Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Dari Abang Pompeii Kepada Adik K.L

Imej
Adik, Abang ada satu cerita untuk kamu. Ini kisah benar, berlaku tak lama dulu sebelum kamu dilahirkan. Ini kisah ngeri, mari duduk dekat-dekat supaya kamu boleh dengar betul-betul apa yang abang ingin ceritakan. Adik, Suatu masa dulu ada sebuah bandar yang permai di kaki gunung. Suasananya aman tenteram tiada peperangan. Kolamnya jernih dengan ikan berenang-renang manja. Sungainya mengalir damai bak Kauthar dari syurga ‘Adnin. Pohon-pohonnya bila ditiup angin, aduhai gemersik. Buah-buahnya masak ranum, bergayutan bak hidangan dari kayangan. Rakyatnya hidup dengan sentosa, pelbagai agama seiya sekata. Bandar ini dengan segala kesenangannya, benar-benar hadiah kasih dari Tuhan yang maha penyayang…benar-benar syurga yang disegerakan. Adik, Sampai suatu masa bandar kasih Tuhan ini diintai orang. Datanglah satu kaum penyembah syaitan membuat onar. Bila dilihat kedamaian bandar ini begitu mengasyikkan, begitu menguntungkan, dibinalah tempat-tempat hiburan dan rumah-rumah pelacuran. K