Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

Anak 'Beli' Kawan? Aduhai!

Imej
 "Alif, Ziad dan Saif jual barang kat Dirah. Dirah ambil, hutang dulu tapi sampai sekarang tak bayar. Jumlah semua dah empat ratus lebih!" cerita Ustazah Hilma tentang murid2nya yang dipanggil menghadap GB hari ini. "Diorang bertiga mengadulah nak kutip hutang." "Banyaknya! Barang apa diambil? Dia buat apa dengan barang-barang tu?" Ustazah Zura menyoal spontan. Terkejut mendengar murid darjah lima berhutang sebanyak itu. Orang dewasa pun berfikir panjang nak mengumpul hutang begitu. "Dari Alif, dia ambil pembaris sampai 60 batang. Harga seratus lebih. Dari Ziad dan Saif dia ambil Milo kiub, satu pek 25 ringgit. Banyak pek dia ambil tu sampai jadi empat ratus." Ustazah Zura menggeleng. "Buat apa benda banyak2 tu?" "Dirah kata dia jual. Tapi sebenarnya dia bagi percuma kat orang. Ramai budak dapat. Ada yang dapat pembaris sampai 6 batang," sambung Ustazah Hilma. "Bagi percuma???" "Ya, budak lain kata di sekolah pa
Imej
Masjid Al-Hakim Bi Amrillah di Bab Al-Futuh. Walaupun hanya sebuah monumen pelancongan, namun aroma kelimuan yang pernah semerbak di sini suatu masa dulu tetap tercium harumnya hingga kini. Salah satu menara di Bab Al-Futuh Mula dibina pada akhir kurun ke 10M oleh kerajaan Fatimiyah, masjid ini telah melalui beberapa fasa pembinaan semula apabila musnah dalam gempa bumi dan hakisan waktu. Menara asalnya sudah tiada lagi dan yang  kekal ke hari ini ialah binaan semula pada zaman Kesultanan Memalik. Terletak di pintu masuk ke Jalan Mu'iz li Dinillah, Masjid ini berfungsi sebagai tapak lawatan selain dibuka untuk bersolat dan i'tikaf. Kerana kurangnya pengunjung (tidak seperti Jami' Al-Azhar), masjid ini menjadi sarang merpati yang jinak bermain di laman dalamnya. cari tempat tenang nak study? Masjid ini mengalu2kan anda. Selamat datang! :) ~encik2 pengusaha travel, bawalah pelanggan anda bersiar2 di sepanjang Jalan Mu'iz li Dinillah yang melintang dari Bab Futuh hingga B