Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Cikgu

Taufiq, Aku dan Ustazah Icha

Imej
Taufiq meragam lagi. Buat dua hariku belakangan ini terasa kusut. Sebab aku sangat marah dan kecewa dengan tingkahnya. Tapi, aku nampak diri sendiri dalam Taufiq. Seorang kanak-kanak yang murung. --------- Kelmarin, Taufiq bising dengan kawan-kawannya sewaktu belajar. Berkali-kali aku pandang mereka. Ada yang aku tegur, ada yang tengok saja dengan harapan mereka sedar aku pandang dan diam sendiri. Di meja guru, aku cuba terangkan pelajaran pada murid lain yang tercicir faham. Sambil melawan suara bising mereka. Ah, kebisingan murid memang spark kemarahanku. Tapi aku dah belajar berdamai dengan kebisingan. Aku dah tak marah lagi. Cuma... Mereka kusuruh berdiri di luar kelas.  Pergilah bising di luar. Jangan di dalam. Mereka terus diam. Rayyan dengan muka masam, keluar juga perlahan-lahan. Taufiq sebaliknya menjerit padaku. "Tak naaaakkkkkk!!!!!!" Menjerit yang sesungguhnya mintak penampar. Akhirnya kubiarkan saja dia. Walaupun rasa tak adil pada Rayyan yang sudah keluar. Tapi ...

Lelaki Hebat, Boleh Menangis!

Imej
Amar, seorang lagi murid kecil molek dalam kelas. Otaknya bijak dan berbakat. Suara dan budi bahasanya sama halus. Aku jangka ibu Amar telah mendidiknya dengan baik sekali. Amar suka bercakap dan beritahuku apa-apa yang terlintas di kepalanya. Satu hari, waktu ku sedang terangkan pelajaran, tiba-tiba Amar berkata: "Lelaki kan hebat!" Terpinga-pinga ku dibuatnya, dah kenapa tiber cakap lelaki hebat ni? Aku bukan ajar pasal jantina pun. "Mak saya kata, lelaki kan hebat!" lanjut Amar. Oo... Mak dia kata. Tapi ku tak sempat tanya kenapa mak dia kata macam tu? Terpaksa teruskan mengajar untuk mengejar masa. Hari-hari berikutnya, aku semakin faham kenapa Amar cakap macam tu. Rupanya budak ni kuat menangis! Sebelum ni dia menangis juga bila dimarah kerana leka belajar. Tapi lepas tu bila tak faham, dia menangis. Tak dapat jawab, menangis. Lambat siap kerja, menangis. D ia tidur dalam kelas, orang kejut suruh basuh muka pun menangis. Kena tegur, lagilah menangis. Siap pakej...

Pornografi Seksual Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Imej
Ini bukan artikel ilmiah, tapi aku tak tahu nak letak tajuk bagaimana yang sopan. Cabaran baru yang kulihat pada sesi mengajar kali ini, ialah murid yang terdedah pada kelucahan. Kanak-kanak seusia 7 tahun yang membaca pun belum pandai. Tapi sudah tahu mengusik zakar orang. Seawal minggu pertama aku dah spotted tindak-tanduk beberapa murid ni. Ada dua orang yang duduk bersebelahan dan tangannya 'di bawah meja' kawan. Ada yang masa berdiri mengaji sebelah aku pun tangannya dalam kain samping.   Ada yang mengadu, kawannya nak cium. Murid lelaki dengan lelaki.  Ada yang tendang kawan, sambil tersengih-sengih tendang di zakar. Terkebil-kebil si kawan pegang zakarnya kena tendang. Bull's eye tu juga nak ditendang. Dah tak ada tempat lain? Sazah perati je perangai korang...😠  Nak pastikan korang tersilap atau memang sengaja berkelakuan macam tu. Minggu lepas waktu berziarah ke rumah Akak, kami berbincang tentang hal ni. Maklum la, Akak ada 3 anak lelaki baya-baya muridku. Mu...

Senaif Taufik

Imej
Minggu ni agak mencabar bila mengajar dalam keadaan kurang sihat. Ada hari, aku senyap saja sebab tekak dan dada sakit nak bercakap. Ada hari aku menjerit juga mengalahkan waktu sihat. Ada hari, aku surrender dan keluar dari kelas. Rehatkan jiwa beberapa minit di tempat lain sebelum kembali ke kelas. Mengajar budak kecil zaman sekarang makin mencabar sebab mereka rosak. Makanan mereka rosak. Didikan ibu bapa rosak. Pengaruh sekeliling seperti hiburan dan gajet, rosak. Waktu rehat, aku tengok mereka makan jajan, fries, coklat crunchy tah apa-apa. Semua ni buat aku makin simpati pada mereka. Bukan mereka minta nak jadi begitu. Contohnya Taufik yang setiap hari buat scene. https://www.focusonthefamily.com/parenting/what-boys-need-to-learn-to-become-good-men/ Pertama kali jumpa hari tu, bila tengok Taufik ada kecenderungan memukul orang, aku nasihatkan dia pukul diri sendiri bila rasa nak marah. Kononnya bagi dia faham rasa sakit, so jangan sakitkan orang lain. Khamis, aku buat kuiz. Tau...

Anak Yang Dibenci Masyarakat

Imej
Mengajar murid darjah satu memang meletihkan. Seronok dengan gelagat mereka yang polos. Tapi letih mengawal. Kejadian semalam buat aku rasa lunyai macam kain buruk. Letih fizikal dan emosi. Sebabnya, Taufiq. https://www.heysigmund.com/kids-anger-help-little-hot-head-find-calm/ Izzi datang padaku mengadu Taufiq memakinya bodoh. Mula aku abaikan saja. Tapi bila dua-tiga kali murid datang mengadu, aku panggillah si Taufiq ke depan. Dia datang dengan muka berkerut ketat. "Kenapa panggil Izzi bodoh?" tanyaku. "Sebab bila ustazah suruh ambil buku Tauhid, dia kata Taufik." Oooh... Izzi mengejek namanya. Bagi orang lain, perkara tu tak adalah menghina. Tapi bagi Taufik perkara tu besar. Tak apalah. Belum sempat aku menyambung kata, Taufik dah sambung dulu. "Ni, dia ni.. Dia ni... Eee pukul kang," Siap dengan tangan diangkat hendak melempang Izzi. Wow, lain macam. Aku dah agak sesuatu... "Taufik, awak selalu kena pukul ke kat rumah? Ayah selalu pukul?" ta...

Kreativiti Berbahaya

Imej
Saya melangkah masuk ke kelas dengan senyuman seperti hari-hari biasa. Sekali lalu, saya toleh pada sekumpulan murid bising bermain di belakang kelas. Bila nampak kehadiran saya, datanglah seorang-dua murid mengadu. "Ustazah, J main pembaris."   "Main pembaris? Ha sudah. Suruh dia duduk, kita dah nak start ni," arah saya tanpa memikir apa-apa. Biasalah budak main pembaris.   "Pembaris tu dia buat macam pisau, ustazah. Dia buat macam mana tah bagi tajam," adu si murid lagi bila tengok saya macam tak hairan.   "Iya? Meh mintak sini ustazah nak tengok," pinta saya dengan nada serius nak ambik hati. Ya, gitulah cara ambik hati budak. Bila dia mengadu, kita bagi perhatian. Lepas tu dia suka komunikasi dengan kita dan mudah mendengar kata. Hehe. Sambil tu boleh tengok inovasi mereka tukar pembaris jadi pisau.   "Ni ha, ustazah. Tengok ni," kata si pengadu bersungguh sambil hulur dua batang lurus berbalut kertas. Saya tarik kertas tu meluncur ...

Aqashah

Imej
Murid kelas hujung tidak asing bagiku. Sejak mula memasuki profesyen perguruan ini aku telah diamanahkan memegang kelas hujung2. Kelas yang muridnya kurang kepandaian akademik dan (biasanya) kurang mahir mengawal sikap diri.   Setiap benda yang ada dalam kelas akan diusik menyebabkan aku risau nak tinggalkan apa-apa. Selain kerusi dan meja, dalam kelasku cuma ada langsir dan tiga bunga hiasan. Itupun perlu dilantik penjaga. Jika tidak, alamatnya punah.   Satu hari, kudapati dalam kelasku ada sebatang permanent marker. Mungkin guru lain yang bawa dan tertinggal di situ. Aku berhasrat mengambilnya selepas sesi PDPc kemudian terlupa pula. Habis! Kuduga pasti esok akan berlaku sesuatu dengan marker itu. Benar, esoknya kudapati whiteboard sudah berconteng dengan permanent marker.   "Siapa buat ni?" tanyaku dengan muka ketat.   "Khair, ustazah! Dia yang mula-mula masuk kelas tadi. Saya tengok dah ada conteng tu!" jawab Iyas separuh menjerit.   "Mana ada! Aku duduk je...