Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Hari

Remote Kunci Iriz Masuk Air

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah. Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi . Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall  balik kongsi kat sini.. Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut 😬 Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote  kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya. Akibatnya kereta tak mahu hidup! Gambar pinjam sini. Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak bu...

Pornografi Seksual Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Imej
Ini bukan artikel ilmiah, tapi aku tak tahu nak letak tajuk bagaimana yang sopan. Cabaran baru yang kulihat pada sesi mengajar kali ini, ialah murid yang terdedah pada kelucahan. Kanak-kanak seusia 7 tahun yang membaca pun belum pandai. Tapi sudah tahu mengusik zakar orang. Seawal minggu pertama aku dah spotted tindak-tanduk beberapa murid ni. Ada dua orang yang duduk bersebelahan dan tangannya 'di bawah meja' kawan. Ada yang masa berdiri mengaji sebelah aku pun tangannya dalam kain samping.   Ada yang mengadu, kawannya nak cium. Murid lelaki dengan lelaki.  Ada yang tendang kawan, sambil tersengih-sengih tendang di zakar. Terkebil-kebil si kawan pegang zakarnya kena tendang. Bull's eye tu juga nak ditendang. Dah tak ada tempat lain? Sazah perati je perangai korang...😠  Nak pastikan korang tersilap atau memang sengaja berkelakuan macam tu. Minggu lepas waktu berziarah ke rumah Akak, kami berbincang tentang hal ni. Maklum la, Akak ada 3 anak lelaki baya-baya muridku. Mu...

Kelahiran Sis Jawi

Imej
 Alhamdulillah syukur. Harini siapkan blog baru, khusus untuk aktiviti jawi-menjawi. Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah. Hamba tak mampu. Allah mampu. Semoga Allah berkati usaha ni sebagai khidmat kepada umat Rasulullah SAW. Moga usaha ni dapat mendekatkan semula orang Melayu kepada tulisannya yang asal. Tulisan inspirasi dari Al-Quran. Perkongsian cerita. Lagu dan senikata jawi. Aktiviti permainan kata. Blog ni lebih kepada aktiviti dan pemantapan jawi. Kalau nak rujuk kaedah-kaedah, ada sambungan ke lama-laman pendidikan jawi. Jemput jengah ke Sis Jawi! 😊 Sambil tu berjinak2 dengan pengiklanan dan bisnes atas talian. Moga2 murah rezeki dapat work from home, from beach, from jungle je satu hari nanti... Aamiin.

Mengembara Dengan Warga Emas.

Imej
Saya bertuah dikurniakan ibu yang sudi meneman berjalan ke mana saja. Alhamdulillah. Sama ada perjalanan dirancang atau tidak, ibu layankan angin anak dia ni. Dulu cuma ke masjid atau mall. Lepas tu jauh sikit.. Ke Sekinchan, ke Lumut. Sudahnya sampai Cameron Highland saya hangkut. Terima kasih ibu! Taman Agroteknologi MARDI. Mengembara dengan warga emas ni bukan mudah. Mereka ada keperluan tertentu mengikut tahap kesihatan diri. Tapi rasa gembira dan bahagia dengan kehadiran orang tua ni amat berbaloi. Sebab tu kena bijaklah buat timbang tara sewaktu merancang perjalanan. Apa keperluan orang tua ni biasanya? 1. TANDAS Sesetengah warga emas alami kesukaran mengawal kencing. Terutamanya ibu-ibu, mungkin ada urat yang cedera masa lahirkan kita. Kesannya mereka hadapi bila dah tua. Kesian kan.. Kita pun mungkin akan hadapi satu masa nanti. Jadi perlu sangat-sangat pentingkan keperluan tandas waktu bawa orang tua berjalan. Pastikan tempat yang kita nak pergi tu ada tandas yang selesa. Bia...

PD Car-camping bhgn.3

Imej
Hari ketiga car-camping saya bermalam di Tanjung Biru. Itu pun lepas merayau 2-3 pantai cari port  sesuai. Nampak di Tanjung Biru ada orang pacak khemah. Kita pun join sekalilah. Di Tanjung Biru ni tandas awamnya tutup pukul 7 malam. Tak sempat nak mandi lepas turun hiking , saya mandi di PD London Bus Hotel . Hotel bajet tepi pantai Teluk Kemang yang turut sediakan tandas awam berbayar. Hotel ni comel, ada 3 jenis penginapan unik ditawarkan. Lain kali nak bercuti bajet boleh tidur sini. So macam mana nak guna tandas bila bermalam di Tanjung Biru? Boleh tumpang tandas awam di Kondominium Tanjung Biru . Tandas tu dalam pagar kondo. Boleh sembang tepi dengan penjaganya. Diorang benarkan je.. Waktu malam, pantai ni diterangi lampu limpah. Jenuh juga saya tutup2 tingkap kereta nak hadang cahaya masuk. Tapi yang bagusnya ada je la orang melepak ambil angin sampai pukul 1-2 pagi. Taklah sunyi. Harap jangan ada yang cemari pantai ni dengan jenayah syariah sudah.. Bangun pagi dengan pemand...

PD Car-camping bhg.2

Imej
Hari Sabtu ada pasar malam di PD. Setepatnya di pekan Batu 4 sebelah Petronas. Minggu sebelumnya saya ke situ dengan ibu, terjumpa lemang pulut hitam. Unik rasanya buatkan saya tak sabar2 nak beli lagi. Saya memang suka pulut hitam. Baik bubur, kuih koci, dan yang terkini masuk list; lemang. Tapi disebabkan tamak nak melancong, saya merayau dulu cari pasar malam di Kuala Sungai Baru. Ini bandar terakhir di sempadan Melaka-PD. Cari punya cari guna google map, tak jumpa lokasinya. Kecewa tapi tak apalah....jom terus naik ke PD. Lepas tu berlaku keajaiban. Waktu memandu di jalan utama, tiba-tiba saya rasa nak belok masuk ke satu simpang ni. Hujung simpang tu ada belukar dan jalan tak berapa cantik. Tiba-tiba rasa nak belok kiri lagi. Tembus ke satu jalan besar yang sunyi. Eh, kompius.. apa aku buat kat sini? Apesal aku masuk sini? Haha😂 Nak buka map cari jalan keluar, henfon dah kong pulak. Aisey... Pandang kiri-kanan nampak kubah masjid. Terus memandu ke sana kot jumpa simpang untuk ba...

Seronok Ke Musim Sejuk?

Imej
Bersembang dengan rakan grup tentang perubahan iklim. Ada yang teringin nak Malaysia bersalji. Kita yang duduk negara panas ni memang ada kejakunan dengan salji. Terimbau kenangan duduk negara sejuk dulu buat saya sengih sorang2 pagi ni. Hehe.. Seronok ke hidup di iklim sejuk? Solat subuh berjemaah sebelum mendaki gunung Sinai. Januari 2011. Mesir negara beriklim Mediterranean yang ada 4 musim. Cuma musim gugur dan musim bunga tak begitu ketara sebab tak banyak pokok nak ditengok perubahan tu. Salji pun tak ada. Masa saya di sana, salji cuma turun sekali-sekala di gunung Sinai. Ikut nasib siapa mendaki waktu tu dapatlah main salji. Walaupun tak bersalji, musim sejuk dia tak main-main.. Negara gurun macam tu ada banyak angin pulak. Bila angin sejuk tu berhembus, huuuuuu~~~~ Dingin hingga ke tulang! Ribut musim sejuk 2011. Berubah lanskap pantai Iskandariah yang cantik. Iskandariah tempat mastautin saya di Mesir. Bandar pesisir pantai yang cantik dengan laut jernih membiru. Rumah-rumah d...

PD Car-Camping bhg. 1

Imej
Pernah dengar car-camping? Bermalam dalam kereta tanpa khemah. Konsep ni lebih murah dan jimat wang. Tapi pastikan kenderaan tu selesalah nak tidur. Lepas menonton beberapa video car-camping orang lain, satu hari saya nekad berkem-kereta di PD. Seorang diri. Sebelum tu dah tinjau dululah mana kawasan yang sesuai dan boleh bermalam tanpa bayaran, ada kemudahan tandas dan lain-lain. Kalau bermalam sembarangan nanti kena saman dengan PBT ke, atau diganggu penjenayah kan bahaya. Atau nak ke tandas malam-malam, niaya oiii...mana nak cari😂 Asalnya tak rancang berapa hari nak lepak tepi laut. Cuma rasa nak duduk sampai puas je la. Tak risau pasal kos. Tidur dalam kereta je kan.  Apadehal. Cuti sekolah pulak. Alhamdulillah pejam-celik lima hari rupanya. Hari pertama. 4 Mac 2022, Sabtu. Perjalanan mula di Melaka. Dari Lubuk Cina saya memandu turun ke Pengkalan Balak. Saje rasa nak tengok pantai Melaka. Lagipun dah lama tak pergi Pengkalan Balak tu. Last pergi masa sekolah. Sampai situ...