Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Kisah Aku Editor - Part 3: FB Dan Majalah Neraka

Bismillahirrohmanirrohim. Antara orang yang menyokong minat aku ialah Kak Long, abang, akak dan babang. Kak Long, abang dan babang sentiasa komen travelog yang aku tulis masa belajar di Mesir. Diorang buat aku rasa dihargai walau hanya di wall aku sendiri. Akak pula dari remaja sampailah waktu teman aku interviu, dia masih nangis baca cerpen aku. Aku sangat sayang diorang ni. Aku berdoa semoga kami hidup dalam kasih sayang sampai bila-bila. Doa ni macam citer dongeng poyo tapi realitinya, banyak siblings gaduh pasal harta sekarang ni. Mahupun sebab yang remeh-temeh. Moga-moga Allah pelihara hati kitorang selalu dalam redha-Nya. Amin. Sebelum sambung citer pasal nak letak jawatan, aku nak citer pasal FB. Waktu belajar, aku sangat aktif dengan FB. Macam budak lain yang tak reti kawal diri kat social media, aku pun sama hamburkan semua yang aku rasa kat situ. Suka, sedih, alim, kecewa, poyo, bajet cam hukamak, semua pernah mewarnai status aku. Nampak ombak luar biasa

Kisah Aku Editor - Part 2: Majalah Y dan Bahasa Sampah

Bismillahirrohmanirrohim. Membesar dengan cita-cita yang dipendam, aku bersyukur hari ini tiba. Hari aku bekerja dalam bidang penerbitan selepas melalui tempoh ‘disiksa’ kerana menulis. Aku masih ingat ‘aku’ yang suka menulis waktu mengaji. Bila datang nak semak bacaan, ustazah suruh aku ketuk-ketampi dulu entah berapa puluh kali. Lepas tu dengan tercungap-cungap baru boleh teruskan baca Quran. Nasib baik jantung aku muda lagi. Rasa tak sia-sia lalui pengalaman tu. Ada juga kesusahan untuk dikenang bila cita-cita dah tercapai. Sebenarnya belum tercapai lagi. Sebab aku baru je lapor diri dan belum pun buat apa-apa kerja sebagai editor. Poyo dah sampai hidung. Tiga bulan pertama, aku tak diberikan tugas spesifik. Sekejap aku jadi wartawan yang buat liputan di rumah kebajikan. Sekejap aku semak manuskrip mentah yang belum dicanai. Sekejap aku semak ejaan manuskrip yang siap nak dicetak. Sekejap cuma lepak baca buku. Aku cuba biasakan diri dengan gaya penerbitan kompen

Kisah Aku Editor - Part 1: Impian Yang Jauh

Bismillahirrohmanirrohim. (Dulu waktu aku jadi cikgu, banyak pengalaman yang tak sempat aku tulis sebab terlalu sibuk. Sekarang dah takde mende aku nak kenang tentang pengalaman tu kecuali secebis di sana-sini. Sama juga bila aku jadi editor. Nak tulis diari pun dah malas.) Kesahnya. Sejak kecik aku memang suka menulis. Aku tak boleh lupa sekolah tahfiz aku yang anti dengan segala aktiviti mental selain menghafal Quran. Berapa kali karya yang aku tulis dalam buku latihan buruk dirampas warden. Warden bertukar ganti, itu jua yang aku lalui. Sampailah kepada Ustazah Asiah, mualaf Sabah yang tetiba kagum tengok aku suka mengarang lalu nasihatkan aku cari peluang untuk pergi jauh dalam bidang ni. Dengan hutan banat keliling kami, apalah peluang yang ada? Nasihatnya habis sampai situ jelah. Aku tanam impian tu jauh-jauh dalam hati memandangkan orang tua pun tak menyokong minat aku. Aku naik kolej. Panjat menara gading. Terbang lompat-lompat benua. Minat tu makin jauh