Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Purdah Hitam & Islamophobia = Siapa Aku?

Imej
Isnin yang sederhana panas di tengah Kaherah. Dengan memakai tudung dan purdah serba hitam aku keluar jumpa kawan di Mahattah Ramses, kirim sesuatu untuk dia bawa balik ke Alex. Dalam perjalanan pulang ke ARMA tempat aku menginap, ternampak satu pasangan pelancong berwajah cina. Dengan buku panduan dan sebotol air mineral dikelek ke sana ke mari, diorang bertanya arah kepada seorang makcik Arab. Nak ke Bab Sya'riah dengarnya. Stesyen Metro bawah tanah yang paling hampir dengan Bab Futuh - kawasan tumpuan pelancong yang aku sukaaaaaa kongsi kat sini. Aku tahu sebab aku pernah study tempat tu dalam peta tahun lepas, tapi belum sempat jelajah lagi. Aku intai buku panduan yang dipegang si lelaki, Walking Trough Cairo ke apa tajuknya tak pasti. Yang aku pasti pasangan ni nak berjalan kaki menjelajah Kaherah. Sama hobi dengan aku! Hati aku rasa tertarik2 sangat nak tolong dua pelancong tu. Kebetulan diorang pun akan naik tren yang sama dengan aku, cuma destinasi aku kemudian sikit

PRU 13 - Satu Catatan

SATU - Ayah saya, seorang wira negara. Pada akhir dekad 60'an Ayah telah menyertai pasukan pengaman PBB ke Congo. Cerita Ayah, sewaktu pasukan mereka mula-mula tiba sudah dikepung puak pemberontak. Ayah lah manusia yang paling gerun kerana kedudukannya waktu itu menjaga machine gun atau senapang automatik yang boleh menembak beratus peluru dalam beberapa minit. Jika puak pemberontak hendakkan senjata itu, pasti nyawa ayah yang pertama jadi galang ganti. Kata Ayah, waktu itu memang dia MEMINTA NYAWA kepada Tuhan. Tapi selepas beberapa hari ditahan, pasukan mereka dibebaskan dengan selamat. Sebab utamanya ialah MEREKA ISLAM dan PUAK PEMBERONTAK ITU JUGA ISLAM . Atas nama SAUDARA yang datang sebagai pengawal keamanan, pasukan Ayah dibebaskan. - Dalam satu insiden di Sarawak, Ayah menyertai konvoi menghantar seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera yang telah bersara pulang ke Semenanjung. Sewaktu melalui jalan hutan berbukit, konvoi mereka diserang hendap puak komunis. Ayah ya