Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

MAHASISWA SEBAGAI GOLONGAN NON-PARTISAN

(SUMBANGAN ARTIKEL UNTUK SUARA KAMPUS GABUNGAN YANG TELAH DITOLAK ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN.NAMUN ATAS DASAR ILMU SAYA TERBITKAN DI SINI DENGAN BEBERAPA SUNTINGAN BUAT RENUNGAN SAHABAT2 PEJUANG YANG SAYA KASIHI..SELAMAT MENJAMU MINDA!) Oleh MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR Tuntasnya, saya melihat senario kelembapan atau biasanya dinyatakan oleh Syed Hussein al-Attas sebagai bebalisme kian mewarnai dunia pemikiran mahasiswa. Kewujudan virus ini tersebar sepantas angin yang bertiup kencang dan secara tiba-tiba udara itu meruap panas melingkari kecerdasan dan ketangkasan berfikir. Kata Hisyamudin Rais yang dahulunya saya tidak bersetuju, kewujudan bebalisme yang menjadi budaya secara automatik ini, ia berpunca daripada kepartian yang mempergunakan semangat dan keberanian mahasiswa, dalam proses membonekan pemikiran anak muda yang cerdas dan menguntungkan kepentingan peribadi mereka. Lalu yang cerdas menjadi perlahan. Yang pantas menjadi lembap. Yang canggih-manggih menjadi jumud dan rigid. Y

Kepentingan memoir untuk seorang wartawan

PARA wartawan berjaya kerana mereka kerap bertanya apakah kemudian nanti akan menulis memoir. Ini kerana interaksi mereka dengan pelbagai punca berita atau informasi. Antara mereka - para menteri, tokoh-tokoh pembangkang, tokoh korporat, tahanan politik, ketua demonstrasi haram. Tidak semua menjawab "ya" kerana ada yang memilih kenangan lampau masing-masing dan merahsiakan sesuatu yang boleh menjejaskan status diri sendiri. Dalam pada itu ada pemberita - dipanggil kuli tinta di Indonesia - yang sesekali menulis mengenai sesuatu pengalaman dirinya. Contohnya seorang wartawan Poland, bernama Ryszard Kapuscinsky yang bertahun-tahun lamanya bertugas di negara-negara benua Afrika sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Umpamanya, kisah nyaris maut dipatuk ular senduk setelah sesat ketika mencari berita dengan temannya. Setelah gagal mencari jalan keluar dari hutan mereka akhirnya menjumpai dua pondok usang dan di dalamnya papan tempat tidur. Kapuscinsky terus baring kerana terla

Menilai nasib umat Islam

ADAKALA ulang tahun peristiwa bersejarah mengulangi tuntutan maaf. Demikian halnya pada 9 April lalu yang dilaporkan antara lainnya oleh akhbar Times, London. Tajuk beritanya Moors want an apology after 400 years: Expulsion “first ethnic cleansing of Europe.” Moors ialah panggilan bagi orang Islam di Sepanyol yang mereka perintah selama hampir tujuh abad hingga tewas kepada bala tentera Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella pada tahun 1492. Warga Moors itu berasal dari Maghribi. Laporan bermula mengenai sikap Sepanyol masih keberatan untuk memohon maaf kerana apa yang berlaku di masa lampau. Cerita bersambung: “Empat ratus tahun dulu hari ini (9 April) Raja Philip menandatangani perintah untuk mengusir 300,000 Moriscos – masih serba sedikit Islam - yang dulu Islam. Selama lima tahun berikutnya beratus ribu orang mati setelah diusir dari rumah mereka di Sepanyol ke Afrika Utara ketika memuncaknya tindakan Inquisition pihak Sepanyol.” Menurut laporan tersebut sebilangan penulis Islam da

Rundingan dengan negara jiran bukan mudah

WAJAR mendapat perhatian segala pihak ialah kajian pelbagai dimensi hubungan antara Malaysia dan Singapura oleh para ilmuan dalam buku berjudul Across The Causeway. Antara yang dicatat ialah sebuah kenyataan Menteri Perdagangan Singapura, George Yeo suatu masa lalu: This is a relationship which is inseparable, Malaysia and Singapore are like Siamese twins. Occasionally we get close to each other and annoy each other. We say you go your way and I go my way. We try and we cannot go very far because we share a common umbilical cord. Ringkasnya, hubungan kita tidak boleh dipisahkan. Kita seperti kembar Siam. Kita punyai tali perut yang sama. Kenyataan tersebut dipetik oleh Profesor Dr. Mahani Zainal Abidin, Ketua Pengarah ISIS dan buku berkenaan diterbit oleh Institut Kajian Asia Tenggara, Singapura. Laporan bermula manakala British dulu memerintah Semenanjung Tanah Melayu dan ekonomi negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat bergantung antara satu sama lain. Singapura menjadi kaya-raya

Sejarah tidak boleh dipadamkan

KEBIASAAN zaman moden yang memprojek nilai-nilai dewasa ini ke masa lampau adalah salah, demikian menurut tokoh sejarah. Pepatah Cina pula mengingatkan: Mata tidak boleh melihat bulu mata sendiri. Kerana, muncul kini ialah desakan supaya dipadam sebahagian pelajaran sejarah di sekolah untuk memenuhi tuntutan perkauman. Awang Selamat dalam pojoknya minggu lalu menulis: "Nampaknya sejarah negara mahu ditulis semula mengikut apa yang dimahukan dan bukannya berdasarkan fakta. Maka makin jelas bahawa bukan sahaja sisa kekuatan politik Melayu yang ada ini mahu dikuburkan malah sejarahnya juga mahu dinafikan''. Pelbagai mimpi sesetengah gambong-gambong politik ada kalanya seperti disebut dalam dunia politik Inggeris merciless, vengeful - kejam, berdendam. Pelbagai perkara yang telah dipersetujui secara muafakat mahu digunting begitu saja untuk mencapai kuasa bagi diri sendiri. Memberi pelajaran dengan itu ialah aspek-aspek sejarah dalam Monograph Malaysian Branch of the Royal Asi

Nasib penduduk minoriti Islam

JARANG dilaporkan ialah keadaan golongan minoriti Islam di mana juga negara. Mendapat perhatian kerana itu ialah terbitan Islam in Southeast Asia yang menyentuh hal tersebut. Penulisnya Profesor Hussin Mutalib dari National University of Singapore yang menulis mengenai Islam di Tenggara Asia. Laporan bermula mengenai bilangan umat Islam di dunia kini kira-kira 1.3 bilion dan 60 peratus dari mereka bermastautin di benua Asia. Dijelaskan lagi: “Kira-kira 250 juta warga Islam tinggal di Asia Tenggara. Orang Islam di rantau ini mungkin golongan minoriti dalam dunia, tetapi mereka berperanan mengatur destini masa depan Islam iaitu bukan pinggiran atau tersisih. “Indonesia negara Islam yang terbesar sekali dalam dunia, Malaysia negeri Islam yang dinamis dan moden, manakala Brunei salah sebuah yang terkaya sekali. Selain dari ketiga negeri majoriti Islam itu ialah golongan minoriti Islam di rantau ini, termasuk Thailand, Filipina dan Singapura serta lain-lain minoriti Islam di Indochina, tiap

Peralihan kuasa secara aman damai

MALAYSIA bertuah kerana kepimpinan seorang demi seorang Perdana Menteri yang begitu berjasa kepada negara dan rakyat sejak merdeka. Demikian pernah dinyatakan dengan tegas oleh Allahyarham Tan Sri Harun Hashim. Ini diulangi beliau dalam bukunya The Benchmark mengenai sistem kerajaan yang stabil dengan pilihan raya setiap lima tahun dan peralihan kuasa dari sesebuah kerajaan kepada yang berikutnya dengan aman damai. “Bila tiba waktunya Tunku Abdul Rahman bersara secara teratur, maka mengambil alih ialah Tun Abdul Razak, timbalannya selama 15 tahun. Manakala Tun Razak meninggal dunia, mengambil alih ialah Tun Hussein Onn. “Dan manakala Tun Hussein meletakkan jawatan kerana sebab-sebab kesihatan, beliau diganti oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad... angin perubahan akan berlaku lagi di Malaysia, tetapi janganlah hendaknya ia angin yang membawa anarki dan huru-hara,” beliau menambah dalam makalah pada akhir tahun 1998. Hal ini diulangi kemudian pada tahun 2004 oleh Hng Hung Yong, editor akhbar b

Mahathir, Kassim dan sosialisme

Mendapat perhatian para pembaca ketika ini ialah buku Kassim Ahmad berjudul Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam dengan kata pengantarnya pula oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Oleh mantan Perdana Menteri disebut antara lainnya bahawa “seseorang insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka, semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabila menempuh umur pertengahan pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan centralist dan kecuali. Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan atau konservatif. “Saudara Kassim sudah melalui ketigatiga fasa ini. Bab yang awal lebih kepada ideologi terutama ideologi sosialis tetapi bab-bab yang terakhir banyak berbincang berkenaan agama iaitu agama Islam.” Dr. Mahathir selanjutnya mengucap tahniah “kepada saudara Kassim, yang pada satu masa adalah musuh politik saya, kerana dapat mengulas pemikiran dan dasar berkenaan negara yang dicintainya deng

Antara penyeksaan dan prasangka

Mengatur majlis dialog antara agama diakui bukan sesuatu yang mudah. Mencetus pertelingkahan bukan hanya perbezaan dan prasangka tetapi juga perhitungan politik dan kekuasaan. Mengeruhkan suasana ialah pihak luar yang kenyataan mereka dilaporkan oleh media. Antaranya ialah seperti dicatat oleh The Islamic Texts Society (UK) dalam buku terbitannya, iaitu pandangan penulis pojok akhbar Times, London bernama Jonathan Meades. Beliau menyatakan bantahannya kerana para tahanan di penjara Guantanamo telah diberi Quran dengan percuma untuk bacaan. Meades menyifatkannya seperti menghadiahkan buku karangan Hitler, Mein Kampf kepada para pemimpin Nazi Jerman yang menunggu perbicaraan di Nuremberg setelah tewas perang. Menulis dalam akhbar Times isu 26 Januari 2002, Meades juga membantah kerana para tahanan mendapat kebenaran untuk menunaikan solat. “Ia berupa ukuran sikap lemah kita manakala membenarkan bekas-bekas al-Qaeda di Guantanamo itu bersembahyang dan masing-masing dihadiahkan senaskah Qu

Orang miskin AS jadi mangsa

Ada gambar bernilai seribu perkataan, demikian peribahasa Cina. Suatu contoh ialah gambar ini yang disiarkan dalam terbitan terbaru majalah Vanity Fair mengenai kegawatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dewasa ini hingga merebak ke beberapa negara lain yang terpaksa mengadakan program rangsangan. Pada bahagian atas ialah gambar iklan yang pernah disiarkan oleh pelbagai akhbar dan majalah AS beberapa waktu dulu yang menunjukkan suatu keluarga kulit putih yang berada dalam kereta mereka. padanya ditulis There's no way like the American Way. Gambar di bahagian bawah menunjukkan sebilangan warga kulit hitam "berbaris untuk menerima bantuan makanan dan bekalan air di bandar Louisville, Kentucky pada tahun 1937." Rencana mengenai kegawatan ekonomi dewasa ini di Amerika menyatakan betapa sebab ia merebak, antara lainnya: Inflasi telah meningkat hingga enam peratus, iaitu paling tinggi dalam tempoh 17 tahun. Pengangguran meningkat hingga enam peratus dan tiada pengambilan pekerja b

Catatan dari buku Surat Dr. Mahathir

POLITICAL Euphoria. Istilah dari kancah politik dunia Barat menurut kenangan pembaca ketika membaca buku berjudul Surat Dr. Mahathir oleh Zainuddin Maidin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Kerana kegirangan politik yang seumpama juga berlaku dalam masa interaksi mereka. Hubungan di antara kedua meliputi pelbagai bidang. Ada kalanya akrab kerana pandangan politik yang sejurusan. Pertemuan pertama mereka berlaku puluhan tahun lampau ketika Zam tinggal “di perkampungan haram Seberang Kereta Api Sungai Korok, lebih sebatu dari Bandar Alor Setar, di sebuah rumah buruk, sebuah keluarga miskin sedang menghadap lelaki tua yang sedang uzur.“ ”Ibunya segera menyuruhnya memanggil doktor dan ia terus berlari ke bandar. Dicatat seterusnya: “Doktor, datuk saya sakit teruk, “Di mana? “Di Seberang Kereta Api Sungai Korok, masuk ikut lorong Sekolah Najat sehingga ke penghujung jalan dan terpaksa jalan kaki ke rumah saya kerana kereta tidak boleh masuk. “Baiklah, pulang dahulu, nanti saya d

Mengimbas jasa Tun Dr. Ismail

Antara yang dilupai oleh sesetengah aktivis politik dan tidak begitu diketahui oleh pihak-pihak lain ialah pidato bersejarah Tun Dr. Ismail (1915-1973) ketika Malaya menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957. Pada waktu itu beliau menjadi diplomat pertama Malaya ke PBB dan Duta Besar Malaya yang pertama ke Amerika Syarikat. Oleh beliau adanya telah ditegaskan, "Kami di Malaya mempunyai tiga kaum utama: orang Melayu, Cina dan India, yang hidup bersama generasi demi generasi dengan aman damai dan harmoni. Perbezaan agama dan latar belakang -budaya, perbezaan status ekonomi dan sosial tidakpun menjadi rintangan untuk mewujudkan perpaduan nasional ketiga kaum itu. Keinginan utama kami ialah mempunyai hak dan tuah untuk hidup sebagai bangsa yang merdeka dan bersatu-padu di kalangan bangsa-bangsa yang bebas di seluruh dunia. Pencapaian cita-cita itu melalui cara-cara aman, damai dan berperlembagaan, melalui rundingan-rundingan persahabatan dan semanga

Saluran bahasa Parsi cetus persoalan

KENAPA gerangan BBC London melancarkan mulai 14 Januari lalu siaran televisyen dalam bahasa Parsi, iaitu kira-kira lima bulan menjelang pilihan raya Presiden Iran? Telah pun mengadakan siaran bahasa Parsi ialah Suara Amerika. Di samping itu lebih 10 program sama dari empat tempat lain, kebanyakannya di Los Angeles. Menjadi tanda tanya lanjut: Kenapa kuasa-kuasa Barat mengadakan siaran dalam pelbagai bahasa negara-negara yang pernah mereka jajah dan takluki dahulu? Persoalan mengenai agenda politik timbul setelah tersiar berita mengenainya dalam akhbar Times dan Financial Times, London. Lalu dilaporkan reaksi dari Teheran. Seorang Menteri Iran yang bertanggungjawab mengenai aspek perisikan, Gholam Hussein Mohsen Ejei berkata: “Agensi-agensi perisikan asing boleh menggunakan pelbagai kemudahan kewartawanan untuk kegiatan-kegiatan mereka, dan ini mungkin meningkat menjelang pilihan raya Presiden kelak.” Kerajaan British telah mengadakan peruntukan sejumlah 15 juta Pound (1 Pound = RM6) un

Sejarah bukan sekadar nostalgia

BAGI para pembaca akhbar Melayu pelancaran wajah baru Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berupa kesinambungan peranan akhbar-akhbar Melayu keseluruhannya dari zaman penjajah. Perjuangan membela tanah air, bangsa, agama, bahasa berterusan melalui kesilihbergantian para petugas. Pelbagai keadaan berubah termasuk beradanya dewasa ini internet dan para penulis yang dipanggil bloggers serta wujudnya ciitizen juornalism tanpa berpandu kepada kod etika kewartawanan. Berikutan itu politik negara boleh berkecamuk. Perubahan juga berlaku pada pihak-pihak lain. Pada tahun 1922, umpamanya, akhbar Straits Times dipanggil “Colonial thunderer” sebagaimana akhbar Times di London diberi gelaran “Thunderer” kerana mewakili pihak atasan yang berkuasa. Lalu pada awal 1950-an editor-editor warga Inggeris mengkritik kesatuan wartawan Singapura (Singapore Union of Journalists) kerana mengirim memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Rendel. Memorandum tersebut dianggap sebagai tindak-tanduk politik yang

Gaza ulangi nasib Lebanon

Sebuah buku yang dikirim pada 24 Mei, 1983 oleh Rosnah Majid, penulis rencana pengarang Utusan Malaysia, ketika dulu berada di San Francisco, dibaca kembali oleh tukang catat ini setelah hari demi hari mengikuti laporan pelbagai tragedi di Genting Gaza. The Longest War: Israel in Lebanon (Vintage Books, New York) demikian tajuk buku bahasa Inggeris itu yang diterjemah dari bahasa Sepanyol. Ia ditulis oleh Jacobo Timerman, yang telah bermastautin di Tel Aviv, Israel. Ia dibaca sekali lagi untuk mengetahui setakat mana pencerobohan di Lebanon berulang kini di Gaza. Buku tersebut ditujukan kepada Major Giora Harnik dari tentera Israel yang mati dalam minggu pertama pertempuran di Lebanon. Walhal ia aktivis Gerakan Keamanan di Israel dan "ia menentang peperangan dalam mana ia membunuh dan kemudian mati." Timerman menambah, "saya berharap buku ini akan menolong kita sekalian. Tetapi saya tidak begitu pasti. Kerana kita warga Israel kekeliruan dan berasa takut. Malah ibu Giora

Menyingkap Intifada pejuang Palestin

Palestin adalah tanah air rakyat Arab Palestin, ia sebahagian dari perpaduan tanah air Arab dan rakyat Palestin adalah sebahagian dari bangsa Arab. Fasal 1 - Perisytiharan kebangsaan Palestin yang diluluskan oleh PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) pada tahun 1964 dan dipinda pada tahun 1968. Setakat manakah nanti Intifada Ketiga sebagai kebangkitan membela pembunuhan lebih 300 warga Palestin akibat serangan-serangan bom dan peluru-peluru berpandu tentera Israel di Genting Gaza sejak sambutan Maal Hijrah? Pertanyaan timbul kerana tiada perpaduan di antara Hamas dan Fatah. Kembali dalam ingatan ialah pengalaman masa lalu seperti dihuraikan oleh Baruch Kimmerling, Sarjana Hebrew University di Jerusalem. Lalu dicatat olehnya peranan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang kini dalam keadaan koma tidak sedarkan diri selama dua tahun. Hal ini telah dilaporkan oleh akhbar Times London pada 4 Januari 2008. Antara kandungan makalah Kimmerling: * Intifada pertama bermula pada 9 Disembe

Tunggu Saya Di Syurga!

Saya bertemunya pada akhir musim panas yang lalu, dalam satu rombongan pelajar tahun akhir universiti kami. Dia seorang pemuda yang tampan bergaya, sangat bijak tetapi bersikap sederhana. Dia yang mula-mula merapati saya, ketika saya sedang bersendirian memerhati kawan-kawan bermabuk-mabukan dalam parti penutup. Saya Ayman dari Rafah. Saya Iman, dari Rafah juga. Oh, jadi kita sama. Kenapa saya tak kenal awak? Dia girang dapat mengenali saya. Kami banyak fikiran yang sama. Walaupun dia bakal graduan kejuruteraan perisian dan saya pula sains politik, namun kami serasi dalam satu ideologi-bumi Palestin kami. Serasi, meskipun saya Muslimah dan dia Masihi. Selepas percutian itu kami berpisah. Saya terus pulang ke Rafah sebaik selesai urusan akhir di universiti dan dia pula mahu meneruskan musafir ilmunya. Belum mahu pulang selagi tidak dapat mencipta program seperti Windows, katanya. Namun kami terus berhubungan di dunia maya. Dia, bagai diprogramkan, setiap minggu akan me