Lepat Pisang Di Perantauan
Fokus cerita bukan orang dalam gambar ini. Tapi ialah daun terjulur nun di tengah gambar.
Daun pisang.
Dulu saya sangka negara sepanas Mesir ni tiada pokok pisang. Rupanya mereka siap buat ladang pisang di padang pasir antara Kaherah-Iskandariah. Kalau lalu lebuhraya boleh nampak ladangnya di tepi jalan. Pokoknya nampak menyedihkan dengan daun terkoyak-koyak kerana haba panas. Tanah ladang tu pula ditutupi plastik mungkin untuk halang air tersejat.
Selain dari di ladang, jaranglah nak nampak pokok pisang. Tiba-tiba di luar pagar kuliah banat Iskandariah ada pula serumpun pokok pisang hidup subur.
Kenapa dengan pokok pisang? Lepas empat tahun di Mesir, saya jadi sangat rindu nak makan kuih-kuih melayu berasaskan pisang. Pisang goreng contohnya, memang tak dapat sebab Arab tak jual pisang muda. Pisang yang ada di pasaran biasanya pisang yang dah masak ranum. Tak sesuai digoreng.
Satu hari, lepas berhari-hari memerhatikan pokok pisang di pagar kuliah, saya nekad nak buat lepat pisang. Sumber daunnya mestilah dari rumpun di kuliah itu. Tapi saya mesti jalankan projek pada hujung minggu waktu kuliah lengang tiada pelajar. Tenang sikit nak potong, nak raut daun di situ.
Sambil memotong, dalam hati rasa kecut juga. Pokok siapa ni? Boleh ke ambil? Halal ke? Al-Azhar ni institusi wakaf, pokok di depan kampus Azhar pun kira wakaf ke macam mana? Duk bersoal jawab tapi tangan terus menebas juga. Hahah.
Dah siap meraut beberapa keping daun, saya pilih yang bagus-bagus tak berlubang. Gulung hati-hati masuk plastik. Edisi terhad ni. Kalau terkoyak, jenuh nak datang semula tebas lagi sekali. Botak pula pokok ni kang..
Proses seterusnya di rumah, macam biasalah daun pisang perlu dilap dan dilayur bagi lembut sikit supaya tak koyak bila dilipat. Kemudian buat adunan pisang lenyek campur tepung, gula dan kelapa parut. Di Mesir ada jual kelapa parut kering. Guna yang itu jadilah walaupun rasanya tak selemak kelapa parut segar di Malaysia tercinta.
Dah siap adunan, senduk sesudu ke daun. Lipat, susun dalam periuk kukus. Kukuslah beberapa minit sampai masak. Nak tahu dah masak, dia naik bau wangi daun pisang. Daunnya pun dah layu semua dan lepat nampak padat. Alah picit ajelah dengan jari rasa dah keras ke belum. Susah benar. Hehe..
Petang tu dapatlah bawa ke masjid. Kongsi dengan sahabat arab kami Mama Jihan. Hairan dia tengok daun pisang buat balut makanan. Orang Arab mungkin buang begitu saja tiada kegunaan bagi mereka.
Petang tu dapatlah bawa ke masjid. Kongsi dengan sahabat arab kami Mama Jihan. Hairan dia tengok daun pisang buat balut makanan. Orang Arab mungkin buang begitu saja tiada kegunaan bagi mereka.
Apapun, saya warning Mama siap-siap yang daun tu tak boleh dimakan. Takut dimakannya pulak macam mahsyi. Niaya..
Itu kali pertama dan terakhir buat lepat pisang di Mesir. Jadi bermotivasi nak buat gara-gara ternampak rumpun pisang di luar kuliah. Alahai dah terbayang-bayang Mandarah la pulak. rindunyaaa Mesir... UwU
Itu kali pertama dan terakhir buat lepat pisang di Mesir. Jadi bermotivasi nak buat gara-gara ternampak rumpun pisang di luar kuliah. Alahai dah terbayang-bayang Mandarah la pulak. rindunyaaa Mesir... UwU
Ulasan
Catat Ulasan