Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Ar-Rihlah - Catatan Kembara Musim Bunga episod 1, 2 & 3

Imej
Perjalanan ni taklah sehebat Ibn Batutah. Tapi saya berminat meminjam tajuk kitab idola saya tu untuk diabadikan dalam catatan ni. Sesetengah orang mungkin merasa puas dengan berjalan mengikut rombongan sahaja. Tapi bagi saya meneroka secara bebas lebih memberi kepuasan. Kembara kali ni berputar sekitar Kaherah dan Giza, dua bandar utama di tebing Sungai Nil. Sebulan sebelum perjalanan saya membuat study ringkas tentang kawasan Kaherah dan berbincang dengan sahabat maya yang kebetulan mempunyai minat sama. Waktu itu bajet belum masuk, jadi rancangan terpaksa diperap dalam fail dulu buat simpanan arkib. Menjelang Mac barulah mendapat kelapangan waktu dan rezeki lalu bermula episod perjalanan mencari ibrah di bumi barakah…. EPISOD 1 – MALU BELI PETA, SESAT JALAN 10 Mac 2012 Perkara ketiga (selepas duit dan kamera) yang penting bagi saya semestinya peta…sebab tanpa peta macam mana nak tahu arah perjalanan. Tambahan pula peta mengandungi banyak maklumat yang tidak diketahui dalam r