Sehari ke Faiyum

Alhamdulillah pada cuti musim panas 2008 saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada then terus jalan. Itulah namanya Allah nak bagi kan.

Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung dan sphinx. Dalam Bahasa Arab dipanggil al-ahram dan Abul Haul. Kawasan itu merupakan tinggalan tamadun firaun yang mana sebahagiannya dilihat masih terbenam di dalam pasir. Bahagian yang sudah digali pula sedang dipulihara. Tiada apa kami lakukan di situ, hanya menangkap gambar dengan monumen ribuan tahun.

Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan. Pekan Faiyum kecil sahaja namun kelihatan cantik dan terjaga. Mungkin kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Kincir air itu pula dikatakan telah dibina sejak zaman Nabi Yusuf AS. Ia terbuat daripada kayu. Tak mungkinlah kayu yang sama itu sejak ribuan tahun kan. Mungkin sudah ditukar bersilih ganti. Baguslah mereka ada kesedaran hendak kekalkan warisan sejarah begitu.

Kincir air Nabi Yusuf terus berputar tanpa jemu.
Kredit gambar: http://semanisinab.blogspot.com/2011/08/kincir-air-yang-menghasilkan-bunyi.html

Sebentar sahaja di situ, kami meninggalkan pekan Faiyum yang tenang. Destinasi seterusnya ialah kebun mangga. Di kebun mangga itu turut terdapat beberapa buahan lain ditanam. Kami berpeluang merasa pengalaman menarik membeli anggur terus dari pokok. Cuma mungkin anggurnya bukan baka import, teksturnya tak ada la rangup macam selalu beli di kedai. Menjelajah ke dalam kebun, kami dibagi rasa buah tin muda yang tengah nak masak. Kulitnya hijau sedikit berbulu halus. Dalamnya berwarna pink lembut keputihan. Bila digigit, MasyaAllah lembuuutttt sangat macam makan span! Buah syurga kan.....

Kami memborong buah anggur seorang sebakul (boleh juga dianggap sekarton). Murah harganya cuma LE15! Kalau tukar duit Malaysia tu baru RM5. Aduhai..mana tak geram. Dari kebun mangga, kami melintasi istana dan Tasik Qarun menuju ke shallalaat (air terjun). Tak turun tengok istana pun, sebab matahari terlampau terik memanah kepala. Untungnya dalam perjalanan ni kami dapat pemandu kereta sewa (merangkap musyrif) yang sempoi. Pantang mintak nak tangkap gambar mesti dia berhenti kasi peluang. Al-maklum, kawan kami ni datang dari Manghribi. Kesian pula kalau sekali berjalan tak puas hati.

Sebelum sampai ke air terjun, kami berhenti melihat pemandangan di pinggir Tasik Qarun. MasyaAllah cantik tak terkata lihat panorama gurun berlatar-belakang air membiru. Sejenak terdetik keinsafan mengenangkan di tempat itu Allah menurunkan azab kepada Qarun yang kufur nikmat.

Entah macam mana lepas tu kami mula bermain pasir >_< Teruja tengok pasir bersih keemasan nan luas terbentang. Kami bermain dan bergambar sepuas hati di balik bukit sampai ostad driver ingat kami dah hilang. Huhu.

Air terjun terkenal di Faiyum.
Kredit gambar: http://kpipm64.blogspot.com/2011/07/jaulah-fayyum-11-meribat-ukhuwah.html

Di air terjun, kami duduk rendam-rendam kaki. Tak mandi pun sebab kawasannya kecil dan dipenuhi pengunjung. Air terjun pula tak berapa nak laju mungkin kerana musim panas. Air terjun ini mengalir terus ke Tasik Qarun. Selepas asar kami bertolak pulang ke Kaherah. Perjalanan kami melalui jalanraya lurus diapit padang pasir. Pemandangan senja terlalu jelas dan indah. Namun saya terlepas menikmatinya kerana terlalu letih dan mengantuk. Bergelut nak buka mata lihat bebola oren matahari yang redup menghampiri ufuk. Akhirnya daku tewas jua lalu Zzzzz.....

Pulang dari Faiyum, dengan badan letih dan mata mengantuk kami gagahkan diri menaiki bot persiaran di Sungai Nil pula. Lily punya pasal, kami layankan... Yang 'ajibnya si Lily ni tak pula letih. Bertenaga je dia dari pagi sampai ke malam. Di sungai Nil, alhamdulillah kami dapat naik satu bot tanpa bercampur dengan arab. Dapat privacy sikit nak perhati malam di Kaherah tanpa gangguan tarian gelek. Bot mereka biasanya menghidangkan hiburan muzik yang bingit beserta tarian gelek.

Tengah malam baru kami sampai ke kompleks Haiyu Asyir. Betul2 habis tempoh sewa kereta. Dengan sebakul mangga dan anggur yang diborong di Faiyum tadi, kami akhiri percutian dengan penuh kepuasan.

Alhamdulillahirobbil'alamiiin...

Sayangnya gambar di Faiyum dah hilang. Tak dapat pos kat sini. Tumpang ihsan gambar blog lain :)

Ulasan