Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Pengalaman Kereta Kena Tunda...

Imej
Kelmarin, merasa kereta naik trak tunda. Selama ni bila tengok kereta orang terkandas di jalan, saya cuma mampu bisik 'kesiannya...mintak2 ada orang tolong dia'. Kelmarin diri sendiri merasa terkandas kat tengah2 lebuhraya. Al-Kisahnya... EPISOD 1 Pagi selasa yang sibuk macam biasa, macam hari-hari lain. JLT2 (orang panggil MRR2) mula sibuk dan kereta berderet perlahan walaupun di lorong pertama. Saya la salah sorang yang beratur dalam ramai-ramai tu. Lokasi: Pandan Indah. Bawak kereta manual ni biasa la... Bila salah adjust   clutch sikit mati la enjin. Enjin termati kat jalan adalah benda yang biasa saya hadapi. Kadang-kadang saya siap acah orang lain yang tak biasa dengan kereta saya. Tiba pagi ni start2 tak hidup. Start2 tak hidup. Start start start start tak hidup juga. Aiyoh...mula la panik. Ni maknanya memang bermasalah. Saya fikir bateri yang memang dah nak kong tu dah inna lillah . Tapi bila guna air-cond , tingkap dan radio semua okey macam biasa takd

Pornografi: Dugaan Generasi Y

Imej
Golongan muda di zaman moden ini menikmati kemudahan teknologi komunikasi yang begitu menakjubkan. Daripada asal telefon bimbit sebesar beg kerja yang perlu dijinjing ke sana-sini, kini iPad dan telefon pintar memungkinkan komunikasi berlangsung dengan satu sentuhan sahaja. Di samping manfaat yang diperolehi, jaringan komunikasi tanpa batasan juga telah membuka pintu kepada sebaran penyakit sosial yang menghancurkan, antaranya ialah pornografi. Pornografi - istilah yang digunakan untuk sebarang paparan lucah dan cenderung ke arah perlakuan seksual. Bahan ini disebarkan dengan begitu meluas oleh media tanpa mempedulikan adat budaya dan batas agama. Jika dua puluh tahun dulu perkara seksual adalah tabu dan terlindung dari masyarakat, kini anak-anak sekolah rendah pun sudah didapati melakukan hubungan terlarang. Belum lagi dikira jumlah kes pembuangan bayi, kecurangan pasangan dan kehancuran institusi keluarga akibat pornografi. Perkara ini amat membimbangkan. Jika tidak dibendung

Keluarga Sukarelawan Hospital Kajang

Imej
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Ini sajalah yang mampu diucapkan bila mimpi jadi kenyataan. Sebagai kesinambungan minat saya hendak bekerja di hospital, hari ini secara rasminya saya telah berdaftar sebagai salah seorang sukarelawan Hospital Kajang. Hari ini adalah program pertama yang saya turut serta sebagai penyumbang tenaga iaitu porgram ramah mesra di wad kanak-kanak dan gotong-royong mengemas Surau Ibnu Sina. Perkara yang paling mengejutkan saya ialah sukarelawan yang hadir semuanya warga emas! Hanya saya dan dua orang staff saja yang boleh dikatakan muda belia. Huhu. Pasti ada sukarelawan muda tapi masing2 sibuk dengan kerja. Maklumlah program pun dibuat pada hari bekerja. Terharu tengok komitmen makcik2 ni…walaupun wajah dah berkedut seribu tapi tetap mencurah kudrat sebagai sukarelawan. Antara mereka ada yang sudah enam, lapan tahun berkhidmat sebagai sukarelawan di situ. Kelab Sukarelawan Hospital Kajang Sebelum ‘menemui’ kelab ni, saya lebih dulu dah pergi bertanya

Pengalaman Menjadi Cleaner Hospital

Imej
Menjadi petugas pembersihan @ 'cleaner' adalah satu pengalaman manis untuk dikenang. Awal tahun baru2 ni, tak tahan sangat ayah bising suruh cari kerja, saya nekad merantau ke Johor memohon kerja sebagai petugas pembersihan. Sebenarnya saya dah teringin nak cuba kerja ni sejak di Mesir lagi. Seronok tengok pelajar luar negara buat kerja sampingan tambah pendapatan. Tapi di Mesir kami tak dibenarkan bekerja. Jadi hasrat saya tak pernah kesampaian. Kemudian bila saya nampak iklan jadi cleaner di hospital, saya tak teragak2 terus hubungi agensi berkenaan. Saya pun memang suka dengan hospital. Suka tengok doktor. Tapi tak pernah ada kelayakan untuk pergi hospital walaupun sebagai pesakit (alhamdulillah...). Dapat jadi cleaner pun boleh la. HOSPITAL SULTANAH AMINAH Sebelum memulakan kerja saya buat kajian sikit berkenaan tempat baru yang akan saya pergi. Dapatlah tahu sikit2 latar belakang Hospital Sultanah Aminah sebagai hospital utama dan paling sibuk di negeri Johor. Dah

Jawatan Kosong Di Ummah Universe

Saya graduan yang baru tamat belajar. Lepasan dari pesantren yang biasa-biasa sahaja, bukanlah kolej apatah lagi universiti. Saya mengembara ke serata dunia mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Akhirnya langkah kaki berhenti di hadapan sebuah bangunan agam yang usang. Warna catnya lusuh, rumput semak memanjat ganas di beberapa bahagian dinding dan temboknya-masyaAllah-menggelupas dengan bata yang berlubang bak tulang diserang osteoporisis. Saya senyum senget menatap satu-satunya benda yang kelihatan megah di situ-papan tanda bertulis Ummah Universe Pte.Ltd.             Oh, mengapa kaki berhenti di rumah hantu ini? Tuhan, syarikat apakah begini?             Selamat datang ke Ummah Universe. Saya Nuur.             Manis sekali senyumnya. Saya memperkenalkan diri kepada Nuur, pegawai perhubungan awam  yang ayu berhijab dengan selendang lilit arab. Walaupun teragak-agak saya nyatakan jua hasrat di hati, saya graduan pesantren mahu memohon jawatan k

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Imej
Pada tahun terakhir kewujudanku di Timur Tengah, aku saksikan pertembungan dua cendekiawan agung Islam zaman ini - Al-Fadhil Dr. Yusuf Qaradhawi dan Al-'Allamah Syahiidul Mimbar Syeikh Ramadhan Al-Buthi radhiyAllahu 'anhuma. Kedua-duanya hebat, kedua-duanya lantang, kedua-duanya berdiri atas asas yang kukuh. Paling hebat sekali pada keduanya ialah : KEDUA-DUANYA TEGUH MEMPERTAHANKAN KEHORMATAN SAUDARANYA WALAUPUN BERTEMBUNG DALAM PERANG IDEOLOGI. As-Syahid Syeikh Al-Buthi apabila hendak menegur Dr. Al-Qaradhawi, dimulai pujian dan menyebut kelebihan-kelebihan beliau. Begitu juga Al-Fadhil Dr. Al-Qaradhawi apabila hendak menyangkal pendapat As-Syahid, kalamnya sentiasa dihiasi pujian dan penghormatan yang tinggi. Dengan akhlak beginilah Allah mengangkat keduanya ke singgahsana ilmu, walaupun apa yang berlaku kemudian sungguh pahit dan hanya Allah mengetahui hikmahnya. Kebelakangan ini ilmuwan di tanahairku pula terjerlus dalam pertembungan idea. Malang, sudahlah bilangan