia kata Taufik." Oooh... Izzi mengejek namanya. Bagi orang lain, perkara tu tak adalah menghina. Tapi bagi Taufik perkara tu besar. Tak apalah. Belum sempat aku menyambung kata, Taufik dah sambung dulu. "Ni, dia ni.. Dia ni... Eee pukul kang," Siap dengan tangan diangkat hendak melempang Izzi. Wow, lain macam. Aku dah agak sesuatu... "Taufik, awak selalu kena pukul ke kat rumah? Ayah selalu pukul?" ta

Kelahiran Sis Jawi

Imej
 Alhamdulillah syukur. Harini siapkan blog baru, khusus untuk aktiviti jawi-menjawi. Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah. Hamba tak mampu. Allah mampu. Semoga Allah berkati usaha ni sebagai khidmat kepada umat Rasulullah SAW. Moga usaha ni dapat mendekatkan semula orang Melayu kepada tulisannya yang asal. Tulisan inspirasi dari Al-Quran. Perkongsian cerita. Lagu dan senikata jawi. Aktiviti permainan kata. Blog ni lebih kepada aktiviti dan pemantapan jawi. Kalau nak rujuk kaedah-kaedah, ada sambungan ke lama-laman pendidikan jawi. Jemput jengah ke Sis Jawi! 😊 Sambil tu berjinak2 dengan pengiklanan dan bisnes atas talian. Moga2 murah rezeki dapat work from home, from beach, from jungle je satu hari nanti... Aamiin.

Mengembara Dengan Warga Emas.

Imej
Saya bertuah dikurniakan ibu yang sudi meneman berjalan ke mana saja. Alhamdulillah. Sama ada perjalanan dirancang atau tidak, ibu layankan angin anak dia ni. Dulu cuma ke masjid atau mall. Lepas tu jauh sikit.. Ke Sekinchan, ke Lumut. Sudahnya sampai Cameron Highland saya hangkut. Terima kasih ibu! Taman Agroteknologi MARDI. Mengembara dengan warga emas ni bukan mudah. Mereka ada keperluan tertentu mengikut tahap kesihatan diri. Tapi rasa gembira dan bahagia dengan kehadiran orang tua ni amat berbaloi. Sebab tu kena bijaklah buat timbang tara sewaktu merancang perjalanan. Apa keperluan orang tua ni biasanya? 1. TANDAS Sesetengah warga emas alami kesukaran mengawal kencing. Terutamanya ibu-ibu, mungkin ada urat yang cedera masa lahirkan kita. Kesannya mereka hadapi bila dah tua. Kesian kan.. Kita pun mungkin akan hadapi satu masa nanti. Jadi perlu sangat-sangat pentingkan keperluan tandas waktu bawa orang tua berjalan. Pastikan tempat yang kita nak pergi tu ada tandas yang selesa. Bia

PD Car-camping bhgn.3

Imej
Hari ketiga car-camping saya bermalam di Tanjung Biru. Itu pun lepas merayau 2-3 pantai cari port  sesuai. Nampak di Tanjung Biru ada orang pacak khemah. Kita pun join sekalilah. Di Tanjung Biru ni tandas awamnya tutup pukul 7 malam. Tak sempat nak mandi lepas turun hiking , saya mandi di PD London Bus Hotel . Hotel bajet tepi pantai Teluk Kemang yang turut sediakan tandas awam berbayar. Hotel ni comel, ada 3 jenis penginapan unik ditawarkan. Lain kali nak bercuti bajet boleh tidur sini. So macam mana nak guna tandas bila bermalam di Tanjung Biru? Boleh tumpang tandas awam di Kondominium Tanjung Biru . Tandas tu dalam pagar kondo. Boleh sembang tepi dengan penjaganya. Diorang benarkan je.. Waktu malam, pantai ni diterangi lampu limpah. Jenuh juga saya tutup2 tingkap kereta nak hadang cahaya masuk. Tapi yang bagusnya ada je la orang melepak ambil angin sampai pukul 1-2 pagi. Taklah sunyi. Harap jangan ada yang cemari pantai ni dengan jenayah syariah sudah.. Bangun pagi dengan pemandanga

PD Car-camping bhg.2

Imej
Hari Sabtu ada pasar malam di PD. Setepatnya di pekan Batu 4 sebelah Petronas. Minggu sebelumnya saya ke situ dengan ibu, terjumpa lemang pulut hitam. Unik rasanya buatkan saya tak sabar2 nak beli lagi. Saya memang suka pulut hitam. Baik bubur, kuih koci, dan yang terkini masuk list; lemang. Tapi disebabkan tamak nak melancong, saya merayau dulu cari pasar malam di Kuala Sungai Baru. Ini bandar terakhir di sempadan Melaka-PD. Cari punya cari guna google map, tak jumpa lokasinya. Kecewa tapi tak apalah....jom terus naik ke PD. Lepas tu berlaku keajaiban. Waktu memandu di jalan utama, tiba-tiba saya rasa nak belok masuk ke satu simpang ni. Hujung simpang tu ada belukar dan jalan tak berapa cantik. Tiba-tiba rasa nak belok kiri lagi. Tembus ke satu jalan besar yang sunyi. Eh, kompius.. apa aku buat kat sini? Apesal aku masuk sini? Haha😂 Nak buka map cari jalan keluar, henfon dah kong pulak. Aisey... Pandang kiri-kanan nampak kubah masjid. Terus memandu ke sana kot jumpa simpang untuk ba

Seronok Ke Musim Sejuk?

Imej
Bersembang dengan rakan grup tentang perubahan iklim. Ada yang teringin nak Malaysia bersalji. Kita yang duduk negara panas ni memang ada kejakunan dengan salji. Terimbau kenangan duduk negara sejuk dulu buat saya sengih sorang2 pagi ni. Hehe.. Seronok ke hidup di iklim sejuk? Solat subuh berjemaah sebelum mendaki gunung Sinai. Januari 2011. Mesir negara beriklim Mediterranean yang ada 4 musim. Cuma musim gugur dan musim bunga tak begitu ketara sebab tak banyak pokok nak ditengok perubahan tu. Salji pun tak ada. Masa saya di sana, salji cuma turun sekali-sekala di gunung Sinai. Ikut nasib siapa mendaki waktu tu dapatlah main salji. Walaupun tak bersalji, musim sejuk dia tak main-main.. Negara gurun macam tu ada banyak angin pulak. Bila angin sejuk tu berhembus, huuuuuu~~~~ Dingin hingga ke tulang! Ribut musim sejuk 2011. Berubah lanskap pantai Iskandariah yang cantik. Iskandariah tempat mastautin saya di Mesir. Bandar pesisir pantai yang cantik dengan laut jernih membiru. Rumah-rumah d