Remote Kunci Iriz Masuk Air

بسم الله الرحمن الرحيم

Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah.

Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi. Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall balik kongsi kat sini..

Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut😬

Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya.

Akibatnya kereta tak mahu hidup!

Gambar pinjam sini.

Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak buat. Remote alarm dah tak nak hidup. Bila buka pintu secara manual, kereta terjerit-jerit kat situ memecah keheningan senja. Huhu... Puas member dengan abangnya membelek ke sana ke mari cari butang matikan alarm. Tak cukup cari di dashboard, selongkar bonet enjin pula tengok dalam kotak suis.

"Kereta Persona dan Exora, ada butang merah matikan alarm. Iriz kau ni canggih sangat dik, mungkin dia sorokkan fungsi tu dalam butang-butang lain," kata abangnya sambil kerut memikir. Kalau orang lelaki pun tak tau, si member ni lagi laa...

Telefon Proton Careline memang tak guna la takde orang jawab. Talian tu bukan 24 jam agaknya. Call insurans minta tunda kereta bawa balik KL, dia cover 50km saja.. Baki kena tambah lagi 190 lebih. Aduhai. Cari info dalam internet pun langsung tak ada. Ye la siapa nak ajar cara hack kereta. Kang pakat hilang la kereta kena curi...

Member cakap dia malas nak fikir, pergi solat dulu selesaikan mana yang wajib. Lepas tu abangnya bawak pergi makan, sambil makan diorang fikir macam mana nak buat.

Rupanya si abang sempat lari ke DIY beli pemutar skru. Dua beradik pomen remote kunci tu buka bateri dan motherboard, tengok air masin masuk sampai dalam! Getah penebat dia tak berdaya menahan tekanan air. Member ni tawakal je celup motherboard tu dalam air suam untuk tawarkan air garam lepas tu cepat-cepat lap sampai kering. Bila pasang balik, nampak lampu alarm menyala sikit-sikit. Hidup segan mati tak mahu.

"Kalau kunci tu tak okey jugak memang aku nak tidur je kat pantai malam tu. Suruh diorang datang balik esok bawa kunci spare. Tapi abang ajak cuba lagi sekali, kot-kot dah pomen tu dah boleh guna," cerita si member. Saya tahu dia jenis lone ranger memang tak kisah nak tidur dalam kereta tepi pantai seorang diri. Tapi takkanlah abangnya nak benarkan.

Pendek cerita bila cuba lagi sekali, kereta dah mau hidup. Alhamdulillah!

Syukur la kerjasama diorang adik-beradik membuahkan hasil. Untung ada abang berotak pomen dapat guna kreativiti dia waktu diperlukan. Yang lagi tak sangka, trick member ni celup motherboard dalam air betul-betul menjadi. Ingatkan rosak kalau kena air. Sempoi!

So tipnya kalau kunci masuk air:

Buka skru,

punggah bateri dan motherboard,

lap sampai kering. Kering!

InsyaAllah boleh hidup balik lepas tu.

Member kata dia sebenarnya belajar dari mangsa banjir. Bila banjir kan banyak peti sejuk tenggelam. Orang ajar basuh je enjin peti sejuk tu dan keringkan betul-betul. Nanti boleh hidup balik. So dia cubalah buat kat kunci. Alhamdulillah menjadi.

"Tapi kau nak tau, sebenarnya kejadian ni balasan untuk aku," kata member saya kemudian.

Pelik saya... Balasan kenapa?

"Tengahari tu kakak aku cerita dia nak kena langgar dengan driver gelojoh. Aku pun geram dengan driver tu, aku cakap perangai macam anjing! Allah bagi balasan cash buat aku lupa benda yang tak pernah aku lupa.. Astaghfirullahal'aziim... Mana boleh cakap benda tak elok kat orang kan. Aku sendiri pun banyak kekurangan. Sudahnya menyusahkan ramai orang. Pukul 12 malam baru kitorang sampai rumah. Moga Allah bersihkan dosa aku dan tak tuntut di akhirat."

Gitu...

Di sebalik kerosakan teknikal rupanya ada iktibar. Untuk dia dan saya yang mendengar. Moga dengan setiap pengalaman hidup ni Allah jadikan kita insan yang lebih baik. Aamin.

Ulasan