Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perkongsian

Remote Kunci Iriz Masuk Air

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah. Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi . Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall  balik kongsi kat sini.. Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut 😬 Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote  kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya. Akibatnya kereta tak mahu hidup! Gambar pinjam sini. Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak bu...

Senaif Taufik

Imej
Minggu ni agak mencabar bila mengajar dalam keadaan kurang sihat. Ada hari, aku senyap saja sebab tekak dan dada sakit nak bercakap. Ada hari aku menjerit juga mengalahkan waktu sihat. Ada hari, aku surrender dan keluar dari kelas. Rehatkan jiwa beberapa minit di tempat lain sebelum kembali ke kelas. Mengajar budak kecil zaman sekarang makin mencabar sebab mereka rosak. Makanan mereka rosak. Didikan ibu bapa rosak. Pengaruh sekeliling seperti hiburan dan gajet, rosak. Waktu rehat, aku tengok mereka makan jajan, fries, coklat crunchy tah apa-apa. Semua ni buat aku makin simpati pada mereka. Bukan mereka minta nak jadi begitu. Contohnya Taufik yang setiap hari buat scene. https://www.focusonthefamily.com/parenting/what-boys-need-to-learn-to-become-good-men/ Pertama kali jumpa hari tu, bila tengok Taufik ada kecenderungan memukul orang, aku nasihatkan dia pukul diri sendiri bila rasa nak marah. Kononnya bagi dia faham rasa sakit, so jangan sakitkan orang lain. Khamis, aku buat kuiz. Tau...

Kelahiran Sis Jawi

Imej
 Alhamdulillah syukur. Harini siapkan blog baru, khusus untuk aktiviti jawi-menjawi. Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah. Hamba tak mampu. Allah mampu. Semoga Allah berkati usaha ni sebagai khidmat kepada umat Rasulullah SAW. Moga usaha ni dapat mendekatkan semula orang Melayu kepada tulisannya yang asal. Tulisan inspirasi dari Al-Quran. Perkongsian cerita. Lagu dan senikata jawi. Aktiviti permainan kata. Blog ni lebih kepada aktiviti dan pemantapan jawi. Kalau nak rujuk kaedah-kaedah, ada sambungan ke lama-laman pendidikan jawi. Jemput jengah ke Sis Jawi! 😊 Sambil tu berjinak2 dengan pengiklanan dan bisnes atas talian. Moga2 murah rezeki dapat work from home, from beach, from jungle je satu hari nanti... Aamiin.

Mengembara Dengan Warga Emas.

Imej
Saya bertuah dikurniakan ibu yang sudi meneman berjalan ke mana saja. Alhamdulillah. Sama ada perjalanan dirancang atau tidak, ibu layankan angin anak dia ni. Dulu cuma ke masjid atau mall. Lepas tu jauh sikit.. Ke Sekinchan, ke Lumut. Sudahnya sampai Cameron Highland saya hangkut. Terima kasih ibu! Taman Agroteknologi MARDI. Mengembara dengan warga emas ni bukan mudah. Mereka ada keperluan tertentu mengikut tahap kesihatan diri. Tapi rasa gembira dan bahagia dengan kehadiran orang tua ni amat berbaloi. Sebab tu kena bijaklah buat timbang tara sewaktu merancang perjalanan. Apa keperluan orang tua ni biasanya? 1. TANDAS Sesetengah warga emas alami kesukaran mengawal kencing. Terutamanya ibu-ibu, mungkin ada urat yang cedera masa lahirkan kita. Kesannya mereka hadapi bila dah tua. Kesian kan.. Kita pun mungkin akan hadapi satu masa nanti. Jadi perlu sangat-sangat pentingkan keperluan tandas waktu bawa orang tua berjalan. Pastikan tempat yang kita nak pergi tu ada tandas yang selesa. Bia...

PD Car-camping bhg.2

Imej
Hari Sabtu ada pasar malam di PD. Setepatnya di pekan Batu 4 sebelah Petronas. Minggu sebelumnya saya ke situ dengan ibu, terjumpa lemang pulut hitam. Unik rasanya buatkan saya tak sabar2 nak beli lagi. Saya memang suka pulut hitam. Baik bubur, kuih koci, dan yang terkini masuk list; lemang. Tapi disebabkan tamak nak melancong, saya merayau dulu cari pasar malam di Kuala Sungai Baru. Ini bandar terakhir di sempadan Melaka-PD. Cari punya cari guna google map, tak jumpa lokasinya. Kecewa tapi tak apalah....jom terus naik ke PD. Lepas tu berlaku keajaiban. Waktu memandu di jalan utama, tiba-tiba saya rasa nak belok masuk ke satu simpang ni. Hujung simpang tu ada belukar dan jalan tak berapa cantik. Tiba-tiba rasa nak belok kiri lagi. Tembus ke satu jalan besar yang sunyi. Eh, kompius.. apa aku buat kat sini? Apesal aku masuk sini? Haha😂 Nak buka map cari jalan keluar, henfon dah kong pulak. Aisey... Pandang kiri-kanan nampak kubah masjid. Terus memandu ke sana kot jumpa simpang untuk ba...

Seronok Ke Musim Sejuk?

Imej
Bersembang dengan rakan grup tentang perubahan iklim. Ada yang teringin nak Malaysia bersalji. Kita yang duduk negara panas ni memang ada kejakunan dengan salji. Terimbau kenangan duduk negara sejuk dulu buat saya sengih sorang2 pagi ni. Hehe.. Seronok ke hidup di iklim sejuk? Solat subuh berjemaah sebelum mendaki gunung Sinai. Januari 2011. Mesir negara beriklim Mediterranean yang ada 4 musim. Cuma musim gugur dan musim bunga tak begitu ketara sebab tak banyak pokok nak ditengok perubahan tu. Salji pun tak ada. Masa saya di sana, salji cuma turun sekali-sekala di gunung Sinai. Ikut nasib siapa mendaki waktu tu dapatlah main salji. Walaupun tak bersalji, musim sejuk dia tak main-main.. Negara gurun macam tu ada banyak angin pulak. Bila angin sejuk tu berhembus, huuuuuu~~~~ Dingin hingga ke tulang! Ribut musim sejuk 2011. Berubah lanskap pantai Iskandariah yang cantik. Iskandariah tempat mastautin saya di Mesir. Bandar pesisir pantai yang cantik dengan laut jernih membiru. Rumah-rumah d...

PD Car-Camping bhg. 1

Imej
Pernah dengar car-camping? Bermalam dalam kereta tanpa khemah. Konsep ni lebih murah dan jimat wang. Tapi pastikan kenderaan tu selesalah nak tidur. Lepas menonton beberapa video car-camping orang lain, satu hari saya nekad berkem-kereta di PD. Seorang diri. Sebelum tu dah tinjau dululah mana kawasan yang sesuai dan boleh bermalam tanpa bayaran, ada kemudahan tandas dan lain-lain. Kalau bermalam sembarangan nanti kena saman dengan PBT ke, atau diganggu penjenayah kan bahaya. Atau nak ke tandas malam-malam, niaya oiii...mana nak cari😂 Asalnya tak rancang berapa hari nak lepak tepi laut. Cuma rasa nak duduk sampai puas je la. Tak risau pasal kos. Tidur dalam kereta je kan.  Apadehal. Cuti sekolah pulak. Alhamdulillah pejam-celik lima hari rupanya. Hari pertama. 4 Mac 2022, Sabtu. Perjalanan mula di Melaka. Dari Lubuk Cina saya memandu turun ke Pengkalan Balak. Saje rasa nak tengok pantai Melaka. Lagipun dah lama tak pergi Pengkalan Balak tu. Last pergi masa sekolah. Sampai situ...

Bertamu Ke Rumah Arab 2

Imej
Namun pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan ialah bertamu ke rumah dua orang kawan Arab, Iman dan Fatma. Mereka tinggal di Hanouville, bersebelahan bandar pelabuhan Ajamy di pinggir Iskandariah. Kunjungan kali ini atas jemputan Fatma yang baru melahirkan putera sulungnya. Sewaktu kenduri walimahnya beberapa bulan sebelum itu Fatma turut menjemput kami tetapi saya tidak hadir. Rugi tak dapat tengok pesta Arab kahwin! Dengan keluarga Iman Sebelum ke rumah Fatma, kami berlapan terlebih dulu berkunjung ke rumah Iman. Perjalanan jauh ke rumahnya melalui pekan dan bandar yang tidak biasa dikunjungi pelajar Malaysia. Dari pekan kecil yang tenang, pasar barangan terpakai di belakang pelabuhan, depoh minyak dengan paip besar melintang seperti jejambat di atas lebuhraya hinggalah bandar Ajamy yang sesak dan padat. Hampir sejam perjalanan, kami turun di pekan Hanouville tunggu Iman datang menjemput. Iman, gadis kecil molek yang berdarah asli Mesir datang dari keluarga penyokong kuat Ik...