Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Bukan Saidina Ali

Imej
Madinah pasca pembunuhan Saidina Usman sangat genting. Pemberontak yang jumlahnya puluhan ribu orang masih berkeliaran mengepung bandar. Ramai para sahabat keluar mengerjakan haji, justeru para pemberontak dengan megah menjadi imam di Masjid Nabi selepas mereka tumpahkan darah sahabat Baginda yang mulia. Khalifah Ali yang baru memegang tampuk dapat membaca suasana tidak baik. Permintaan sahabatnya Az-Zubair dan Talhah supaya menuntut darah Usman terpaksa diketepikan dahulu menimbangkan keadaan darurat yang berlaku. Para pengikut asyik mendesak. Akhirnya dua sahabat mulia tidak dapat bertahan lagi, lantas safar ke Makkah menemui Saiyidah Aisyah mengharapkan srikandi itu akan mengepalai gerakan menuntut bela. Di Makkah mereka memutuskan perkara. Pengikut dikumpulkan. Darah Usman akan terbela di Basrah. * * * Kamu bukan Saidina Ali. Dan saya bukan Saiyidah Aisyah. Tapi impian kita sama. Takkan sama. Permisi. Begitu sahaja dia tinggalkan lamaran tak berbalas, dua puluh lima ta