Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Ar-Rihlah episod 4 - Muzium Hidup di Jalan Muizz li Dinillah

Imej
Baca episod lepas Masih dalam minggu yang sama. Selepas muzakarah dengan sahabat di Masjid al-Azhar, saya melencong ke bazar Khan el-Khalili. Pasar terkenal ni letaknya bersebelahan Midan Husayn betul-betul berhadapan Kompleks al-Azhar. Pelajar Malaysia selalu ke sini bila hendak mencari pakaian dan minyak wangi, atau mencari buah tangan buat keluarga di tanahair. Pasar ini dibelah dua dengan Jalan Muizz li Dinillah. Bahagian depannya yang berturap batu hitam menjual pelbagai cenderahati, sebelah dalam pula hanya bertar biasa dan menjadi tapak niaga perkakas harian. Sewaktu berjalan-jalan menengok pakaian, saya terperasan sebuah masjid lama 'terselit' di celah kedai di jalan Muizz li Dinillah. 'Ammu di depan pintu ramah menjemput saya masuk melihat dalam masjid. Bermula dari masjid itu saya terus gelintar menyelongkar Jalan Muizz li Dinillah, terus ke depan dan baru menyedari bahawa tempat yang selama ini kami singgah untuk ber shopping  rupanya berada di te