Kisah Aku Editor - Part 3: FB Dan Majalah Neraka
Bismillahirrohmanirrohim.
Antara orang yang menyokong minat aku ialah Kak Long, abang, akak dan babang.
Kak Long, abang dan babang sentiasa komen travelog yang aku tulis masa belajar di Mesir. Diorang buat aku rasa dihargai walau hanya di wall aku sendiri. Akak pula dari remaja sampailah waktu teman aku interviu, dia masih nangis baca cerpen aku.
Aku sangat sayang diorang ni. Aku berdoa semoga kami hidup dalam kasih sayang sampai bila-bila. Doa ni macam citer dongeng poyo tapi realitinya, banyak siblings gaduh pasal harta sekarang ni. Mahupun sebab yang remeh-temeh. Moga-moga Allah pelihara hati kitorang selalu dalam redha-Nya. Amin.
Sebelum sambung citer pasal nak letak jawatan, aku nak citer pasal FB. Waktu belajar, aku sangat aktif dengan FB. Macam budak lain yang tak reti kawal diri kat social media, aku pun sama hamburkan semua yang aku rasa kat situ. Suka, sedih, alim, kecewa, poyo, bajet cam hukamak, semua pernah mewarnai status aku. Nampak ombak luar biasa pun aku nak bagitahu satu dunia, padahal orang tak nampak pun apa yang aku nampak.
Lama-lama FB juga jadi medan aku bertekak. Baik dengan ‘musuh politik’ mahupun dengan orang-orang kesayangan aku. Bercakap tanpa nampak muka memang buat ego kita terbang ke langit. Padahal kalau cakap depan-depan sure aku akan mengelak bercakap benda-benda yang tak best tu.
Gila like jangan cakaplah.
FB betul-betul buat aku gila.
Okay, FB tak salah. Aku yang salah sebab tak dapat kawal diri.
Tapi ada satu benda yang korang kena tahu kenapa kita mesti jauhi FB: menatang ni tempat AS kumpul data kita secara percumarela.
Dalam T&C dia yang lama ada tulis benda ni terang-terang, bahawa maklumat yang kita post di FB akan diambil jika ia menyentuh kepentingan AS (lebih kurang camnilah maksud dia. Ayat sebenar lebih berbunyi ancaman). Bukan ke maknanya segala gerakan kita dalam FB dipantau dan maklumat kita dikumpul tanpa sedar? Memanglah repekan seharian kita tak menyentuh kepentingan AS tapi diorang tetap memantau kita kan?
Diorang tu sapa? Adakah lebih berkuasa daripada mak bapak yang lahirkan kita? Nothing. Kita yang terhegeh2 lapor diri setiap hari dengan sukarela.
Sekarang T&C dah tukar dan takde lagi ayat berbunyi ancaman ni… sejak terkantoi kat China yang AS kumpul maklumat dia. Agak-agak kenapa China buat Weibo sniri ek? Dan kenapa ada negara sekat FB?
Kalau korang tak kisah di-skodeng dek dajjal CIA takpelah. Aku dah remove semua orang dan FB tinggal tempat aku pulak kumpul maklumat dunia. Ramai terasa hati bila kena remove dengan aku. Keluarga. Kawan rapat. Orang-orang kesayangan. Ramai orang anggap FB terlalu real dan bermakna sampaikan di dunia sebenar pun dia dah tak tegur aku sebab kena remove. Aku redha jelah. Nak terangkan pun susah.
Kenapa remove? Taknak guna tutup jelah kan?
Mana bley. Aku bukan hidup di zaman batu. FB tetap berguna sebagai alat berhubung, tapi bukan kepentingan yang sentiasa aku nak hadap. Selagi ada kawan2 kat situ, aku akan terasa FB tu penting. So dengan berat hati aku terpaksa remove semua… kecuali beberapa orang yang aku rasa mustahil nak cari di alam nyata.
Antara yang kena remove ialah puan bos aku sniri. Dua kali pulak tu. Sekali dah kene remove dia add lagi. Aku accept nak jaga hati dia pastu agak2 dia tak perasan aku remove balik. Aku tahu dia add staf memang untuk skodeng. Lagilah aku takut nak befriend ngan dia. Biarlah dia anggap aku anti sosial. Allah je yang tahu apa FB buat kat aku.
Aku dah trauma dengan kebebasan tak terkawal yang jadi budaya FB.
Freelancer pun ramai bising bila aku tak terima lamaran friend diorang. Aku PM je cakap baik2 yang FB bukan tempat aku bersosial. Aku still guna PM pun sebab ia masih boleh dikawal.
Okeylah, citer nak berenti. Fedap dah 3bulan jadi editor. Walaupun otak selalu membayangkan Kak Long yang separuh mati jadi editor buku teks, tetap tak dapat menghalang niat aku nak berenti. Kesusahan bos pun aku tak peduli.
Balik kerja petang tu… Aku bawa hati yang lara ke KL Sentral. Punya banyak tempat best kat KL ni entah kenapa aku nak melepak di stesyen keretapi. Oh, yalah. Dulu zaman belajar, kat sinilah aku melepak bila berulang-alik ke utara naik KTM. Kemanisan waktu tu yang aku tagih sekarang ni bila dah kerja.
Aku masuk kedai majalah. Belek-belek majalah tanpa rasa nak baca. Dulu, buku ialah dadah aku. Ironinya bila dah kerja dengan buku, aku makin tak sempat dan tak selera nak baca buku. Macam ni kot perasaan manusia yang kapel bagai nak rak pastu lepas kahwin, hambar.
Aku scan rak tu. Tengok semua majalah satu persatu. Geleng tengok majalah neraka yang selamba meletakkan tips senggama luar nikah di muka depan. Yang posing pakai cebisan kain, yang bergaya macam sangap… Patutlah budak sekolah makin ramai berzina!
Di hujung sana, Majalah Y berdiri dengan hensem. Aku ambik dia, aku belek-belek macam nak beli. Aku tengok kat redaksi ada nama aku dan kawan-kawan. Dengan puan bos sekali dan kampeni O tempat aku cari rezeki.
Tiba-tiba hati aku cam sebak.
Ya Allah. Majalah neraka banyaaaaakkkk sangat. Tapi yang ajak kepada Engkau ada satu je. Dan kat dalam satu inilah Engkau letak aku.
Yang aku pulak sibuk nak lepaskan benda ni…
Aku tinggalkan kedai tu dengan mata berkaca. Esoknya surat berenti aku renyuk masuk tong sampah.
(Terima kasih sebab baca sampai sini. Sayang korang. Harap korang dapat manfaat dari kisah aku yang bengap ni.)
Nah, Part 4 kalau tak penat nak baca.
Ulasan
Catat Ulasan