Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

Bye

Imej
Dah tak seronok nak menulis di internet sejak ada robot AI buat konten untuk manusia. Segala pengetahuan manusia akan disedut jadi konten tanpa kredit kepada sumber. Bagi orang lain, benda tu satu peluang. Tak payah membaca dan menulis, minta robot saja hasilkan buah fikiran. Bagi aku, itu pengkhianatan kepada intelek. Memang turned-off.

Remote Kunci Iriz Masuk Air

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah. Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi . Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall  balik kongsi kat sini.. Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut 😬 Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote  kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya. Akibatnya kereta tak mahu hidup! Gambar pinjam sini. Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak buat. Remot