Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Hawking ibaratkan perkataan “Tuhan” sebagai kiasan

Stephen Hawking membandingkan otak manusia dengan komputer, suatu ciptaan paling pintar oleh manusia. Namun, komputer masih rendah mutunya dari otak kurniaan Tuhan. Tiada manusia yang boleh mencipta kepintaran otak. Pada hemat saya, satu-satunya kelemahan Hawking ialah ia tidak mengenali Tuhan yang mencipta alam semesta. Demikian kandungan dua pucuk surat para pembaca majalah Time ketika mengulas pelbagai pandangan Hawking, seorang ahli sains dari Universiti Cambridge yang pernah melawat Malaysia beberapa waktu dahulu dan disambut dengan meriah dan spontan oleh mereka yang kaget dengan kecerdasannya. Beliau menjadi professor matematik selama 30 tahun hingga bersara pada tahun 2009. Antara pingat yang diterima olehnya ialah Presidental Medal of Freedom kurniaan peringkat awam paling tinggi di Amerika. Antara bukunya yang paling laris sekali jualannya ialah A Brief History of Time, tetapi menurut pelbagai laporan sorotan buku tersebut hanya segelintir yang membaca sepenuhn