Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Saya Dan Dia, Entah Bila Dapat Bersatu

Imej
Antara kenangan lama yang masih maujud dalam simpanan. Bukan bersatu dengan kekasih hati. Saya masih single available lagi. Entah bila dapat bersatu dengan minat saya - menulis. Saya bercita-cita menjadikannya profesion, walaupun secara separuh masa. Saya fikir sudah tamat belajar inilah waktu saya merealisasikannya. Nampaknya semakin jauh dari gapai. Di blog sajalah, bila berkesempatan. Seingat saya, saya mula menulis panjang sejak di tadika. Waktu tu mak andak pindah rumah. Saya tulis surat rindu kepada mak andak, meniarap sedih depan tv. Masuk sekolah tahfiz, di usia sepuluh tahun saya mula menulis cerita pengembaraan. Waktu tu saya tak tahu bagaimana format cerpen. Ambik jalan mudah, saya buat cerita berbentuk dialog saja. Berbelas tahun lepas tu baru saya tahu rupanya format begitu ialah skrip drama. Darjah lima saya mula tulis cerpen. Agaknya waktu tu dah mula banyak membaca. Sekolah tahfiz dulu2, kami hanya ngadap quran je. Parents kasi surat khabar pun kena rampas

ZAHRAH DE TIGRIS

Imej
Novel yang hidup. Ini je yang dapat saya simpulkan. Walaupun kaver depannya tak ka-boom macam novel2 keluaran Alaf, tapi isi dalamnya lebih dari meletup. Tak rugi mengorek handbag bagai nak rak, mencari seposen untuk mencukupkan 20 ringgit membeli novel ni. Berhari-hari menyedut novel ni macam mengulum baklava-si halawiyat sarang burung. Sedap, manis, lively. Rasa macam terbang ke Baghdad, negara di mana latar cerita berdiri. Buah tangan sulung Kak Khairyn memang ho liao! Puji melangit ni apa ceritanya? Jangan bayangkan babak heroin pengsan dan hero bawak pergi hospital ye. Memang xde. Novel ni nampak je comel dengan teddy bear tergolek kat depan tu. Tapi di dalamnya penuh dengan bom-peluru-debu-darah-air mata yang berterbangan di Baghdad pada waktu kemuncak pendudukan Amerika. Kisahnya tentang Nisa, pelajar Malaysia di Scotland yang terbang ke Iraq untuk menjadi guru kerana tertarik dengan tawaran gaji belasan ribu sebulan. Sampai di Baghdad dia terperangkap dalam pepera

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir IV–Kaleidoskop.

Imej
Sebelumnya : Pergi Lebih Jauh Satu wadah pelbagai warna. Itulah sebab saya namakan ‘waktu itu’: Kaleidoskop. BIRU BKAWM ni satu BKAN yang unik. Macam bandaraya KL yang dipenuhi ‘pendatang’ dari negeri-negeri lain seluruh Malaysia, begitu juga BKAWM didukung oleh pelajar dari BKAN lain. Sebabnya di Malaysia, sekolah agama di Wilayah Persekutuan sangat sedikit. Jadi pelajar2 dari Wilayah Persekutuan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk bersekolah agama. Ramainya di Kelantan, Kedah dan Selangor. Bila diorang datang ke Mesir, diorang akan ikut sekolah diorang dan tak ramai yang nak menyertai persatuan negeri sendiri. Mana yang datang menyertai BKAWM biasanya dah berpengalaman terlibat dengan BKAN lain sebelum itu. Jadi gabungan idea dan pengalaman antara kami mebuatkan suasana bekerja jadi menarik dan lebih seimbang. Sesetengah BKAN lain mungkin terlalu tegas mengawal ahli tapi kami di BKAWM nak tak nak kena pandai tarik tali. Hubungan dengan semua pihak mesti dijaga, terutamany

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir III - Pergi Lebih Jauh

Imej
  Assalamualaikum w.b.t. Saya mulakan dengan salam sebab dah lama tak update blog. Rasa macam balik kampung jumpa keluarga yang lama terpisah. Alhamdulillah sekarang dah kembali ke tanahair. Betul2 dah balik. Banyak perkara menanti di depan tapi buat masa ni Ardhul Kinanah masih dalam ingatan. Sebenarnya saya dah hilang mood nak menulis. Berkali2 hati berbisik, ‘kalau tak catatkan semua kenangan tu kau akan lupa someday!’. Tak kisah la orang baca ke tidak sume repekan saya kat sini tapi yang penting saya dah ada arkib simpanan yang boleh diselongkar bila-bila nak. Yang buat saya nak menulis semula ialah novel Zahrah de Tigris tulisan Kak Khairyn Othman yang merakamkan kisah seorang guru sukarelawan di Iraq. Memang best novel tu. Lain dari lain. Nanti dah habis baca saya akan buat review. Nak cari di pasaran? Tak tahulah masih ada ke tidak, sebab novel ni cetakan 2007. Kalau tak, tanyalah terus ke syarikat Jemari Seni. Balik kepada topik, saya nak mengimbau cerita saya waktu tah