Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Kelahiran Sis Jawi

Imej
 Alhamdulillah syukur. Harini siapkan blog baru, khusus untuk aktiviti jawi-menjawi. Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah. Hamba tak mampu. Allah mampu. Semoga Allah berkati usaha ni sebagai khidmat kepada umat Rasulullah SAW. Moga usaha ni dapat mendekatkan semula orang Melayu kepada tulisannya yang asal. Tulisan inspirasi dari Al-Quran. Perkongsian cerita. Lagu dan senikata jawi. Aktiviti permainan kata. Blog ni lebih kepada aktiviti dan pemantapan jawi. Kalau nak rujuk kaedah-kaedah, ada sambungan ke lama-laman pendidikan jawi. Jemput jengah ke Sis Jawi! 😊 Sambil tu berjinak2 dengan pengiklanan dan bisnes atas talian. Moga2 murah rezeki dapat work from home, from beach, from jungle je satu hari nanti... Aamiin.

Mengembara Dengan Warga Emas.

Imej
Saya bertuah dikurniakan ibu yang sudi meneman berjalan ke mana saja. Alhamdulillah. Sama ada perjalanan dirancang atau tidak, ibu layankan angin anak dia ni. Dulu cuma ke masjid atau mall. Lepas tu jauh sikit.. Ke Sekinchan, ke Lumut. Sudahnya sampai Cameron Highland saya hangkut. Terima kasih ibu! Taman Agroteknologi MARDI. Mengembara dengan warga emas ni bukan mudah. Mereka ada keperluan tertentu mengikut tahap kesihatan diri. Tapi rasa gembira dan bahagia dengan kehadiran orang tua ni amat berbaloi. Sebab tu kena bijaklah buat timbang tara sewaktu merancang perjalanan. Apa keperluan orang tua ni biasanya? 1. TANDAS Sesetengah warga emas alami kesukaran mengawal kencing. Terutamanya ibu-ibu, mungkin ada urat yang cedera masa lahirkan kita. Kesannya mereka hadapi bila dah tua. Kesian kan.. Kita pun mungkin akan hadapi satu masa nanti. Jadi perlu sangat-sangat pentingkan keperluan tandas waktu bawa orang tua berjalan. Pastikan tempat yang kita nak pergi tu ada tandas yang selesa. Bia