Kisah Aku Editor - Part 4: Kerja Seorang Editor


Bismillahirrohmanirrohim.

Impian aku ialah, berfikir dan menulis sepuas hati.

Aku bayangkan impian tu akan tercapai bila jadi editor. Rupanya kerja editor lebih ‘up’ dari tu. Aku kena ubahsuai tulisan orang lain. Dan bantu orang lain jadi penulis. Allah bagi lebih dari yang aku minta.

Habis drama nak berenti kerja, start drama episod baru. Bos bagitahu nak ubah format Majalah Y jadi ala-ala majalah komik. Ah, sudah… Teknikal asal pun belum aku kuasai. Dah nak kena ubah format.
Aku memang pening dan kelam-kabut. Ditambah penyakit bengap aku yang tak sembuh-sembuh.

Puas aku minum soya, makan pegaga, makan kismis, makan madu, makan telur separuh masak… Semua makanan yang buat aku excellent masa kecik dulu, kembali aku telan. Tapi otak kelabu asap macam tu jugak. Korang boleh bayangkan tak? Aku rasa siapa kena gangguan makhluk kasar je yang faham perasaan ni.

Ya,  satu benda yang aku tak dapat citer dengan orang ialah, gangguan. Aku taknak panggil makhluk halus sebab dia memang kasar. Dia tak buat aku gila meracau macam orang histeria, tapi dia buat kepala aku bebal macam kena sungkup dengan entah apa. Berat dan lambat berfikir. Pelupa. Disorganise. Susah berkawan sebab aku rasa macam semua orang nak bahayakan aku.

Jangan citer yang dia kacau aku masa tidur, masa aku solat.

Dengan keadaan aku yang nampak normal ni, siapa nak percaya aku kena gangguan? Orang perubatan Islam pun belum tentu caye.

Aku pernah dengan akak, pergi jumpa ustaz di Hulu Langat. Suggestion yang aku terima ialah: kahwin. Ubat paling gatal pernah aku dengar. Bukan aku ni anti kahwin. Aku cuma tak suka benda tu dianggap ringan dek kebanyakan orang.

Senang je cakap suh kahwin. Meh la bagi sorang lelaki soleh yang berakhlak, berkerjaya, berilmu. Ilmu tu bukan tau ngaji je. Tapi aku nak bakal suami aku ada ilmu nak didik keluarga dengan berhemah. Ada ilmu tentang rezeki yang halal dan haram. Ada ilmu tentang hubungan hati dengan Allah dan Rasul. Ada ilmu tentang akhirat dan dunia.

Lantaklah kalau dia tak rajin pakai jubah dan serban. Jubah dan serban bukan lambang ilmu dan akhlak.
Berapa ramai aku jumpa ‘lelaki berilmu’ yang malas solat, ‘lelaki berserban’ tak reti jadi bapa, ‘lelaki berjubah’ yang makan main balun tak kira syubhah… Baik tak payah kahwin kalau lelaki camni.

Sambil memikir tentang tukar format, sambil aku mendalami kerja sorang editor. Aku tonton filem dan video, cemana sebenarnya sorang editor bekerja. Sebelum diberi tanggungjawab ni aku belum pernah dilibatkan dengan mana-mana team secara rasmi. So aku tak dapat gambarkan cemana sepatutnya aku bekerja. Bila tak dapat gambarkan tentulah tak dapat buat!

Benci sungguh la jadi editor majalah ni! Dengan bos yang makin hot dengan aku. Dengan majalah yang tiap-tiap bulan ada silap. Dengan senior yang masih rasa dia besar kepala dan tak nak ikut permintaan aku (arahan yang aku terima dari bos). Aku rasa sungguh down!

Tapi aku takkan fikir lagi tentang berenti. Sekurang2nya buat masa ni.

Mesti korang pelik dengan ‘kesilapan’ yang aku dok sebut2 kan? Meh aku terangkan…

Sebagai editor, kita kena pastikan seluruh buku tu tepat mengikut rancangan. Kandungan dia kena sesuai, maklumat di prelim betul, susunan muka surat betul, lebih-lebih lagi kulit buku yang menjadi tarikan pertama kepada pembeli. Semua tu bawah tanggungjawab editor, walaupun banyak tangan yang membuatnya.

Dalam kes aku ni… Bulan lepas salah tajuk, bulan ni salah muka surat, bulan depan salah nombor isu, bulan lusa salah gambar, bulan tulat salah nama penulis, dan tiap-tiap bulan ada salah eja. Salah, salah, salah… Manalah bos tak keluar tanduk.

Tapi… siapa suruh letak aku kat jawatan ni tanpa training. Perasaan berbuku ni aku telan setiap hari sampai senak tali perut.

Part 5 – Editor Fitnah Ulamak

Ulasan