Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Kembalikan Persaudaraan Islam di Nusantaraku.

Imej
PADANG 23 Mei - Kira-kira enam bulan selepas dilanda gempa yang meranapkan kediaman dan pelbagai kemudahan asas, kini tersergam indah klinik awam di Kampung Gasan Gadang, Padang Pariaman, kira-kira dua jam perjalanan dari Kota Padang. Pegawai Daerah Padang Pariaman, Drs. Muslim Kasim ketika berucap pada majlis penyerahan bangunan itu berkata, klinik berkenaan merupakan yang terbaik dibina di kawasannya dan ia dibangunkan dengan penuh semangat dan perasaan kemanusiaan. Muslim yang berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia serta pasukan Mercy Malaysia atas sumbangan itu, turut memuji tindakan cepat Mercy Malaysia dalam membantu masyarakat di situ melalui waktu paling mencabar dalam kehidupan pasca gempa bumi itu. Pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata, usaha dilakukan oleh Mercy itu mewakili perasaan sebenar rakyat Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang sentiasa menganggap sebagai saudara serumpun. "Inilah kenangan yang indah buat kami daripada masyar