Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Saidina Abu Ayyub Al-Ansori

Kita biasa dengar kisah tentang Saidina Abu Ayyub Al-Ansori menjadi tuan rumah kepada Nabi s.a.w apabila Baginda berhijrah ke Madinah. Dalam muhadharah baru-baru ni Syeikh ceritakan MENGAPA RUMAH SAIDINA ABU AYYUB TERPILIH UNTUK DIDIAMI BAGINDA. Kisahnya ialah berkenaan niat suci seorang Arab Yaman bernama Tubba'. Beliau mendengar bahawa seorang Nabi akhir zaman akan dibangkitkan dan akan mendiami Yathrib. Lalu beliau berpindah ke Yathrib dan membeli sebuah rumah di situ lalu berdoa; "Ya Allah, mudah-mudahan rumah ini akan menjadi kediaman Nabi akhir zaman bila Baginda berpindah ke sini kelak". Tahun demi tahun berlalu. Tubba' meninggal dunia sebelum sempat menemui Nabi akhir zaman yang dinantikan. Zuriatnya lahir dan wafat. Hinggalah pada masa zuriatnya bernama Khalid bin Zaid r.a, Nabi akhir zaman itu pun bangkit dan berhijrah ke Yathrib seperti yang dijanjikan dalam kitab-kitab terdahulu. Allah mengilhamkan kepada Qaswaa', unta Baginda untuk berhenti d

Kebaikan Sinaran Matahari

Imej
Banyak laporan menyatakan bahawa sinaran matahari tidak baik untuk kita. Ia sebenarnya salah faham yang membahayakan. Sinaran matahari memberi banyak manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Walaupun pendedahan melampau boleh membahayakan tetapi ia bukan alasan untuk kita elakkan dari terdedah kepada sumber alam yang hebat ini. Jom teliti kebaikan sinar matahari :) Pendedahan yang mencukupi kepada sinaran matahari boleh menyihatkan kulit dan mencantikkannya secara semulajadi. Ia membantu pertumbuhan setiap organisma hidup baik tumbuhan, haiwan mahupun manusia sendiri. Pendedahan berterusan pada kadar biasa dapat membina ketahanan kulit terhadap pancaran sinar ultra-ungu, jangkitan kulit mahupun kesan lecuran berbanding kulit yang tidak biasa terdedah kepada matahari. Sinar ultra-ungu yang terkandung dalam cahaya matahari merupakan ejen pembunuh kuman semulajadi. Ia bertindak membunuh bakteria dan kuman yang hidup di udara dan setiap permukaan termasuk kulit kita. P

Pengalaman Cuba Berniaga.

Imej
Berniaga kecil-kecilan selalu dipandang rendah masyarakat kita. Nampak miskin dan terdesak, tanpa memahami keseronokan dalam dunia perniagaan tu. Sebelum ni saya pun berpandangan yang sama. Kadang-kadang beli barang peniaga kecil ni bukan sebab nak barang tu pun, tapi sebab kesian. Keluarga saya yang berlatar-belakang kerja kerajaan dengan segala bonus dan pencen, lebih-lebih lagi memandang peniaga kecil ini sebelah mata. Ayah cukup tak suka bila saya suarakan hendak berniaga sendiri satu masa dulu. Tapi Allah beri saya peluang merasai sendiri jerih payah peniaga. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan tak sangka rupanya berniaga sangat seronok. Walaupun cuma dua hari sahaja tapi saya dapat banyak, sangat banyak pengajaran dari kerja ni. Sebelum ni bukan tak pernah berniaga. Kat kolej dulu kalau ada karnival tu kami bergotong-royong juga berniaga buka gerai dengan kawan-kawan. Jualkan buku untuk persatuan pun pernah, ke hulu-ke hilir menghantar buku. Tapi bezanya kali ni saya se

Kebangkitan Islam Di Eropah – Antara Realiti dan Mimpi Ngeri

Kurun ke 21 menyaksikan kebangkitan Islam yang pesat di merata dunia. Benua Eropah antara yang paling hangat merasakan kesannya. Jika kebangkitan Islam di timur lebih menumpukan kepada spek pengamalan syariat, di belahan dunia barat pula Islam mendapat tempat di hati insan-insan yang kekosongan jiwa dan mencari lmpu buat menyuluh kehidupan.   Artikel kali ini memfokuskan kebangkitan Islam di Barat yang amat menarik untuk diteliti. FAKTOR KEBANGKITAN                 Kebangkitan Islam di Eropah tidak terjadi dengan sendiri. Ia dicetuskan oleh beberapa situasi yang melanda benua Eropah beberapa dekad sebelum itu. Dengan lambakan hiburan, desakan keperluan hidup dan persaingan meraih pangkat dan status dalam masyarakat melahirkan sistem kehidupan yang celaru di sana. Walaupun zahirnya masyarakat mereka kelihatan teratur (bahkan lebih hebat dari masyarakat muslim sendiri) namun dek kekontangan spiritual akhirnya segala pembangunan dilihat kosong tak bererti. Pasca tragedi 911

Tanpa Islam Eropah tidak akan wujud

TANPA Islam, Eropah tidak akan wujud. Demikian salah sebuah makalah dalam buku berjudul Eropah: 50 fakta yang perlu diketahui. Lalu disebut betapa Islam pada masa lampau memerintah negara Sepanyol selama 800 tahun. Buku ditulis oleh Emma Hartley. wartawan dan penulis yang telah bertugas dengan empat buah akhbar bahasa Inggeris - Daily Telegraph, Evening Standard, The Independent dan Times, London. Sorotan mengenainya bermula dengan kisah Abu Abdullah, Raja Islam yang terakhir di Sepanyol manakala menunggang kuda dan berhenti di puncak sebuah bukit lalu memandang dari jauh bumbung Istana Alhamra. Ia berlaku pada abad ke-15 setelah tenteranya ditewaskan oleh laskar Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Wajahnya begitu sedih dan ia menangis ketika memandang ke arah tempat tinggal nenek moyang yang dulu memerintah Andalusia sebegitu lama. Ibu yang mengiring memarahinya: “Menangis, menangislah kau seperti betina kerana kau tak dapat mempertahannya seperti anak janta

Lawatan Ziarah Para Syuhada' Bahnasa

Imej
22 September 2012 Alhamdulillah pada harijadi tahun ni diberi peluang yang tak disangka-sangka untuk menyertai rombongan ziarah para Syuhada’ Bahnasa. Rombongan kali pertama yang dianjurkan Syeikh Yusri sebelum ni saya terlepas peluang kerana lewat mendapat tahu hinggalah tarikh tutup penyertaan berlalu. Kali ni Alhamdulillah, dengan ‘ahli kelab penganggur Wilayah’ yang bertujuh kami bersama-sama menjejakkan kaki ke sana dengan rombongan HEWI PMRAM. SEJARAH BAHNASA Asal nama Bahnasa ialah perkataan Arab Bahaa’un Nisaa’ (kemegahan wanita). Dinamakan begini kerana ia menjadi tempat himpunan perempuan-perempuan cantik dari Rom pada suatu masa dahulu. Penempatan di Bahnasa telah wujud sejak Tamadun Firaun. Sebatang sungai yang mengalir di perkampungan itu dinamakan ‘Bahru Yusufi’ sempena nama Nabi Yusuf Alaihis Salam yang pernah menjadi gabenor dalam kerajaan itu. Bahkan jasad Nabi Yusuf dikatakan turut disemadikan di sekitar sungai itu walaupun tiada kesan yang membuktik

Empat Hariku Dalam Praktikal Summer Pre-Chambering (SPC)

Sebelum tu biarlah saya jelaskan sikit apakah makhluk yang dinamakan SPC ni? Bagi setiap mahasiswa perundangan, diorang dikehendaki menjalani latihan amali selama 9 bulan yang dipanggil 'chambering' atau 'pupillage', sama macam doktor2 kena HO selama 2 tahun untuk melengkapkan pengajian masing2. SPC ni boleh la dikatakan 'mini' chambering yang diadakan khusus buat pelajar Syariah di Mesir dan Jordan untuk mendedahkan kita dengan dunia perundangan Syariah di tanahair. Untung2 jika berminat, pelajar Timur Tengah boleh la ramai2 isi tempat kosong dalam dunia perundangan kita :) Untuk SPC ni, saya dan kawan2 telah memohon sejak musim bunga yang lepas sekitar bulan 3-4 dan programnya dijalankan di Malaysia selama sebulan pada waktu cuti musim panas. Berikut serba-sedikit al-kisah yang dapat dikongsi. Hari 1 Selesai lapor diri dengan penyelia, berkenalan dengan staf-staf Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat (MRSHL). Tunggu sorang lagi pelatih akhawat Mesir yang

Berkhilaf Cara Imam Abu Hanifah

Imej
Pada zaman awal Islam, di waktu ilmu Islam sedang pesat berkembang telah muncul dua aliran pendidikan fiqh termasyhur. Satunya dikenali sebagai Madrasah Ra’yi di Iraq, dan satu lagi Madrasah Hadis di Madinah Al-Munawwarah. Para ulama’ di Madrasah Ra’yi terkenal dengan cara pengistinbatan hukum melalui qiyas manakala ulama’ di Madrasah Hadis lebih berpegang teguh dengan hadis Rasulullah s.a.w. Antara alim yang tersohor di Madrasah Ra’yi pada masa itu ialah Imam Abu Hanifah r.a, seorang tabi’en dan peniaga kain yang berjaya di Iraq. Manakala alim yang menjadi rujukan di Madrasah Hadis pula ialah Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali Karamallahu wajhah, ahli bait Rasulullah s.a.w. Suatu masa, Imam Abu Hanifah telah datang ke Madinah buat pertama kalinya. Selepas menziarahi makam Rasulullah s.a.w, beliau mengunjungi para sahabat yang masih hidup dan para ulama’ Madinah antaranya Imam Muhammad Al-Baqir sendiri. Lalu bertemulah dua orang taiko fiqh ini