Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Paspot dan sempadan

Hishamuddin Rais Mac 11,05 7:50pm Sometimes I wonder whether the world is being run by smart people who are putting us on or by imbeciles who really mean it. - Mark Twain 1835 -1910 "Aku nak kongsi pengalaman. Satu hari aku dan bapakku pergi ke Pekan Nenas (bp) pusat tahanan pendatang asing coz kawan ayah aku orang Indon. Tapi dia dah tinggal kat Malaysia lebih 8 tahun. Adik dan abangnya semua dah dapat pasport Malaysia kecuali dia...masa aku sampai kat pagar pusat tahanan pendatang asing, pengawal itu tak kasi masuk. Tapi ayah aku berkeras dan kami dibiarkan masuk dengan alasan-alasan tertentu. Semasa berbual-bual, member ayah aku cerita masa dalam tahanan, semua tahan disuruh berbogel dan hanya memakai seluar kecik dan semua disuruh tidur mencangkung (ganaz siot-ed). Aku kesian kat dalam lokap tu ader pepijat. Setiap empat jam polis yang mengawal akan berganti. Setiap kali berganti polis akan mengira tahanan dan disuruh berdiri, sesiapa lambat akan dilempang. Member ayah aku ce

Minyak dah habislah!

Hishamuddin Rais Okt 8,04 12:00pm "Pegawai Perhubungan Awam kementerian, Nik Suzana Nik Shapik berkata, berdasarkan pemantauan, mendapati barang-barang yang mengalami kenaikan secara mendadak ialah cili, tomato, ikan, sayur-sayuran dan beberapa barangan lain. Bagaimanapun beliau berkata, kenaikan itu berlaku disebabkan bekalan barangan pasar amat terhad sekali berikutan musim hujan." (laporan Utusan Melayu 7 October 2004) Kali ini air hujan pula telah dituduh sebagai penyebab kenaikan harga barangan. Mengikut kenyataan ini pesta kenaikan harga barangan tidak ada sangkut paut dengan naiknya harga minyak petrol. Alhamdulilah. Tetapi kenyataan ini tidak memiliki apa-apa asas ekonomi. Untuk saya kenyataan-kenyataan seperti ini hanya datang dari mulut seorang insan yang telah dibebalkan fikrahnya. Justeru, kita semua wajib bersimpati dengan pegawai yang terpaksa bersuara kerana menurut perintah ketua politiknya. Sabar dan tunggulah tidak lama lagi pasti akan muncul pula tuduhan-t

Pepsi dan Coke atau Tengkorak dan Tulang

Hishamuddin Rais Okt 22, 04 6:06pm Mungkin ramai yang akan menolak apa yang saya tulis ini sebagai satu dongeng. Atau menuduh saya sebagai pengamal dan pengikut mazhab teori konspirasi. Tetapi untuk saya semua yang berjalan di dalam dunia ini adalah hasil dari perancangan a.k.a konspirasi. Semua perkara yang diinginkan berlaku, hanya akan berlaku jika dirancang/disusun/diatur. Kalau saya bersama tiga orang kawan ingin ke panggung menonton, maka kami akan membuat temujanji, mencari panggung dan memilih genre filem apa yang ingin kami tonton. Apa yang telah saya lakukan ini sebenarnya satu konspirasi atau perancangan. Ianya bukan satu kesalahan tetapi kebiasaan harian. Kerana itu konspirasi adalah satu konsep yang wujud dan dianggap satu yang sah disegi undang-undang. Di bidang perhakiman dan kepolisian, kita akan bertemu bab tentang konsep konspirasi dalam cara untuk membuktikan pertuduhan. Si anu dituduh berkonspirasi untuk membunuh si polan. Atau si polan dituduh berkonspirasi untuk

Saya memilih Bush

Hishamuddin Rais Nov 1, 04 11:49am Rolling Stone: If you send troops into Iraq, how will you be able to tell them they're not risking their lives for a mistake? Kerry: Because I'm going to make it a success, 'cause we're going to win. We're going to do what we need to do to get this job done. And I'm committed to doing that - and I know how to do it. Dipungut dari: John Kerry - The Rolling Stone Interview, By Jann S Wenner, Rolling Stone Magazine. “there is no justice in the world today” - e-mail Charlotte untuk Hishamuddin Rais Jika saya warga New York, saya akan mengundi Bush. Ini akan saya lakukan bukan kerana Tun Mahathir Mohamad memilih Kerry maka saya wajib memilih lawannya. Pandangan saya ini tidak juga ada kena mengena dengan lesen judi yang telah diberikan oleh Tun Mahathir kepada Vincent Tan. Walau apa pun, saya amat menyedari bahawa pandangan saya ini adalah satu pandangan yang paling tidak popular. Satu pandangan yang menungkah arus. Jika saya berse
Hishamuddin Rais Jan 7, 05 1:42pm Di Malaysia ini ada dua perkataan/konsep yang amat selalu digunakan oleh para wartawan. Perkataan/konsep ini digunakan khusus dalam media cetak dan media elektronik yang berbahasa Melayu. Saya tidak tahu sama ada perkataan/konsep yang sama digunakan juga di akhbar Tamil atau Mandarin. Saya tidak berkeupayaan untuk membaca akhbar-akhbar tersebut. Dua perkataan/konsep ini ialah: unik dan bersejarah. Setiap hari ada sahaja laporan berita di akhbar yang menyebutkan tentang satu sejarah telah dibuat. Perdana Menteri membuat ‘tele-conferencing’ dilapor sebagai sejarah. Filem Melayu yang memiliki lamanweb, ini satu sejarah. Menteri membuat tali gasing satu lagi yang bersejarah. Menteri melakukan dua lawatan; ke kandang lembu dan ke kandang kambing, menjadi sejarah yang menggemparkan. Perdana Menteri tersepak tunggul satu lagi sejarah. Sebuah kumpulan rap membuat rakaman di Los Angles, beeb, ini memang sejarah. Kemudian si malaun yang sama akan melaporkan pul

Tanyalah pada ortopedik moral...

Hishamuddin Rais Feb 25,05 12:57pm Pada pagi Hari Kekasih (Feb 14) yang lalu, saya terserempak dengan seorang anak muda di perhentian SKR (sistem keretapi ringan) di Pasar Seni. Di saku belakang seluar anak muda ini terselit sebatang bunga ros yang terbungkus indah dalam balutan plastik kaca putih. Kami sama-sama menunggu keretapi. Saya ingin ke Bangsar dan saya tidak mengetahui ke mana pula arah tuju anak muda ini. Saya tersenyum apabila ternampak kuntum bunga ini. Pastilah ianya akan dihadiahkan kepada si kekasih sebagai tanda cinta. Saya gembira kerana saya sendiri yang kekurangan cinta, telah bertemu dengan seorang anak muda yang sedang bercinta. Dalam perjalanan itu, saya bayangkan betapa nikmatnya dunia percintaan. Alangkah indahnya jika saya dapat mengalami kembali alam putih bersih tanpa cakaran pengetahuan tentang berahi seksual. Saya mengelamun tetapi belum sampai ke tahap mengenepikan hubungan seksual seperti Boy George yang 'memilih secawan teh daripada bercumbu berahi

Kegagalan mentor agama

Fathi Aris Omar Jun 20,05 1:06pm “…it is clothes that wear us and not we them; we may make them take the mould of arm or breast; but they mould our hearts, our brains, our tongues to their liking.” – Virginia Woolf dalam Orlando (1956: 188) Rupa-rupanya Islam melarang, atau setidak-tidaknya pernah mengingatkan, agar umat Islam tidak meninggalkan di belakang mereka zuriat yang lemah. Dan rupa-rupanya gerakan-gerakan Islam menjadi sarang tempat membiak zuriat aktivis muda dakwah yang lemah longlai. Seperti al-Quran menganjurkan budaya fikir dan dialog yang berlanjutan, supaya setiap jiwa itu mandiri dengan fikiran masing-masing, tetapi kesan di sebalik saranan kitab suci ini pula yang berkembang biak dalam gerakan-gerakan dakwah. Agama menjadi tempat melemahkan akal. Islam itu dikatakan satu sistem yang lengkap dan sejagat, tetapi tiba-tiba mitos lain muncul dalam penghayatannya – dunia yang kompleks dan penuh simpang-siur tidak digali dan difahami sepenuhnya untuk membolehkan idealisme

Mari kita merdeka ketawa

Hishamuddin Rais Sep 9,05 2:24pm Apabila saya melihatkan gelagat Hishammuddin Hussein, ketua pemuda Pekembar, saya tersenyum lebar. Pekembar ini sebenarnya ialah nama Melayu untuk United Malay National Organisation. Satu ketika dahulu, inilah nama parti ini. Tup tup nama ini hilang dari tetuang udara (1) hingga ke hari ini. Saya hanya ingin bertanya, ketika si Mamat ini menghunus keris puakanya itu apakah si Mamat ini tidak terfikir kenapa nama parti yang dipimpinnya ini dalam bahasa Mat Salleh – bahasa penjajah. Mengikut adat resam, ini telah melanggar ajaran Ketuanan Melayu. Kemudian bila saya terbaca polemik pemuda Pekembar ini dengan Ronnie Liu Tin Khiew dari Parti Tindakan Demokratik tentang hal merdeka, sekali lagi saya tersenyum. Jangan hairan, PTD ini bukan nama parti baru. Ini nama Democratic Action Party yang telah saya sunatkan agar parti ini dapat diuji ke-Malaysianannya. Juga, biarlah parti ini membuktikan bahawa ianya bukan pro-Mat Salleh atau pro-Lee Kuan Yew. Kalau nam