Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Kisah Aku Editor - Part 14: Tuhan Yang Ajaib

Bismillahirrohmanirrohim… Istilah periuk ajaib tu menipu. Manade ajaibnya kalau still masak guna api. Lainlah kita letak dalam tu dia masak sendiri, baru ajaib. Yang ajaib tu Allah. Sebab kerja Dia selalu tak disangka-sangka. Aku masuk ofis dengan azam untuk berenti. Aku akan bagi surat berenti. Terpulang la bos nak terima ke, tolak. So sebelum berenti, dengan sisa azam yang ada, aku akan buat yang terbaik. Tetiba bos panggil meeting. Semua team Majalah Y. Aku, senior kepala besar dan lain-lain. Bos bagitahu yang unit sales minta tutup Majalah Y sebab jualan menurun. Tapi bos taknak, sebab inilah antara sumbangan sosial kompeni kepada remaja yang semakin rosak. Bos minta kami betulkan niat. Ikhlaskan hati bekerja. Supaya Majalah Y ni jadi amal jariyah yang kekal untuk kami sampai akhirat. Lepas sesi soal-jawab, brainwash dan lain-lain, aku keluar dengan rasa takjub. Aku nekad nak berenti kecuali jika keadaan berubah. Adakah keadaan sedang berubah? Maknanya All

Kisah Aku Editor - Part 13: Allah Lebih Tahu. Kau Tak Tahu.

Bismillahirrohmanirrohim… Ya, aku tak tahu. Adakah keputusan nak berenti ni betul ke tak. Lantaklah, yang penting aku taknak hadap lagi. Bangun pagi di tempat asing, dengan bau selimut yang wangi dan rintik hujan di luar. Aku rindu betapa bestnya perasaan tu. Lepas solat Subuh, bukak sliding door dan mengaji dalam keheningan. Aku rindu. Sekolah tahfiz dulu yang hingar bunyi orang mengaji macam sarang lebah tengah hutan. Lepas tu tutup lampu. Bentang tilam depan sliding door dan meniarap dalam gelap tunggu nelayan turun. Dah siang baru dengar diorang turun. Mungkin sebab hujan. Aku bertenggek di balkoni tengok diorang cedok keluar air hujan yang bertakung dalam bot. Lepastu turun ke laut dalam hujan begitu. Nampak cam kesian. Tapi sebenarnya hidup diorang ni tenang. Tak terikat dengan jam kerja. Takde tekanan bos. Tak payah fikir kerenah manusia. Takde jeles ngan Iphone dan kereta orang. Hidup yang sangat simple dan basic. Tak semestinya hidup moden tu bagus. Ta

Kisah Aku Editor - Part 12: Takkan Berganjak!

Bismillahirrohmanirrohim… Yang takkan berganjak dalam citer ni ialah keputusan aku untuk berenti kerja. Aku percaya yang aku memang dah takde masa depan dalam bidang ni dan aku perlu tukar profesyen… Kalau tak sambung belajar. Sepanjang berjalan, aku masih fikir tentang tu. Lepas pantai D’Muara, aku bawak stres tu lepak kat Bagan Nakhoda Omar yang famous. Argh! Puasa-puasa ni gi tempat makan seafood, sabar jelah… Aku rehat kat surau dia yang cantik. Tulis diari sambil tengok bakau terapung kat air pasang. Atos pun dapat port baek punya bawah teduhan pokok kelapa. Terima kasih Ya Allah, memang tempat rehat yang best. Tak payah bayar. Aku memang dah berkira-kira nak cari tempat rehat tepi laut. Pukul 3 keluar dari situ naik terus ke utara. Tak tahu mana nak pergi. Tengok pemandangan kiri-kanan pun dah cukup buat aku rileks. Pantang nampak signboard pantai sure aku redah. Celah kebun kelapa sawit, celah kampung cina, semua aku masuk. Habis aircond kereta berbau udang

Kisah Aku Editor - Part 11: Mustahil Tu Apa?

Bismillahirrohmanirrohim. Dulu aku suka makan dan susah nak puasa. Puasa bagi aku ialah ‘hibernate.’ So bila ada aktiviti aku takkan puasa hari tu. Tapi hari mana yang aku takde aktiviti? Sudahnya dekat Ramadhan baru aku ganti puasa. Bila dah terdesak gitu, boleh pulak puasa pada hari yang sibuk. Hujung minggu tu aku puasa. Tapi nak duk diam kat rumah pun tak boleh, sebab terngiang-ngiang bebelan encik ketua dept semalam. Dulu bila bengang, aku tidur. Akhir-akhir ni aku perasan yang tidur buat hati aku semakain marah bila bangun. Benda yang aku lupa pun jadi ingat balik bila bangun tidur. So remedi yang terbaru ialah memandu. Bukan merempit di jalanraya okeh… Aku dah insaf tengok kemalangan DUKE. Maksud aku ialah pergi mengembara ke tempat baru. Kat Mesir dulu aku mengembara jalan kaki. Banyak tempat yang bukan tumpuan pelancong pun aku dapat redah. Balik Msia ni dah ada kereta, aku mengembara naik kereta la. Takde plan. Lepas solat subuh terus gerak. Bawak baju

Kisah Aku Editor - Part 10: Bila Bara Terlalu Panas

Bismillahirrohmanirrohim. Sekejap je dah setahun. Rasa macam baru je masuk kerja. Ada sekejap haritu, puan bos bagitahu yang jualan Majalah Y naik sikit. Aku sangatlah hepi. Aku tak tau cemana nak cakap thanks kat team mates… sebab seketul ‘thanks’ je tak mencukupi. Nak belanja, pokai pulak hujung2 bulan tuh. Aku tanya Allah, apa benda murah yang boleh buat orang hepi? Allah ilhamkan kat aku buah limau. Aku pun beli limau sorang satu. Balik ofis aku lukis smiley kat atas limau tu. Belakang dia ucapan semangat. Tak sangka rupanya diorang bebetul suka limau tu. Alhamdulillah. Tapi bila member sebelah tak dapat limau (sebab bukan team Majalah Y), dia sedih pulak. Sudahnya satu ofis aku belanja limau. Cuma aku tak lukis smiley la. Rosak mata pen marker aku kene jus kulit limau tu. Dalam bekerja ni, waktu hepi kejap je. Jenis aku ni bila stres, jangan la orang nak cakap banyak2. Kalau taknak legakan perasaan aku baik jangan cakap apape. Sebab telinga dan hati aku sa

Kisah Aku Editor - Part 9: Freelancers

Bismillahirrohmanirrohim Aku cerita pasal freelancers lah. Jadi editor majalah ni aku ada ramai penulis dan pelukis bebas. Dan aku sendiri pun jadi freelancer kat kompeni lain. Tapi citer pasal diorang dululah. Nama pun freelancer, tentulah mereka ni ada kerja lain yang tengah dibuat. Ada yang cikgu, ada yang pegawai, ramainya masih belajar. Kalau penulis bebas, aku memang perlukan diorang tetiap bulan. Sebab tetiap bulan artikel akan masuk majalah. Dulu aku tak pernah tetapkan dateline kat diorang. So memasing hantar pun ikut suka. Sekarang aku dah tetapkan dateline supaya semua dapat hantar serentak, senang aku nak assign orang lukis dan buat bayaran kepada diorang semua serentak. Alhamdulillah berjaya jugak strategi aku untuk bulan terawal ni. Moga-moga berterusan la. Penulis-penulis luar ni aku tak pernah jumpa, so aku tak tahu hati budi diorang cemana. Tapi diorang sume nampak baik-baik. Diorang tak pernah timbulkan soal bayaran. So aku fikir semuanya clear a

Kisah Aku Editor - Part 8: Uji Bukan Benci

Entah sejak bila aku dapat kepercayaan ni: Benda yang Allah suka tu akan dipermudahkan. Yang Allah tak suka akan disusahkan. Sebab tu aku jadi marah bila hadapi kesusahan sebab aku anggap Allah benci aku. Tapi dalam masa yang sama aku sedar dunia adalah ujian buat mukmin. Maknanya hidup kat dunia ni memang Allah akan susahkan supaya kita senang di akhirat. Dua fakta yang buat otak aku berpusing memikirnya. Sampailah aku jadi editor. Mula aku masuk kerja dulu, kompeni O ni rilek sangat. Staf selamba rehat luar waktu, siap goreng keropok lagi. Berborak-borak, main gitar, merayap ke sana-sini. Konfius aku. Tempat kerja lama aku dulu, nak pegang henfon pun tak berani. So aku pun terbiasa rilek dan kerja main-main. Aku punya kerja main-main bukan merayap makan keropok cam orang lain. Aku lagi suka merayap dalam internet baca maklumat. Hobi sejak dulu yang buat aku terputus dari dunia luar. Sekarang bila bisnes makin merosot, ada pulak GST ni, kompeni makin su

Kisah Aku Editor - Part 7: Apa Yang Kita Tinggalkan Kerana Allah, Dia Akan Beri Yang Lebih Baik

Bismillahirrohmanirrohim. Cakap pasal komik. Aku mula follow manga kegemaran aku pada usia 10 tahun. Masa tu aku diperkenalkan dengan Sailormoon. Memang ketagih. Bila ada kesempatan aku akan beli. Mana siri yang tertinggal, aku langgan dari Comic House. Akhirnya lengkap koleksi aku sebanyak 18 siri. Selain Sailormoon, aku juga kumpul Misteri Naga (aku warisi dari abang, lepas dia dah taubat baca komik), Yuyu Hakusho, GS Mikami, Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Mata Kucing, dan entah apa lagi. Bila muncul Gempak Starz, aku kumpul Helios Eclips dan Fatal Chaos pulak, selain 2-3 tajuk kecik. Waktu ni aku dah remaja dan mula fikir baik-buruk. Aku dah kurang beli komik kecuali yang aku memang minat dari dulu je. Balik dari Mesir, aku rasa komik2 tu semua dah tak berguna sebab buatkan aku jauh dari Tuhan. Mana nak ingat Tuhan kalau seksi2 dengan pergaulan bebas. Aku punggah semua komik2 aku masuk dalam satu kotak dan sedia untuk dibuang. Aku hanya tinggalkan komik2 cerd

Kisah Aku Editor - Part 6: PBAKL Nan Meriah

Sebelum jadi editor, aku pernah jadi promoter di pesta buku. Kerja aku jual pek kupon diskaun untuk kompeni J. Di belakang hari, aku rasa macam kerja tu menipu pembeli. Nak bagi diskaun, bagi jelah. Apesal nak jual? Kalau kena keluar duit untuk dapat diskaun, baik tak payah diskaun. Tak gitu? Kesimpulannya manusia tetap manusia dengan rasa tamaknya. Walaupun dia beragama Islam dan menjual produk berjenama Islam. Noktah. Alhamdulillah tahun ni aku dapat lagi kerja di pesta buku. Kali ni dengan kompeni O sebagai staf. Persediaan kepada pesta buku memang sibuk. Merasa la aku tidur ofis sebab nak siapkan kerja. Sebenarnya kerja aku taklah urgent mana. Aku cuma kesian tengok member lain yang kerja menimbun. Best jugak la dapat tidur ofis walaupun takde tilam empuk. Pengalaman baru. Pesta buku memang meriah. Booth kompeni dapat menang booth terbaik. Tapi agak seram bila ada staf jumpa gulungan duit berisi rambut kat booth. Ada orang cuba aniaya kami rupanya. Patu

Kisah Aku Editor - Part 5: Editor Fitnah Ulamak Dan Kem Hancur

SATU: Aku tak tahulah macam mana cara kampeni lain. Tapi kat kampeni O ni, tak ada jabatan atau unit khas untuk majalah. Editor majalah juga perlu buat buku. Aku akan cerita akibatnya kat sini. Aku ditugaskan untuk mengulang cetak dua buah buku agama. Dua buku ni terjemahan daripada Bahasa Arab. Dengan hepi aku semak buku tu. Akhirnya dapat juga aku buat kerja yang aku idam-idamkan. Malangnya di setiap muka surat aku jumpa sampah. Entah wahabi mana yang buat terjemahan tu, semua benda jadi bid’ah. Aku gerun memikirkan yang buku tu dah habis dijual hingga perlu diulang cetak. Maknanya berapa ribu orang dah jadi wahabi ekstrem sebab baca buku tu? Bukan saja ekstrem, kandungannya pun celaru dan terabur menggambarkan editor asalnya buat buku ni dengan tergesa-gesa. Perasaan aku bercampur-baur antara memahami kesulitan editor tu dan kesian pada pembaca yang membeli. Adakah kami terlalu tamak, hingga kerja jadi tak berfokus? Entah la. Nasihat aku kepada korang

Kisah Aku Editor - Part 4: Kerja Seorang Editor

Bismillahirrohmanirrohim. Impian aku ialah, berfikir dan menulis sepuas hati. Aku bayangkan impian tu akan tercapai bila jadi editor. Rupanya kerja editor lebih ‘up’ dari tu. Aku kena ubahsuai tulisan orang lain. Dan bantu orang lain jadi penulis. Allah bagi lebih dari yang aku minta. Habis drama nak berenti kerja, start drama episod baru. Bos bagitahu nak ubah format Majalah Y jadi ala-ala majalah komik. Ah, sudah… Teknikal asal pun belum aku kuasai. Dah nak kena ubah format. Aku memang pening dan kelam-kabut. Ditambah penyakit bengap aku yang tak sembuh-sembuh. Puas aku minum soya, makan pegaga, makan kismis, makan madu, makan telur separuh masak… Semua makanan yang buat aku excellent masa kecik dulu, kembali aku telan. Tapi otak kelabu asap macam tu jugak. Korang boleh bayangkan tak? Aku rasa siapa kena gangguan makhluk kasar je yang faham perasaan ni. Ya,  satu benda yang aku tak dapat citer dengan orang ialah, gangguan. Aku taknak panggil makhluk halus sebab