ZAHRAH DE TIGRIS
Novel yang hidup. Ini je yang dapat saya simpulkan. Walaupun kaver depannya tak ka-boom macam novel2 keluaran Alaf, tapi isi dalamnya lebih dari meletup. Tak rugi mengorek handbag bagai nak rak, mencari seposen untuk mencukupkan 20 ringgit membeli novel ni. Berhari-hari menyedut novel ni macam mengulum baklava-si halawiyat sarang burung. Sedap, manis, lively. Rasa macam terbang ke Baghdad, negara di mana latar cerita berdiri. Buah tangan sulung Kak Khairyn memang ho liao! Puji melangit ni apa ceritanya? Jangan bayangkan babak heroin pengsan dan hero bawak pergi hospital ye. Memang xde. Novel ni nampak je comel dengan teddy bear tergolek kat depan tu. Tapi di dalamnya penuh dengan bom-peluru-debu-darah-air mata yang berterbangan di Baghdad pada waktu kemuncak pendudukan Amerika. Kisahnya tentang Nisa, pelajar Malaysia di Scotland yang terbang ke Iraq untuk menjadi guru kerana tertarik dengan tawaran gaji belasan ribu sebulan. Sampai di Baghdad dia terperangkap dalam pepera...