Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Rehlah ke Matruh & Siwa

Imej
“ Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi. Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman ” Surah Yunus, 101. Pada September lepas Alhamdulillah berkesempatan mengikuti rehlah tahunan yang dianjurkan HEWI PMRAM ke Matruh dan Siwa. Istimewanya rehlah pada tahun ini diadakan pada penghujung musim panas berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya pada bulan Julai. Cuaca sederhana dan lawatan menjadi sangat selesa. Matruh dan Siwa menawarkan pakej pelancongan yang lengkap daripada keindahan alam hingga kesan-kesan peninggalan sejarah. Walaupun terletak di wilayah paling barat negara Mesir namun lawatan ke sana memberikan pengalaman berharga dan terasa sangat berbaloi. Tambah menyeronokkan apabila rehlah kali ini turut disertai pelajar perubatan. Info Matruh Marsa Matruh merupakan sebuah wilayah Mesir yang bersempadan dengan Negara Libya. Ia terletak di persisiran laut Medi

Ke arah minat sains yang mendalam

JIKA membaca akhbar-akhbar utama negara, berita-berita tentang Bajet 2012 dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) merupakan antara topik yang mendapat perhatian. Manakan tidak, kedua-duanya, secara langsung atau tidak amat berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun, mari kita berehat sebentar dan alihkan perhatian terhadap perbincangan lain pula. Perbincangan yang dimaksudkan adalah tentang dunia sains, yang sebenarnya penting tetapi kelihatan amat terasing dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Perhatikan sekeliling. Bila bercakap tentang bajet mahupun PRU, semua orang merasakan mereka layak dan boleh berbicara tentang dua isu itu tetapi bila bercakap tentang dunia sains, ramai berasakan biarlah pihak pakar sahaja yang menguruskannya. Ini satu cara berfikir yang salah kerana peranan ahli masyarakat sebenarnya penting dalam usaha melonjakkan dunia sains negara ke arah kejayaan dan dalam masa sama dapat dipastikan bahawa aktiviti sains berjalan pada landas

Perpaduan kaum di sebalik kisah Natrah

DATIN FATINI YAACOB ialah penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata ESOK hari Sabtu 22 Oktober 2011, akan menjadi hari Himpunan Sejuta Umat (Himpunan) yang aman buat pertama kali bagi orang Islam setelah berlalu 60 tahun sejarah memurtadkan Natrah oleh penjajah. Kecuali isu murtad, banyak bezanya himpunan ini dengan apa yang ada dalam sejarah Natrah. Apa hebatnya sejarah Natrah? Apa kaitannya sejarah agenda penjajah memurtadkan Natrah dengan perpaduan antara kaum? Sejarah Natrah sebenarnya adalah sejarah yang sangat istimewa - bukti cintakan agama bagi bangsa Melayu dan India Muslim ketika itu. Sejarah Natrah juga adalah bukti perpaduan orang Melayu yang berbeza fahaman politik, berbeza latar belakang pendidikan dan berbeza status kedudukan - bergabung membela agama yang dihina penjajah sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri tahap tertinggi iaitu nyawa mereka sendiri. Setelah 60 tahun berlalu, apa jadi kepada perpaduan orang Melayu ini? Nampaknya dalam is

TAPAK ARKEOLOGIKAL ISKANDARIAH – MAKAM PURBA EL-ANFOUSHI

Imej
Alhamdulillah berkesempatan menjengah sebuah lagi tapak arkeologi Iskandariah di El-Anfoushi. Dah lama cari tempat ni tapi tak jumpa (yang sebenarnya tak berani nak explore ). Mujur bas dua tingkat yang baru ni jalan sampai Anfushi, lalu terjumpalah tempat yang dicari tanpa disangka2… Serba sedikit tentang tapak. Kubur kali ni berbeza dari Syatbi. Di sini tapaknya lebih besar dan mempunyai banyak bilik termasuk sebahagian yang sudah ranap dek hakisan. Ada lima buah bilik semuanya macam yang diterangkan oleh papan ni. Tapak perkuburan ni wujud sejak kurun ketiga sebelum masihi dan telah melalui zaman peralihan dari Dinasti Ptolemi (Yunani) ke Empayar Rom. Ia turut merakamkan kesan asimilasi dua kerajaan ni dengan kebudayaan Firaun yang menjadi identiti asal penduduk Mesir melalui lukisan di dinding makam. Bagaimanapun banyak lukisan yang dah musnah terhakis dan hanya beberapa tempat sahaja masih berbaki sempurna. Yang lebih mengujakan, kat sini kami bertemu dengan tiga orang ahli