Ustazah Sahar

Sahabat2 satu batch saya ramai yang ambil kursus bahasa seawal tiba di Mesir. Mungkin mereka dah dengar sejak di Malaysia tentang pelbagai kursus bahasa.

Saya sempat ikuti kursus bahasa selepas grad. Sengaja duduk setahun di Mesir dengan alasan buat sijil asliah padahal sebenarnya tak nak balik. Hehe.. Sambil berulang buat sijil di Kaherah, ambil kelas Nahu di Alex dengan seorang sahabat akhawat bernama AH.
AH ni ada connection dgn NGO yg ada connection dengan IM. Connection yg cukup kuat untuk dia tahu guru tusyen kami ni penyokong kuat IM. Namanya Ustazah Sahar. Wanita Mesir yang bertubuh langsing, hidung mancung dan bermata galak. Banyak kali pandang, macam iras Norzizi Zulkifli. Cuma Ustazah berkulit putih.

Dr. Norzizi Zulkifli. Kredit Harian Metro.

Tak tahulah sebab tarbiah IM ke apa, tapi Ustazah Sahar ni aura lain macam. Tingkahnya walaupun santai tapi tegas. Kata-katanya lembut tapi tegas. Tatapan matanya saja dalam keredupan tetap nampak tegas. Aura orang perjuangan mungkin.

Berbeza dari kelaziman masyarakat Mesir, Ustazah sangat menjaga masa. Kami pernah dibebel ditegur kerana datang lewat ke kelas. Sejak itu kami selalu usaha hadir lebih awal.
Mungkin kalian dah tahu, pada masa revolusi tu hari IM didukung oleh Salafi. Orang Salafi ni mudah kita cam dengan pakaian burka hitam mereka. Kalau lelaki, berjambang lebat dan seluar singkat atas buku lali. Mungkin sebab kerjasama gerakan, Ustazah Sahar selalu menerima kunjungan wanita2 Salafi di markaznya. Bukan sebarang Salafi. Kebanyakannya datang dari Rusia dan China.
Di situ 'perkenalan' pertamaku dengan wanita Rusia dan melihat keindahan yang Allah kurnia pada mereka. Aku cuma mampu cakap pada AH, kalau Rusia saja dah macam ni, bidadari macam manalah agaknya?
Ustazah Sahar mungkin mengaji kitab Salafi juga dengan geng2 Salafi beliau. Kadang beliau sembang dengan saya dan AH tentang isu khilaf fiqh. Dia tahu Azhar tak sekepala dengan Salafi jadi saja nak test kami anak2 perempuan Azhar ni😅
Antaranya Ustazah pernah tanya kami tentang hukum perempuan pakai seluar. Bagi Salafi haram perempuan pakai seluar sebab menyerupai lelaki. Pada kali yang lain, Ustazah tanya pendapat kami adakah Allah berada di langit?
Siap cakap, "Hah cepatlah jawab. Aku nak dengar pandangan Azhariah."
Bingung juga dibuatnya. Teringat cerita syeikh tentang perangai Salafi ni kadang suka cari gaduh. Tapi ni guru kami. Taknaklah berdebat.
Sudahnya kami jawab Allah laisa kamislihi syai'. Haha. Jawapan play safe. Tergelak Ustazah tengok kami cuak kena provoke. Sabar jelah..
Apapun kami tak pernah jadikan perbezaan ideologi tu sebagai tembok. Hubungan dengan ustazah tetap baik. Hinggalah berlaku revolusi kedua menurunkan Dr.Mursi, kelas kami pun berhenti. Mungkin ustazah dah sibuk dengan kerja gerakannya.
Semoga Ustazah Sahar dan keluarga baik2 saja di sana.

Ulasan