Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Keretaku

Remote Kunci Iriz Masuk Air

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah. Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi . Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall  balik kongsi kat sini.. Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut 😬 Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote  kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya. Akibatnya kereta tak mahu hidup! Gambar pinjam sini. Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak bu...

PD Car-camping bhg.2

Imej
Hari Sabtu ada pasar malam di PD. Setepatnya di pekan Batu 4 sebelah Petronas. Minggu sebelumnya saya ke situ dengan ibu, terjumpa lemang pulut hitam. Unik rasanya buatkan saya tak sabar2 nak beli lagi. Saya memang suka pulut hitam. Baik bubur, kuih koci, dan yang terkini masuk list; lemang. Tapi disebabkan tamak nak melancong, saya merayau dulu cari pasar malam di Kuala Sungai Baru. Ini bandar terakhir di sempadan Melaka-PD. Cari punya cari guna google map, tak jumpa lokasinya. Kecewa tapi tak apalah....jom terus naik ke PD. Lepas tu berlaku keajaiban. Waktu memandu di jalan utama, tiba-tiba saya rasa nak belok masuk ke satu simpang ni. Hujung simpang tu ada belukar dan jalan tak berapa cantik. Tiba-tiba rasa nak belok kiri lagi. Tembus ke satu jalan besar yang sunyi. Eh, kompius.. apa aku buat kat sini? Apesal aku masuk sini? Haha😂 Nak buka map cari jalan keluar, henfon dah kong pulak. Aisey... Pandang kiri-kanan nampak kubah masjid. Terus memandu ke sana kot jumpa simpang untuk ba...

Pengalaman Kereta Kena Tunda...

Imej
Kelmarin, merasa kereta naik trak tunda. Selama ni bila tengok kereta orang terkandas di jalan, saya cuma mampu bisik 'kesiannya...mintak2 ada orang tolong dia'. Kelmarin diri sendiri merasa terkandas kat tengah2 lebuhraya. Al-Kisahnya... EPISOD 1 Pagi selasa yang sibuk macam biasa, macam hari-hari lain. JLT2 (orang panggil MRR2) mula sibuk dan kereta berderet perlahan walaupun di lorong pertama. Saya la salah sorang yang beratur dalam ramai-ramai tu. Lokasi: Pandan Indah. Bawak kereta manual ni biasa la... Bila salah adjust   clutch sikit mati la enjin. Enjin termati kat jalan adalah benda yang biasa saya hadapi. Kadang-kadang saya siap acah orang lain yang tak biasa dengan kereta saya. Tiba pagi ni start2 tak hidup. Start2 tak hidup. Start start start start tak hidup juga. Aiyoh...mula la panik. Ni maknanya memang bermasalah. Saya fikir bateri yang memang dah nak kong tu dah inna lillah . Tapi bila guna air-cond , tingkap dan radio semua okey macam biasa takd...