PD Car-Camping bhg. 1


Pernah dengar car-camping? Bermalam dalam kereta tanpa khemah. Konsep ni lebih murah dan jimat wang. Tapi pastikan kenderaan tu selesalah nak tidur.

Lepas menonton beberapa video car-camping orang lain, satu hari saya nekad berkem-kereta di PD. Seorang diri. Sebelum tu dah tinjau dululah mana kawasan yang sesuai dan boleh bermalam tanpa bayaran, ada kemudahan tandas dan lain-lain. Kalau bermalam sembarangan nanti kena saman dengan PBT ke, atau diganggu penjenayah kan bahaya. Atau nak ke tandas malam-malam, niaya oiii...mana nak cari๐Ÿ˜‚

Asalnya tak rancang berapa hari nak lepak tepi laut. Cuma rasa nak duduk sampai puas je la. Tak risau pasal kos. Tidur dalam kereta je kan.  Apadehal. Cuti sekolah pulak. Alhamdulillah pejam-celik lima hari rupanya.

Hari pertama.
4 Mac 2022, Sabtu.

Perjalanan mula di Melaka. Dari Lubuk Cina saya memandu turun ke Pengkalan Balak. Saje rasa nak tengok pantai Melaka. Lagipun dah lama tak pergi Pengkalan Balak tu. Last pergi masa sekolah. Sampai situ terkejut tengok banyak perubahan berlaku. Baru nak enjoy cuci mata, aisyy...minyak nak habis pulak. Terpaksa keluar balik cari Petronas (saya pengguna produk Malaysia..hehe). Stesen terdekat di Sungai Udang.

Dah isi minyak penuh, mula la tamak nak tengok pantai lain. Turun lagi ke Tanjung Bidara. Tengok sikit apa yang terkenal sangat dengan pantai tu?



Ok, boleh tahan..๐Ÿ˜Š๐Ÿ’˜

Pasirnya oren keemasan. Tak tahu keadaan dalam air tu berbatu ke apa. Tak turun pijak air pun sebab nak memandu lagi. Malas nak basah-basah. Tapi batu-batu besar tepi pantai ni nampak menarik macam sungai. Petang Jumaat tu pantai sunyi. Tak tahulah sebab hari kerja atau orang takut dengan kes COVID tengah naik.

Buaian ni tepi hutan, agak jauh dari tempat parking. Luangkan masa berbuai di sini nikmati keindahan ciptaan Allah๐Ÿ˜‡


Pantai ni betul-betul di pintu masuk Kem Terendak. Terhibur tengok gelagat monyet nak ceroboh pagar kem. Tak lepas dia nak panjat, asyik termasuk dalam kain.


Minum petang makan kuih putu perak. Keluar tol Linggi tadi, lalu restoran Grobok Salai. Ramai sungguh manusia makan tengahari di situ. Tepi restoran ada gerai kuih tradisional. Sambar putu perak ni nak cuba rasanya. Lebih kurang putu piring je..cuma lagi kenyang.

Dari pantai Tanjung Bidara, saya menyusur tepi laut ke Pengkalan Balak. Mesti la tengok Google Map..haha. Mana nampak ada jalan tepi laut, saya redah. Jadi jumpalah kampung-kampung nelayan yang cantik mendamaikan..๐Ÿ˜ŒUntunglah mereka ni pantai depan rumah jeeee...

Tempat ni namanya Batu Tenggek. Mungkin sempena batu bertenggek kat tengah laut tu..

Masa di Batu Tenggek ni hujan mula lebat. Saya terus naik ke Pengkalan Balak. Cadang bermalam di situlah.. Mungkin kena check-in chalet kalau hujan lebat berterusan macam ni.

Sampai Pengkalan Balak hari dekat maghrib. Cepat-cepat saya tinjau mana lokasi sesuai nak bermalam. Call chalet sana-sini tak ada yang dalam bajet. Saya putuskan bermalam di kawasan parkir depan tandas awam ni je. Tanya penjaga pukul berapa dia tutup dan buka tandas awam tu? 10 malam ke 8 pagi. Okey la. Subuh boleh di masjid. Dah selesai tu saya terus ke masjid Pengkalan Balak langsaikan fardhu malam. Makan malam nasi goreng yang dibawa dari rumah tadi. Survey juga harga ikan bakar di satu restoran. Mahal kemain.. Elok beli masak sendiri kat rumah je la. Haha..

Pukul 10 park kereta depan tandas awam dan sediakan tempat tidur. Mana lagi? Seat belakanglah!๐Ÿ˜ Kalau yang betul-betul car-camper, diorang ubahsuai ruang dalam kereta tu bagi luas boleh baring-baring. Tak pun beli tilam angin letak di seat belakang. Tapi saya ni main terjun je mana ada persiapan tu semua. Bantai tidur atas seat tu je la. Bentang kain dan sepit tuala di tingkap, buat tirai. Nasib baik pendek, muat nak lipat2 badan baring dalam tu๐Ÿ˜†

Syukur malam tu hujan reda, boleh buka tingkap sikit. Nyaman udara sejuk masuk dalam kereta. Tak panas dan tak bernyamuk.

Sebenarnya hati takut nak tidur sebab makin malam makin sunyi di situ. Kata diorang, selalunya ada je pelancong berkhemah tepi pantai. Tapi mungkin sebab kes COVID tengah banyak ni, pantai sunyi sama je macam Tanjung Bidara tadi.. So lepas doa banyak2 saya paksa lelapkan mata. Esok nak memandu lagi, kena cukup tidur. Menjelang tengah malam saya terbangun dengar enjin kereta, orang buka-tutup pintu kereta. Rupanya pemancing-pemancing datang buat projek tengah malam. Siap bau rokok lagi. Aduhaiiii sabo je. Ada 3-4 kali juga terjaga sepanjang malam tu.

Subuh-subuh merayau di pantai. Akhirnya!๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Pertama kali jumpa umang-umang besar gini. Rilek je orang tangkap gambar dia.

Alhamdulillah pagi tu cuaca baik. Walaupun ada matahari tapi sejuuk je sebab hujan semalam kan. Dengan bayu laut lagi sepoi-sepoi bahasa. Saya jalan kaki sepanjang pantai tu cari kedai makan. Pagi-pagi tak banyak buka. Sambil tanya peniaga yang ada jual khemah. Tak ada yang jual khemah, saya sambar satu topi besar. Harap-harap dapat tahan berpanas nanti sebab malas nak sapu sunblock. I tak suka chemical-chemical ni. Hehe..

Sambil tinjau chalet-chalet yang ada kat sini. Semuanya menghadap pantai. Best!

Yang ni ada kolam mandi kanak-kanak. Tu belah kanan tu nampak pemegang tangga je.

Bilik kecil kontena tu harga 1 malam seratus lebih! Dah macam hotel.

Jumpalah satu warung ada sarapan dengan lauk. Dine-in mihun goreng dengan ikan masak kari pekat. Maaf gambar hitam.. kamera cabuk. Tapi pemandangan sebenar kat sini beeeeeesssstttt sangat. Redup, nyaman, teduh bawah pokok sambil dibelai bayu laut๐Ÿ’–

Siang sikit agak-agak air laut dah tak sejuk, saya turun berendam sampai 3 jam! Amekaw puas ati... Menjelang tengahari, air surut. Saya mandi pun jauh ke tengah. Nampak kapal besar di tengah sana macam boleh jalan kaki je pergi ke kapal tu. Ya pantai di Melaka ni banyak kapal.

Naik dari laut, layan angin beberapa ketika lagi. Rasa berat hati nak tinggalkan Pengkalan Balak. Tak sangka tempat ni dah berkembang pesat. Dulu masa kecil datang sini masih kampung. Sekarang dah jadi tempat pelancongan. Tapi masih kekalkan ciri kampung tu. Ada pangkalan nelayan. Pantai bersih banyak pokok teduh. Tandas awam dan surau besar, bersih. Nyamaaaannnn sangat luangkan masa kat sini๐Ÿ˜Š

Tapi disebabkan tak selesa nak berkem-kereta di sini, saya terpaksa berpindah ke PD mengikut rancangan asal. Alhamdulillah rezeki dapat 1 malam di Pengkalan Balak.

Dari Pengkalan Balak ke PD. Lalu kampung cantik ni yang masih ada banyak rumah Melaka comel-comel.

Bayangkan betapa cantik, makmurnya Melaka zaman dulu.. Dengan kapal-kapal tradisi berlayar di laut.

Kalau ada yang pelik kenapa susah-susah tido dalam kereta? Jawapannya tengah sengkek. Hahaha.. Alhamdulillah tujuan cuti masa tu pun betul-betul nak lepaskan tekanan. So dalam kereta ke, apa ke yang penting dapat duduk tepi laut puas-puas. Aiman tak kesahhhh...

Habis cerita Melaka. Nanti sambung 4 hari lagi di PD๐Ÿ˜˜

Ulasan

  1. Tak sabar menunggu cerita seterusnya

    BalasPadam

Catat Ulasan