Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Kepada 'Kafir Bangga' : MELOGIKKAN PERISTIWA ISRA’ MI’RAJ

Isra’ Mi’raj adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah agama Islam yang mana kisahnya telah dirakamkan oleh Allah s.w.t secara ringkas pada permulaan surah Al-Israa’. Peristiwa besar ini berlaku pada malam 27 Rejab, sekitar tahun 621 masihi iaitu beberapa tahun sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Dalam peristiwa ini Baginda Rasulullah s.a.w telah diperjalankan pada malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis bersama sahabatnya Jibril a.s sebelum diangkat ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini juga Rasulullah s.a.w telah menerima kewajipan solat lima waktu ke atas Baginda dan umat Islam seluruhnya. Kisah peristiwa Isra’ Mi’raj ini selain telah direkodkan di dalam Al-Quran dan hadis, turut diriwayatkan dengan sangat masyhur oleh para ulama’ dan ianya tertulis dalam kitab-kitab rujukan muktamad. Ia merupakan salah satu daripada sekian banyak mukjizat Rasulullah s.a.w yang mana umat islam wajib beriman dengannya dan mengingkari mukjizat rasul dikira kafir dan wajib bertaub

Penghinaan Isra' Mi'raj -Rasulullah tunggu jawapan ANDA!

'Kafir bangga' hina Islam di Facebook, Youtube Muhammad Yazid Othman Mei 4, 10 10:29am Assalamualaikum, Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah: 'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.' Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam. Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya: Kafir Bangga eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidup

Badi'uzzaman Said Nursi - Panglima Perang Saraf Menentang Sekularisme

Imej
Badi'uzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di sebuah kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Gelaran 'Nursi' adalah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama' terkenal didaerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru,kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama' terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan para ulama'). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama' lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badi'uzzaman (Kekaguman Zaman). Pengalaman pendidikan yang beliau lalui telah membuka fikirannya untuk memikirkan cara bagi menghasilkan sebuah sistem pendidikan bersepadu. Ketika itu,dunia sedang memasuki satu

Kari Kumbang dan Jawapan Allah

Suatu petang pada fasa 1 yang lepas,saya bersendirian di bilik menapis2 kenangan lama.Teringat perangai-perangai buruk sejak kecil yang banyak melukakan hati orang sekeliling saya.Ada yang sudah berjaya di-nyahkan,ada yang saya masih terkial-kial mencari ubatnya.Perangai buruk,bukan semata2 melukakan hati orang lain tapi sebagai balasannya,hati sendiri menjadi gundah-gulana.Ini selalu saya rasai setiap kali tersilap menegur orang.Kerana merasa di pihak yang benar,kadang-kadang saya terlupa hati sahabat perlu dijaga. Ya,sikap suka menegur ini adakalanya saya rasa bukan satu anugerah,bahkan satu nasib malang...kadang-kala saya teringin menjadi lembu yang dicucuk hidung daripada terlalu lantang menegur kebejatan di depan mata saya. Sambil melayan blues-sambil bermuhasabah,satu persoalan hinggap di benak saya.Bagaimanakah uslub menegur yang terbaik,supaya yang menegur berpuas hati dan yang ditegur tidak terkilan?Saya tidak menemukan orang yang terbaik untuk menjawabnya kecuali satu...lalu