Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Insan Terpilih

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Imej
Pada tahun terakhir kewujudanku di Timur Tengah, aku saksikan pertembungan dua cendekiawan agung Islam zaman ini - Al-Fadhil Dr. Yusuf Qaradhawi dan Al-'Allamah Syahiidul Mimbar Syeikh Ramadhan Al-Buthi radhiyAllahu 'anhuma. Kedua-duanya hebat, kedua-duanya lantang, kedua-duanya berdiri atas asas yang kukuh. Paling hebat sekali pada keduanya ialah : KEDUA-DUANYA TEGUH MEMPERTAHANKAN KEHORMATAN SAUDARANYA WALAUPUN BERTEMBUNG DALAM PERANG IDEOLOGI. As-Syahid Syeikh Al-Buthi apabila hendak menegur Dr. Al-Qaradhawi, dimulai pujian dan menyebut kelebihan-kelebihan beliau. Begitu juga Al-Fadhil Dr. Al-Qaradhawi apabila hendak menyangkal pendapat As-Syahid, kalamnya sentiasa dihiasi pujian dan penghormatan yang tinggi. Dengan akhlak beginilah Allah mengangkat keduanya ke singgahsana ilmu, walaupun apa yang berlaku kemudian sungguh pahit dan hanya Allah mengetahui hikmahnya. Kebelakangan ini ilmuwan di tanahairku pula terjerlus dalam pertembungan idea. Malang, sudahlah bilangan...

Saidina Abu Ayyub Al-Ansori

Kita biasa dengar kisah tentang Saidina Abu Ayyub Al-Ansori menjadi tuan rumah kepada Nabi s.a.w apabila Baginda berhijrah ke Madinah. Dalam muhadharah baru-baru ni Syeikh ceritakan MENGAPA RUMAH SAIDINA ABU AYYUB TERPILIH UNTUK DIDIAMI BAGINDA. Kisahnya ialah berkenaan niat suci seorang Arab Yaman bernama Tubba'. Beliau mendengar bahawa seorang Nabi akhir zaman akan dibangkitkan dan akan mendiami Yathrib. Lalu beliau berpindah ke Yathrib dan membeli sebuah rumah di situ lalu berdoa; "Ya Allah, mudah-mudahan rumah ini akan menjadi kediaman Nabi akhir zaman bila Baginda berpindah ke sini kelak". Tahun demi tahun berlalu. Tubba' meninggal dunia sebelum sempat menemui Nabi akhir zaman yang dinantikan. Zuriatnya lahir dan wafat. Hinggalah pada masa zuriatnya bernama Khalid bin Zaid r.a, Nabi akhir zaman itu pun bangkit dan berhijrah ke Yathrib seperti yang dijanjikan dalam kitab-kitab terdahulu. Allah mengilhamkan kepada Qaswaa', unta Baginda untuk berhenti d...

Berkhilaf Cara Imam Abu Hanifah

Imej
Pada zaman awal Islam, di waktu ilmu Islam sedang pesat berkembang telah muncul dua aliran pendidikan fiqh termasyhur. Satunya dikenali sebagai Madrasah Ra’yi di Iraq, dan satu lagi Madrasah Hadis di Madinah Al-Munawwarah. Para ulama’ di Madrasah Ra’yi terkenal dengan cara pengistinbatan hukum melalui qiyas manakala ulama’ di Madrasah Hadis lebih berpegang teguh dengan hadis Rasulullah s.a.w. Antara alim yang tersohor di Madrasah Ra’yi pada masa itu ialah Imam Abu Hanifah r.a, seorang tabi’en dan peniaga kain yang berjaya di Iraq. Manakala alim yang menjadi rujukan di Madrasah Hadis pula ialah Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali Karamallahu wajhah, ahli bait Rasulullah s.a.w. Suatu masa, Imam Abu Hanifah telah datang ke Madinah buat pertama kalinya. Selepas menziarahi makam Rasulullah s.a.w, beliau mengunjungi para sahabat yang masih hidup dan para ulama’ Madinah antaranya Imam Muhammad Al-Baqir sendiri. Lalu bertemulah dua orang taiko fiqh ini...

IMHOTEP - NABI @ PENYIHIR ZAMAN FIRAUN?

Imej
Sihir merupakan salah satu elemen yang penting dalam peradaban Mesir Kuno. Ia berakar umbi ke zaman sebelum penulisan sejarah dan pengaruhnya begitu meluas hingga menjadi akidah yang diimani oleh pemimpin dan rakyat. Ia menguasai segenap sudut kehidupan dan peraturan-peraturan di zaman tersebut. Para penyihir dianggap ‘belahan tuhan’, diberi kedudukan istimewa di samping raja, menjadi teman berbincang dan tilikan mereka dijadikan sumber rujukan dalam setiap keputusan kerajaan. Para dukun penyihir menisbahkan kuasa sihir mereka kepada dewa-dewi, seperti kuasa menyuburkan tanah disandarkan kepada dewi kesuburan ( Isis ). Begitu juga sihir yang menghasilkan kejahatan disandarkan kepada dewa-dewa jahat dan ia dipanggil ‘sihir gelap’. Kemudian kuasa-kuasa sihir yang telah ‘didewakan’ tersebut dijadikan nama-nama kuil seperti Kuil Isis, Kuil Horus dan sebagainya. Ini menjadi antara punca bagaimana terhasil sekian banyaknya dewa-dewi yang menjadi sembahan dalam kepercayaan Mesir Kuno. Demiki...

Badi'uzzaman Said Nursi - Panglima Perang Saraf Menentang Sekularisme

Imej
Badi'uzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di sebuah kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Gelaran 'Nursi' adalah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama' terkenal didaerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru,kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama' terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan para ulama'). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama' lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badi'uzzaman (Kekaguman Zaman). Pengalaman pendidikan yang beliau lalui telah membuka fikirannya untuk memikirkan cara bagi menghasilkan sebuah sistem pendidikan bersepadu. Ketika itu,dunia sedang memasuki satu ...