Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Dari Abang Pompeii Kepada Adik K.L

Imej
Adik, Abang ada satu cerita untuk kamu. Ini kisah benar, berlaku tak lama dulu sebelum kamu dilahirkan. Ini kisah ngeri, mari duduk dekat-dekat supaya kamu boleh dengar betul-betul apa yang abang ingin ceritakan. Adik, Suatu masa dulu ada sebuah bandar yang permai di kaki gunung. Suasananya aman tenteram tiada peperangan. Kolamnya jernih dengan ikan berenang-renang manja. Sungainya mengalir damai bak Kauthar dari syurga ‘Adnin. Pohon-pohonnya bila ditiup angin, aduhai gemersik. Buah-buahnya masak ranum, bergayutan bak hidangan dari kayangan. Rakyatnya hidup dengan sentosa, pelbagai agama seiya sekata. Bandar ini dengan segala kesenangannya, benar-benar hadiah kasih dari Tuhan yang maha penyayang…benar-benar syurga yang disegerakan. Adik, Sampai suatu masa bandar kasih Tuhan ini diintai orang. Datanglah satu kaum penyembah syaitan membuat onar. Bila dilihat kedamaian bandar ini begitu mengasyikkan, begitu menguntungkan, dibinalah tempat-tempat hiburan dan rumah-rumah pelacuran. K

Akhirnya, kita tak jadi apa-apa

Panas sekali pertemuan semalam dengan isu Malaysia. IFF, Adam Lambert, tsunami, ETP, pub dan spa, penyelewengan sejarah, sitem pendidikan, Sufiah dan Amalina, sampai berpatah balik ke ARMA. Berderau-derau darah mahasiswa melepas amuk. Tersembur-sembur. Akhirnya ada yang bertanya, apakah penyelesaiannya? "Kerajaanla! Kalau kerajaan baik insya Allah la boleh ubah semua ni. Macam sekarang kita duduk bawah ni tak ada kuasa, tengok je la." Pulak! Lepastu apa gunanya berorganisasi? Lepastu apa hasilnya bertahun-tahun dalam organisasi? Yang terpenting apa kesudahannya sijil yang dibawa pulang kalau sekadar untuk tengok di bawah? Pagi sebelumnya,berbual dengan adik dari kuliah pergigian yang takut-takut menyuarakan kesal, "Kat kawasan rumah saya tu ada je budak-budak yang balik mesir. Tapi senyap je. Tak buat apape pun. Kenapa kat sini bukan main lagi ligat sampai bermusuh-musuh,tapi balik Malaysia tak buat apape?" Pagi ini, seorang adik lain bertanya pula..."kenapa ta

IMHOTEP - NABI @ PENYIHIR ZAMAN FIRAUN?

Imej
Sihir merupakan salah satu elemen yang penting dalam peradaban Mesir Kuno. Ia berakar umbi ke zaman sebelum penulisan sejarah dan pengaruhnya begitu meluas hingga menjadi akidah yang diimani oleh pemimpin dan rakyat. Ia menguasai segenap sudut kehidupan dan peraturan-peraturan di zaman tersebut. Para penyihir dianggap ‘belahan tuhan’, diberi kedudukan istimewa di samping raja, menjadi teman berbincang dan tilikan mereka dijadikan sumber rujukan dalam setiap keputusan kerajaan. Para dukun penyihir menisbahkan kuasa sihir mereka kepada dewa-dewi, seperti kuasa menyuburkan tanah disandarkan kepada dewi kesuburan ( Isis ). Begitu juga sihir yang menghasilkan kejahatan disandarkan kepada dewa-dewa jahat dan ia dipanggil ‘sihir gelap’. Kemudian kuasa-kuasa sihir yang telah ‘didewakan’ tersebut dijadikan nama-nama kuil seperti Kuil Isis, Kuil Horus dan sebagainya. Ini menjadi antara punca bagaimana terhasil sekian banyaknya dewa-dewi yang menjadi sembahan dalam kepercayaan Mesir Kuno. Demiki

Suatu Masa Dulu, Suatu Masa Kini.........

Imej
(Bet dengan abang, post seterusnya ialah terjemahan artikel arab. Kerana xtertahan nak menulis saya langgar permintaannya. Sori bang, terjemahan artikel akan menyusul dalam post berikutnya, insyaAllah) Suatu Masa Dulu... Budi adalah sakti Budi tak dijual beli Budi sangat diingati Suatu Masa Dulu... Atas Budi ditambat janji Janji setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun Takkan mengaib dan berbunuh Suatu Masa Dulu... Atas Budi, raja didaulat Air kaki raja menjadi ubat Ketulahan raja China yang tak kenal pangkat Suatu Masa Dulu... Budi bahasa diberi percuma Budi bahasa maruah harganya Budi bahasa tiada galang gantinya Suatu Masa Dulu.... Atas Budi, nenek moyang bergurindam Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Suatu Masa Kini, Budi tiada nilai erti Yang ada hanya tuan dan kuli tunjuk sana tunjuk sini Suatu Masa Kini, Budi hanya hiasan di akhbar Jadi lencana menteri dan pembesar Ditolak tarik ikut selera besar Suatu Masa Kin

Ada apa Dengan Gagal?

Imej
Fatrah Imtihan telah berlalu dengan jayanya. Natijah yang keluar di hujung fasa menjadi bukti usaha. Pada masa ini kita melihat mahasiswa/wi kita berhadapan realiti dengan pelbagai ragam. Yang lulus, bergembira dengan senyum lebar yang tak lekang di bibir. Tak kurang yang melaburkan sedikit wang, bersedekah dan mengadakan jamuan kesyukuran. Ucapan tahniah dan ‘mabruk’ kedengaran di mana-mana saat bertemu sahabat handai seperjuangan. Yang gagal melepasi halangan peperiksaan pula tidak kurang gelagatya. Ada yang menyambut keputusan dengan redha, ada juga yang berkurung sepanjang hari meratapi kegagalan. Inilah fokus yang mahu diutarakan dalam ruangan kecil ini. Mengapakah mahasiswa/wi kita apabila menghadapi kegagalan (baca: kejayaan tertangguh kerana beberapa sebab) terus menjadi hilang arah dan tenggelam punca. Menangis berhari-hari seperti kematian ahli keluarga layaknya. Mengapa? ADA APA DENGAN ROSIB? Budaya meratapi kegagalan sebenarnya amat berte

Ke arah merealisasikan THE NEW / THE ONE WORLD ORDER

Imej
Facebook paparkan lokasi pengguna SAN FRANCISCO 19 Ogos - Laman web rangkaian sosial, facebook semalam memperkenalkan aplikasi baru yang membolehkan penggunanya di Amerika Syarikat (AS) memberitahu rakan masing-masing di mana mereka berada. Aplikasi facebook Places yang merupakan menyediakan perkhidmatan 'berasaskan lokasi' itu dijangka menarik minat pengguna telefon pintar yang dilengkapi teknologi penjejak satelit. "Mulai hari ini anda boleh memberitahu rakan-rakan anda di mana lokasi kegemaran anda. "Lokasi anda itu boleh dikongsi mengikut waktu nyata menggunakan teknologi di telefon bimbit anda," kata pengurus produknya, Michael Eyal Sharon. Pengguna facebook kini boleh 'mendaftar masuk' di beberapa tempat seperti restoran, bar atau tempat sosial lain dan membolehkan rakan di laman sosial itu mengetahui lokasi pengguna dan orang yang bersamanya. Aplikasi Places untuk iPhone telah diperkenalkan dan pengguna rangkaian sosial dengan mana-mana telefon pi

Sketsa Buruk Sangka

Imej
SATU Dodi seorang budak comel yang kerjanya mencuri di pasaraya.Dia pernah ditangkap mencuri di kedai tauke Cho hampir empat puluh kali hingga Tauke Cho sudah mengenalinya.Apabila tamat persekolahan,Dodi berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Selepas dua tahun,dia pulang ke tanahair dengan bergaya dan berjumpa dengan Tauke Cho untuk meminta maaf atas kenakalannya semasa remaja. Namun apabila Tuke Cho melihatnya di kedai,Tauke terus menegurnya : "Ha,datang nak curi apa pulak harini?" Dodi lantas pulang dengan sedih."Tauke ni...aku datang nak mintak maaf, dia su'zhan pulak cakap aku nak mencurik....." DUA Jack hilang lagi.Jill pening melihat sampah bertimbun yang tidak bersapu.Sampah-sampah dikautnya sehari suntuk hingga waktu makan tengahari,dia masih mengaut sampah yang ditinggalkan Jack.Jam 5 petang apabila tamat waktu kerja,barulah Jill duduk melepas lelah di bawah pokok.Nombor telefon Jack didail. "Jack kau ke mana lagi ni?Sampah bertimbun kau t

NGO semakin garang, parti Melayu semakin...?

harini terjumpa dua artikel best; satu di ruangan ARTIKEL Utusan Malaysia.artikel bertajuk : NGO semakin garang, parti Melayu semakin...? yang saya kira benar2 menggambarkan suara hati rakyat jelata yang sudah mual dan pening di negara kita.ingin kongsi kepada sahabat2 tapi khuatir ia akan menyentuh posisi saya di dalam BKAWM. berminat nak baca,jenguk sini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm satu lagi di sebuah laman web, artikel pendek berkenaan Badi'uzzaman Said Nursi dan pemikiran beliau : http://www.uinjkt.ac.id/index.php/home/1-headline/923-pemikiran-said-nursi-miliki-pengaruh-besar-dalam-kehidupan-bernegara.html selamat merenung & berfikir.atau selamat.........whatever :)

'Bermanfaat'nya Khinzir Kepada Kita!!

Imej
Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia, anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Pengisinya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil. Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita. Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut kat dalam blog ni? Tak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Maaf, dalam entri ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini. Kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan

Lewat Kusedari Nilai Cintamu

Cuti yang paling terdesak rasanya, ialah cuti tahun ini. jiwa saya terbelah tiga antara tugas dengan persatuan, belajar di kursus dan bengkel2, juga meluangkan masa bersama sahabat2 yang akan pulang ke tanahair. semalam bermalam di ARMA, cuba meluangkan masa bersama seorang yang istimewa. masa yang hanya beberapa jam itu saya beli dengan Kursus Kefahaman Pengurusan Islam sebagai galang gantinya. agak sedih dan ralat kerana tidak dapat menghadiri malam penutup kursus yang sangat best tu tapi saya percayakan diri, pilihan saya ini tidak salah. kerana seorang yang istimewa itu,ialah kakak senior yang menyambut ketibaan saya ketika mula menjejakkan kaki di sahra' ini.kami hanya rapat sebagai ahli bait. pernah makan,tidur,bertadarus,bersuap dan bergelumang kuih raya bersama-sama pada 2008 yang lalu.kakak itu, dengan jawatannya sebagai setiausaha di sebuah BKAN sangat sibuk dan kurang waktu untuk bersama. jika freshie lain sudah dibawa berjalan merata, kami di 302 hanya tahu shopping di

...Terbang Tanpa Sayap...

Imej
Everybody's looking for that something One thing that makes it all complete You'll find it in the strangest places Places you never knew it could be Some find it in the face of their children Some find it in their lover's eyes Who can deny the joy it brings When you've found that special thing You're flying without wings Some find it sharing every morning Some in their solitary lives You'll find it in the words of others A simple line can make you laugh or cry You'll find it in the deepest friendship The kind you cherish all your life And when you know how much that means You've found that special thing You're flying without wings So, impossible as they may seem You've got to fight for every dream Cos who's to know which one you let go Would have made you complete Well, for me it's waking up beside you...my GOD To watch the sunrise on your sky To know that I can say I love you In any given time or place It's little things that only I

Di Sempadan Ini

Imej
( Cerpen didedikasikan khas buat memperingati pembunuhan tragis sukarelawan Amerika, Rachel Aliene Corrie yang mati digilis bulldozer Israel pada 16 Mac 2003 ) * * * Mama, hari ini genap tiga bulan saya di sini. Saya sudah dapat menyesuaikan diri meskipun keadaan benar-benar di luar jangkaan. Mama, di sempadan ini kematian berlaku setiap hari, hingga ia lebih dianggap biasa daripada kehidupan. Tentera-tentera penjajah mengacukan senjata kepada kami siang dan malam. Saya kirim foto lagi buat tatapan kalian. Biar ia menceritakan segala. Mama, saya rindukan rumah. Tapi maaf, saya belum mahu pulang. Tanah ini mengajar saya erti syukur dan sederhana. Mama, saya rindukan kalian. Peluk cium saya untuk mama, papa, Allen dan Cody juga salam sayang dari teman-teman saya di sini. Sampai bertemu lagi dengan kasih sayang dan kerinduan. Anakanda Rachel Rafah, Gaza. * * * "Triiit....". Rachel menyambar telefon bimbit, lihat nombor Sidney tertera. "Hei Rach, kami tunggu awak di rumah En

Pendedahan Peristiwa Sebenar di Mavi Marmara

Imej
Muhammad Arham Munir Merican b. Amir Feisal Merican www.iLuvislam.com Beberapa hari lepas saya berkesempatan menonton satu program bual bicara bersama 12 orang aktivis Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara di RTM 1. Para aktivis telah mendedahkan peristiwa sebenar apa yang berlaku diMavi Marmara tersebut. Pelbagai kekejaman dan keganasan teroris Israel telah didedahkan oleh mereka. Dalam rancangan sama, mereka telah ditanya tentang sebuah video yang dirakamkan oleh tentera Israel yang menggambarkan aktivis secara beramai-ramai telah menyerang tentera. Mereka telah mengakui video tersebut memang betul tetapi tidak menunjukkan peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Jika kita tengok video di atas memang kita juga mungkin menyangka yang kenyataan teroris Israel yang mengatakan mereka menembak untuk mempertahankan diri adalah munasabah tetapi jika mengetahui perkara di sebalik kejadian itu nescaya kita akan mula merasa jijik dengan sikap Israel laknatullah itu. Menurut salah seo

Nak Share Artikel Best

Rehlah Mencari Faham Dalam Agama June 7th, 2010 by Abu Saif 5:22 pm Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik? Soalan seperti ini timbul. Saya baru sahaja menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Tempatnya jauh. Perginya, tidak mudah untuk kembali. Tetapi jika soal majlis kenduri kendara sahaja yang timbul, saya tidaklah terlalu teragak-agak untuk membuat pendirian. “Insya Allah, sanggup” saya menjawab dengan tenang. Abang saya yang sulung tersenyum. “Bagaimana pula jika semasa di perantauan, bonda yang semakin uzur kembali ke Rahmatullah?” soalan ini timbul. Tersentap jantung saya memikirkannya. Usahkan bonda, bisa sahaja saya yang mati di perantauan. Dihantar ke pengajian dengan harapan pulang bersama segulung ijazah, tetapi yang pulang sekujur jenazah! Mati di mana-mana dan boleh sahaja untuk sesiapa. Namun dengan persoalan itu, saya memaksa diri berfikir panjang. Mengapa saya mahu ke Jordan? Harganya bukan murah, selain wang ringgit, pilihan ini per

Kepada 'Kafir Bangga' : MELOGIKKAN PERISTIWA ISRA’ MI’RAJ

Isra’ Mi’raj adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah agama Islam yang mana kisahnya telah dirakamkan oleh Allah s.w.t secara ringkas pada permulaan surah Al-Israa’. Peristiwa besar ini berlaku pada malam 27 Rejab, sekitar tahun 621 masihi iaitu beberapa tahun sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Dalam peristiwa ini Baginda Rasulullah s.a.w telah diperjalankan pada malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis bersama sahabatnya Jibril a.s sebelum diangkat ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini juga Rasulullah s.a.w telah menerima kewajipan solat lima waktu ke atas Baginda dan umat Islam seluruhnya. Kisah peristiwa Isra’ Mi’raj ini selain telah direkodkan di dalam Al-Quran dan hadis, turut diriwayatkan dengan sangat masyhur oleh para ulama’ dan ianya tertulis dalam kitab-kitab rujukan muktamad. Ia merupakan salah satu daripada sekian banyak mukjizat Rasulullah s.a.w yang mana umat islam wajib beriman dengannya dan mengingkari mukjizat rasul dikira kafir dan wajib bertaub