Masjid Al-Hakim Bi Amrillah di Bab Al-Futuh. Walaupun hanya sebuah monumen pelancongan, namun aroma kelimuan yang pernah semerbak di sini suatu masa dulu tetap tercium harumnya hingga kini.

Salah satu menara di Bab Al-Futuh

Mula dibina pada akhir kurun ke 10M oleh kerajaan Fatimiyah, masjid ini telah melalui beberapa fasa pembinaan semula apabila musnah dalam gempa bumi dan hakisan waktu. Menara asalnya sudah tiada lagi dan yang kekal ke hari ini ialah binaan semula pada zaman Kesultanan Memalik.

Terletak di pintu masuk ke Jalan Mu'iz li Dinillah, Masjid ini berfungsi sebagai tapak lawatan selain dibuka untuk bersolat dan i'tikaf. Kerana kurangnya pengunjung (tidak seperti Jami' Al-Azhar), masjid ini menjadi sarang merpati yang jinak bermain di laman dalamnya.

cari tempat tenang nak study? Masjid ini mengalu2kan anda. Selamat datang! :)

~encik2 pengusaha travel, bawalah pelanggan anda bersiar2 di sepanjang Jalan Mu'iz li Dinillah yang melintang dari Bab Futuh hingga Bab Zuwaila. Tempat ni sangat berbaloi untuk anda nikmati senibina kerajaan Islam di Mesir terutamanya di sekitar makam Sultan Qalawun.

LEBIH PENTING dari tu ialah nilai sejarahnya, bagaimana pemerintah Kerajaan Fatimiyah mula2 mendirikan Kota Kaherah dan berniat hendak menjadikannya sebuah kota ilmu. Kita lihat betapa niat baik Baginda dimakbulkan Allah dan Kaherah kekal menjadi kiblat ilmu Islam hingga hari ini. Alhamdulillah.

Ulasan