Catatan

Bye

Imej
Dah tak seronok nak menulis di internet sejak ada robot AI buat konten untuk manusia. Segala pengetahuan manusia akan disedut jadi konten tanpa kredit kepada sumber. Bagi orang lain, benda tu satu peluang. Tak payah membaca dan menulis, minta robot saja hasilkan buah fikiran. Bagi aku, itu pengkhianatan kepada intelek. Memang turned-off.

Remote Kunci Iriz Masuk Air

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah. Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi . Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall  balik kongsi kat sini.. Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut 😬 Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote  kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya. Akibatnya kereta tak mahu hidup! Gambar pinjam sini. Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak buat. Remot

Taufiq, Aku dan Ustazah Icha

Imej
Taufiq meragam lagi. Buat dua hariku belakangan ini terasa kusut. Sebab aku sangat marah dan kecewa dengan tingkahnya. Tapi, aku nampak diri sendiri dalam Taufiq. Seorang kanak-kanak yang murung. --------- Kelmarin, Taufiq bising dengan kawan-kawannya sewaktu belajar. Berkali-kali aku pandang mereka. Ada yang aku tegur, ada yang tengok saja dengan harapan mereka sedar aku pandang dan diam sendiri. Di meja guru, aku cuba terangkan pelajaran pada murid lain yang tercicir faham. Sambil melawan suara bising mereka. Ah, kebisingan murid memang spark kemarahanku. Tapi aku dah belajar berdamai dengan kebisingan. Aku dah tak marah lagi. Cuma... Mereka kusuruh berdiri di luar kelas.  Pergilah bising di luar. Jangan di dalam. Mereka terus diam. Rayyan dengan muka masam, keluar juga perlahan-lahan. Taufiq sebaliknya menjerit padaku. "Tak naaaakkkkkk!!!!!!" Menjerit yang sesungguhnya mintak penampar. Akhirnya kubiarkan saja dia. Walaupun rasa tak adil pada Rayyan yang sudah keluar. Tapi