Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kehidupan Pelajar Malaysia Di Mesir

Seronok Ke Musim Sejuk?

Imej
Bersembang dengan rakan grup tentang perubahan iklim. Ada yang teringin nak Malaysia bersalji. Kita yang duduk negara panas ni memang ada kejakunan dengan salji. Terimbau kenangan duduk negara sejuk dulu buat saya sengih sorang2 pagi ni. Hehe.. Seronok ke hidup di iklim sejuk? Solat subuh berjemaah sebelum mendaki gunung Sinai. Januari 2011. Mesir negara beriklim Mediterranean yang ada 4 musim. Cuma musim gugur dan musim bunga tak begitu ketara sebab tak banyak pokok nak ditengok perubahan tu. Salji pun tak ada. Masa saya di sana, salji cuma turun sekali-sekala di gunung Sinai. Ikut nasib siapa mendaki waktu tu dapatlah main salji. Walaupun tak bersalji, musim sejuk dia tak main-main.. Negara gurun macam tu ada banyak angin pulak. Bila angin sejuk tu berhembus, huuuuuu~~~~ Dingin hingga ke tulang! Ribut musim sejuk 2011. Berubah lanskap pantai Iskandariah yang cantik. Iskandariah tempat mastautin saya di Mesir. Bandar pesisir pantai yang cantik dengan laut jernih membiru. Rumah-rumah d...

Bertamu Ke Rumah Arab 2

Imej
Namun pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan ialah bertamu ke rumah dua orang kawan Arab, Iman dan Fatma. Mereka tinggal di Hanouville, bersebelahan bandar pelabuhan Ajamy di pinggir Iskandariah. Kunjungan kali ini atas jemputan Fatma yang baru melahirkan putera sulungnya. Sewaktu kenduri walimahnya beberapa bulan sebelum itu Fatma turut menjemput kami tetapi saya tidak hadir. Rugi tak dapat tengok pesta Arab kahwin! Dengan keluarga Iman Sebelum ke rumah Fatma, kami berlapan terlebih dulu berkunjung ke rumah Iman. Perjalanan jauh ke rumahnya melalui pekan dan bandar yang tidak biasa dikunjungi pelajar Malaysia. Dari pekan kecil yang tenang, pasar barangan terpakai di belakang pelabuhan, depoh minyak dengan paip besar melintang seperti jejambat di atas lebuhraya hinggalah bandar Ajamy yang sesak dan padat. Hampir sejam perjalanan, kami turun di pekan Hanouville tunggu Iman datang menjemput. Iman, gadis kecil molek yang berdarah asli Mesir datang dari keluarga penyokong kuat Ik...

Sehari ke Faiyum

Imej
Alhamdulillah pada cuti musim panas 2008 saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada  then  terus jalan. Itulah namanya Allah nak bagi kan. Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung dan sphinx. Dalam Bahasa Arab dipanggil al-ahram dan Abul Haul. Kawasan itu merupakan tinggalan tamadun firaun yang mana sebahagiannya dilihat masih terbenam di dalam pasir. Bahagian yang sudah digali pula sedang dipulihara. Tiada apa kami lakukan di situ, hanya menangkap gambar dengan monumen ribuan tahun. Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan. Pekan Faiyum kecil sahaja namun kelihatan cantik dan terjaga. Mungkin kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Kincir air itu pula dikatakan telah dibina sejak zaman Nabi ...

Ustazah Sahar

Imej
Sahabat2 satu batch saya ramai yang ambil kursus bahasa seawal tiba di Mesir. Mungkin mereka dah dengar sejak di Malaysia tentang pelbagai kursus bahasa. Saya sempat ikuti kursus bahasa selepas grad. Sengaja duduk setahun di Mesir dengan alasan buat sijil asliah padahal sebenarnya tak nak balik. Hehe.. Sambil berulang buat sijil di Kaherah, ambil kelas Nahu di Alex dengan seorang sahabat akhawat bernama AH. AH ni ada connection dgn NGO yg ada connection dengan IM. Connection yg cukup kuat untuk dia tahu guru tusyen kami ni penyokong kuat IM. Namanya Ustazah Sahar. Wanita Mesir yang bertubuh langsing, hidung mancung dan bermata galak. Banyak kali pandang, macam iras Norzizi Zulkifli. Cuma Ustazah berkulit putih. Dr. Norzizi Zulkifli. Kredit Harian Metro. Tak tahulah sebab tarbiah IM ke apa, tapi Ustazah Sahar ni aura lain macam. Tingkahnya walaupun santai tapi tegas. Kata-katanya lembut tapi tegas. Tatapan matanya saja dalam keredupan tetap nampak tegas. Aura orang perjuangan mungkin. B...

DI AMBANG 30 JUN 2013

Selepas Presiden Mubarak diturunkan pada 2011, Mesir tak henti-henti dilanda rusuhan. Port merusuh di Kaherah biasanya Medan Tahrir dan Husin. Di Alex pula mereka berhimpun di dataran Qaid Ibrahim, Mansyiah atau Sidi Jabir. S uasana ketika itu rasa 'berbahang'. Bila-bila saja orang awam boleh berkumpul dan merusuh.  Kalau tengok muka arab masa tu, tegang dan curiga.  Mereka stress dan cepat meradang. Menanti ketibaan 30 Jun, revolusi kedua dijangka meletus. Seperti biasa aku dan AH ke Sidi Bisyr menghadiri tusyen Nahu bersama Ustazah Sahar. Cuma hari tu kelas tak seperti biasa. Suasana sedikit  hambar. Sahabat Amerika tak hadir sebab takut berlaku rusuhan. Fatma dan Su'ad hadir seperti biasa. Ustazah Sahar di balik senyuman menyembunyikan gelisah. "Dua orang dah mati di Sidi Jabir. Seorang dari Ikhwanul Muslimin. Seorang lagi rakyat Amerika. Saya hairan apa orang Amerika buat di tengah muzoharat ?" Ustazah memulakan bicara sesudah menutup sesi kelas. "Katany...

Lepat Pisang Di Perantauan

Imej
Fokus cerita bukan orang dalam gambar ini. Tapi ialah daun terjulur nun di tengah gambar. Daun pisang. Dulu saya sangka negara sepanas Mesir ni tiada pokok pisang. Rupanya mereka siap buat ladang pisang di padang pasir antara Kaherah-Iskandariah. Kalau lalu lebuhraya boleh nampak ladangnya di tepi jalan. Pokoknya nampak menyedihkan dengan daun terkoyak-koyak kerana haba panas. Tanah ladang tu pula ditutupi plastik mungkin untuk halang air tersejat. Selain dari di ladang, jaranglah nak nampak pokok pisang. Tiba-tiba di luar pagar kuliah banat Iskandariah ada pula serumpun pokok pisang hidup subur. Kenapa dengan pokok pisang? Lepas empat tahun di Mesir, saya jadi sangat rindu nak makan kuih-kuih melayu berasaskan pisang. Pisang goreng contohnya, memang tak dapat sebab Arab tak jual pisang muda. Pisang yang ada di pasaran biasanya pisang yang dah masak ranum. Tak sesuai digoreng. Satu hari, lepas berhari-hari memerhatikan pokok pisang di pagar kuliah, saya nekad nak buat lepat pisang. Sum...

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir IV–Kaleidoskop.

Imej
Sebelumnya : Pergi Lebih Jauh Satu wadah pelbagai warna. Itulah sebab saya namakan ‘waktu itu’: Kaleidoskop. BIRU BKAWM ni satu BKAN yang unik. Macam bandaraya KL yang dipenuhi ‘pendatang’ dari negeri-negeri lain seluruh Malaysia, begitu juga BKAWM didukung oleh pelajar dari BKAN lain. Sebabnya di Malaysia, sekolah agama di Wilayah Persekutuan sangat sedikit. Jadi pelajar2 dari Wilayah Persekutuan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk bersekolah agama. Ramainya di Kelantan, Kedah dan Selangor. Bila diorang datang ke Mesir, diorang akan ikut sekolah diorang dan tak ramai yang nak menyertai persatuan negeri sendiri. Mana yang datang menyertai BKAWM biasanya dah berpengalaman terlibat dengan BKAN lain sebelum itu. Jadi gabungan idea dan pengalaman antara kami mebuatkan suasana bekerja jadi menarik dan lebih seimbang. Sesetengah BKAN lain mungkin terlalu tegas mengawal ahli tapi kami di BKAWM nak tak nak kena pandai tarik tali. Hubungan dengan semua pihak mesti dijaga, terutamany...

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir III - Pergi Lebih Jauh

Imej
  Assalamualaikum w.b.t. Saya mulakan dengan salam sebab dah lama tak update blog. Rasa macam balik kampung jumpa keluarga yang lama terpisah. Alhamdulillah sekarang dah kembali ke tanahair. Betul2 dah balik. Banyak perkara menanti di depan tapi buat masa ni Ardhul Kinanah masih dalam ingatan. Sebenarnya saya dah hilang mood nak menulis. Berkali2 hati berbisik, ‘kalau tak catatkan semua kenangan tu kau akan lupa someday!’. Tak kisah la orang baca ke tidak sume repekan saya kat sini tapi yang penting saya dah ada arkib simpanan yang boleh diselongkar bila-bila nak. Yang buat saya nak menulis semula ialah novel Zahrah de Tigris tulisan Kak Khairyn Othman yang merakamkan kisah seorang guru sukarelawan di Iraq. Memang best novel tu. Lain dari lain. Nanti dah habis baca saya akan buat review. Nak cari di pasaran? Tak tahulah masih ada ke tidak, sebab novel ni cetakan 2007. Kalau tak, tanyalah terus ke syarikat Jemari Seni. Balik kepada topik, saya nak mengimbau cerita saya waktu...

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir II - Bermula Cerita

Imej
Artikel 'Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir' nampaknya dapat kunjungan tertinggi di blog ni. Biasa la saya pun suka baca kehidupan orang lain kat tempat lain. Tak dapat pergi pun tapi macam kita dapat rasa apa yang dia lalui. Memandangkan blogger yang dikasihi sekelian nampak cam nak tahu banyak jadi saya ingat nak buat siri kedua. Nak cerita pasal kehidupan pelajar Malaysia kat sini sebenarnya ada terlalu banyak sisi yang boleh diintai. Sebab Mesir sebuah negara yang unik, jadi pelajar Melayu yang dah berakar kat sini pun menjalani bermacam2 rupa kehidupan yang kadang-kadang kita pun tak terfikir kat Malaysia. Dulu sorang kakak senior pernah pesan kat saya sebelum datang sini : "Nanti kamu pergi sana tengoklah, perangai orang kita pelik2 yang kadang2 kat Malaysia pun kita tak jumpa". Memang betul. Sama ada jadi baik atau jadi teruk, perangai orang kita kat sini memang kadang2 tak masuk akal. Tapi biarlah itu urusan diorang dengan Allah. Kita sesama ...