Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Filem 'Devil' dan Erti Sebuah Iman

Imej
Pagi2 Jumaat tengok cerita hantu. Alhamdulillah ceritanya bukan sekadar cerita. Tapi pengajaran yang sangat baik untuk difikirkan bersama. saya kongsikan kisahnya dengan kamu :) FILEM: DEVIL Kisahnya tentang lima orang pengguna terperangkap dalam sebuah lif. Semuanya mempunyai kisah silam yang buruk. Ben seorang pembunuh. Sarah, pelacur 1st class yang kerjanya memeras lelaki kaya. Tony, pernah melakukan langgar lari kemudian meninggalkan nota meminta maaf di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah sorang penipu skim cepat kaya dan sorang nenek penyeluk poket. Kisah bermula apabila lif yang mereka naiki terhenti separuh jalan. Dalam beberapa tempoh, lampu akan terpadam dan bila menyala semula, sorang demi sorang didapati terbunuh tanpa diketahui siapa pelakunya. Yang pertama mati ialah si penipu skim cepat kaya. Selepas itu ialah nenek penyeluk saku. Tiga orang yang tinggal mula saling mencurigai antara satu sama lain dan hampir berbunuhan. Sementara itu polis mula

Bukalah Pintu Langit Dengan Tanganmu...

Imej
Seorang peminat astronomi menganjurkan satu program mencerap langit di masjid berhampiran kediamannya. Selepas maghrib apabila tiba waktu yang dijanjikan, para jemaah -dewasa dan anak-anak- berkumpul hendak mencerap. Teleskop khas sedia dipasang. Masing-masing teruja hendak melihat bintang. Hati menunggu penuh harapan. Tapi sayangnya langit kelabu dipenuhi awan. Mereka menunggu. Si penganjur menunggu. Berpeluh-peluh mengharap awan pergi. Hatinya berkobar2 hendak menghidupkan sunnah merenung langit. Malu dan kecewa kalau tak jadi. Awan masih tak berganjak. Akhirnya masuk waktu isyak. Azan dikumandangkan. Dengan kecewa si penganjur mengemas teleskop. Sambil tangan bekerja dia berpesan supaya jemaah berdoa sewaktu solat nanti agar Allah bukakan langit untuk mereka. Dan selepas Isyak........langit cerah sejernih kaca. Langsung tidak ada tanda yang tadinya ia dipenuhi awan! Dengan penuh kesyukuran si penganjur memasang semula teleskopnya dan berjalanlah program seperti yang diran

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir II - Bermula Cerita

Imej
Artikel 'Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir' nampaknya dapat kunjungan tertinggi di blog ni. Biasa la saya pun suka baca kehidupan orang lain kat tempat lain. Tak dapat pergi pun tapi macam kita dapat rasa apa yang dia lalui. Memandangkan blogger yang dikasihi sekelian nampak cam nak tahu banyak jadi saya ingat nak buat siri kedua. Nak cerita pasal kehidupan pelajar Malaysia kat sini sebenarnya ada terlalu banyak sisi yang boleh diintai. Sebab Mesir sebuah negara yang unik, jadi pelajar Melayu yang dah berakar kat sini pun menjalani bermacam2 rupa kehidupan yang kadang-kadang kita pun tak terfikir kat Malaysia. Dulu sorang kakak senior pernah pesan kat saya sebelum datang sini : "Nanti kamu pergi sana tengoklah, perangai orang kita pelik2 yang kadang2 kat Malaysia pun kita tak jumpa". Memang betul. Sama ada jadi baik atau jadi teruk, perangai orang kita kat sini memang kadang2 tak masuk akal. Tapi biarlah itu urusan diorang dengan Allah. Kita sesama