Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesihatan

Pornografi: Dugaan Generasi Y

Imej
Golongan muda di zaman moden ini menikmati kemudahan teknologi komunikasi yang begitu menakjubkan. Daripada asal telefon bimbit sebesar beg kerja yang perlu dijinjing ke sana-sini, kini iPad dan telefon pintar memungkinkan komunikasi berlangsung dengan satu sentuhan sahaja. Di samping manfaat yang diperolehi, jaringan komunikasi tanpa batasan juga telah membuka pintu kepada sebaran penyakit sosial yang menghancurkan, antaranya ialah pornografi. Pornografi - istilah yang digunakan untuk sebarang paparan lucah dan cenderung ke arah perlakuan seksual. Bahan ini disebarkan dengan begitu meluas oleh media tanpa mempedulikan adat budaya dan batas agama. Jika dua puluh tahun dulu perkara seksual adalah tabu dan terlindung dari masyarakat, kini anak-anak sekolah rendah pun sudah didapati melakukan hubungan terlarang. Belum lagi dikira jumlah kes pembuangan bayi, kecurangan pasangan dan kehancuran institusi keluarga akibat pornografi. Perkara ini amat membimbangkan. Jika tidak dibendung...

Kebaikan Sinaran Matahari

Imej
Banyak laporan menyatakan bahawa sinaran matahari tidak baik untuk kita. Ia sebenarnya salah faham yang membahayakan. Sinaran matahari memberi banyak manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Walaupun pendedahan melampau boleh membahayakan tetapi ia bukan alasan untuk kita elakkan dari terdedah kepada sumber alam yang hebat ini. Jom teliti kebaikan sinar matahari :) Pendedahan yang mencukupi kepada sinaran matahari boleh menyihatkan kulit dan mencantikkannya secara semulajadi. Ia membantu pertumbuhan setiap organisma hidup baik tumbuhan, haiwan mahupun manusia sendiri. Pendedahan berterusan pada kadar biasa dapat membina ketahanan kulit terhadap pancaran sinar ultra-ungu, jangkitan kulit mahupun kesan lecuran berbanding kulit yang tidak biasa terdedah kepada matahari. Sinar ultra-ungu yang terkandung dalam cahaya matahari merupakan ejen pembunuh kuman semulajadi. Ia bertindak membunuh bakteria dan kuman yang hidup di udara dan setiap permukaan termasuk kulit kita. P...