Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Karya

Pornografi: Dugaan Generasi Y

Imej
Golongan muda di zaman moden ini menikmati kemudahan teknologi komunikasi yang begitu menakjubkan. Daripada asal telefon bimbit sebesar beg kerja yang perlu dijinjing ke sana-sini, kini iPad dan telefon pintar memungkinkan komunikasi berlangsung dengan satu sentuhan sahaja. Di samping manfaat yang diperolehi, jaringan komunikasi tanpa batasan juga telah membuka pintu kepada sebaran penyakit sosial yang menghancurkan, antaranya ialah pornografi. Pornografi - istilah yang digunakan untuk sebarang paparan lucah dan cenderung ke arah perlakuan seksual. Bahan ini disebarkan dengan begitu meluas oleh media tanpa mempedulikan adat budaya dan batas agama. Jika dua puluh tahun dulu perkara seksual adalah tabu dan terlindung dari masyarakat, kini anak-anak sekolah rendah pun sudah didapati melakukan hubungan terlarang. Belum lagi dikira jumlah kes pembuangan bayi, kecurangan pasangan dan kehancuran institusi keluarga akibat pornografi. Perkara ini amat membimbangkan. Jika tidak dibendung...

Jawatan Kosong Di Ummah Universe

Saya graduan yang baru tamat belajar. Lepasan dari pesantren yang biasa-biasa sahaja, bukanlah kolej apatah lagi universiti. Saya mengembara ke serata dunia mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Akhirnya langkah kaki berhenti di hadapan sebuah bangunan agam yang usang. Warna catnya lusuh, rumput semak memanjat ganas di beberapa bahagian dinding dan temboknya-masyaAllah-menggelupas dengan bata yang berlubang bak tulang diserang osteoporisis. Saya senyum senget menatap satu-satunya benda yang kelihatan megah di situ-papan tanda bertulis Ummah Universe Pte.Ltd.             Oh, mengapa kaki berhenti di rumah hantu ini? Tuhan, syarikat apakah begini?             Selamat datang ke Ummah Universe. Saya Nuur.             Manis sekali senyumnya. Saya memperkenalkan diri kepada Nuur, pegawai perh...

Bukan Saidina Ali

Imej
Madinah pasca pembunuhan Saidina Usman sangat genting. Pemberontak yang jumlahnya puluhan ribu orang masih berkeliaran mengepung bandar. Ramai para sahabat keluar mengerjakan haji, justeru para pemberontak dengan megah menjadi imam di Masjid Nabi selepas mereka tumpahkan darah sahabat Baginda yang mulia. Khalifah Ali yang baru memegang tampuk dapat membaca suasana tidak baik. Permintaan sahabatnya Az-Zubair dan Talhah supaya menuntut darah Usman terpaksa diketepikan dahulu menimbangkan keadaan darurat yang berlaku. Para pengikut asyik mendesak. Akhirnya dua sahabat mulia tidak dapat bertahan lagi, lantas safar ke Makkah menemui Saiyidah Aisyah mengharapkan srikandi itu akan mengepalai gerakan menuntut bela. Di Makkah mereka memutuskan perkara. Pengikut dikumpulkan. Darah Usman akan terbela di Basrah. * * * Kamu bukan Saidina Ali. Dan saya bukan Saiyidah Aisyah. Tapi impian kita sama. Takkan sama. Permisi. Begitu sahaja dia tinggalkan lamaran tak berbalas, dua puluh lima ta...

Berkhilaf Cara Imam Abu Hanifah

Imej
Pada zaman awal Islam, di waktu ilmu Islam sedang pesat berkembang telah muncul dua aliran pendidikan fiqh termasyhur. Satunya dikenali sebagai Madrasah Ra’yi di Iraq, dan satu lagi Madrasah Hadis di Madinah Al-Munawwarah. Para ulama’ di Madrasah Ra’yi terkenal dengan cara pengistinbatan hukum melalui qiyas manakala ulama’ di Madrasah Hadis lebih berpegang teguh dengan hadis Rasulullah s.a.w. Antara alim yang tersohor di Madrasah Ra’yi pada masa itu ialah Imam Abu Hanifah r.a, seorang tabi’en dan peniaga kain yang berjaya di Iraq. Manakala alim yang menjadi rujukan di Madrasah Hadis pula ialah Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali Karamallahu wajhah, ahli bait Rasulullah s.a.w. Suatu masa, Imam Abu Hanifah telah datang ke Madinah buat pertama kalinya. Selepas menziarahi makam Rasulullah s.a.w, beliau mengunjungi para sahabat yang masih hidup dan para ulama’ Madinah antaranya Imam Muhammad Al-Baqir sendiri. Lalu bertemulah dua orang taiko fiqh ini...

Dari Abang Pompeii Kepada Adik K.L

Imej
Adik, Abang ada satu cerita untuk kamu. Ini kisah benar, berlaku tak lama dulu sebelum kamu dilahirkan. Ini kisah ngeri, mari duduk dekat-dekat supaya kamu boleh dengar betul-betul apa yang abang ingin ceritakan. Adik, Suatu masa dulu ada sebuah bandar yang permai di kaki gunung. Suasananya aman tenteram tiada peperangan. Kolamnya jernih dengan ikan berenang-renang manja. Sungainya mengalir damai bak Kauthar dari syurga ‘Adnin. Pohon-pohonnya bila ditiup angin, aduhai gemersik. Buah-buahnya masak ranum, bergayutan bak hidangan dari kayangan. Rakyatnya hidup dengan sentosa, pelbagai agama seiya sekata. Bandar ini dengan segala kesenangannya, benar-benar hadiah kasih dari Tuhan yang maha penyayang…benar-benar syurga yang disegerakan. Adik, Sampai suatu masa bandar kasih Tuhan ini diintai orang. Datanglah satu kaum penyembah syaitan membuat onar. Bila dilihat kedamaian bandar ini begitu mengasyikkan, begitu menguntungkan, dibinalah tempat-tempat hiburan dan rumah-rumah pelacuran. K...

Di Sempadan Ini

Imej
( Cerpen didedikasikan khas buat memperingati pembunuhan tragis sukarelawan Amerika, Rachel Aliene Corrie yang mati digilis bulldozer Israel pada 16 Mac 2003 ) * * * Mama, hari ini genap tiga bulan saya di sini. Saya sudah dapat menyesuaikan diri meskipun keadaan benar-benar di luar jangkaan. Mama, di sempadan ini kematian berlaku setiap hari, hingga ia lebih dianggap biasa daripada kehidupan. Tentera-tentera penjajah mengacukan senjata kepada kami siang dan malam. Saya kirim foto lagi buat tatapan kalian. Biar ia menceritakan segala. Mama, saya rindukan rumah. Tapi maaf, saya belum mahu pulang. Tanah ini mengajar saya erti syukur dan sederhana. Mama, saya rindukan kalian. Peluk cium saya untuk mama, papa, Allen dan Cody juga salam sayang dari teman-teman saya di sini. Sampai bertemu lagi dengan kasih sayang dan kerinduan. Anakanda Rachel Rafah, Gaza. * * * "Triiit....". Rachel menyambar telefon bimbit, lihat nombor Sidney tertera. "Hei Rach, kami tunggu awak di rumah En...

Tunggu Saya Di Syurga!

Saya bertemunya pada akhir musim panas yang lalu, dalam satu rombongan pelajar tahun akhir universiti kami. Dia seorang pemuda yang tampan bergaya, sangat bijak tetapi bersikap sederhana. Dia yang mula-mula merapati saya, ketika saya sedang bersendirian memerhati kawan-kawan bermabuk-mabukan dalam parti penutup. Saya Ayman dari Rafah. Saya Iman, dari Rafah juga. Oh, jadi kita sama. Kenapa saya tak kenal awak? Dia girang dapat mengenali saya. Kami banyak fikiran yang sama. Walaupun dia bakal graduan kejuruteraan perisian dan saya pula sains politik, namun kami serasi dalam satu ideologi-bumi Palestin kami. Serasi, meskipun saya Muslimah dan dia Masihi. Selepas percutian itu kami berpisah. Saya terus pulang ke Rafah sebaik selesai urusan akhir di universiti dan dia pula mahu meneruskan musafir ilmunya. Belum mahu pulang selagi tidak dapat mencipta program seperti Windows, katanya. Namun kami terus berhubungan di dunia maya. Dia, bagai diprogramkan, setiap minggu akan me...