Anak Yang Dibenci Masyarakat

Mengajar murid darjah satu memang meletihkan.

Seronok dengan gelagat mereka yang polos. Tapi letih mengawal.

Kejadian semalam buat aku rasa lunyai macam kain buruk. Letih fizikal dan emosi.

Sebabnya, Taufiq.

https://www.heysigmund.com/kids-anger-help-little-hot-head-find-calm/

Izzi datang padaku mengadu Taufiq memakinya bodoh. Mula aku abaikan saja. Tapi bila dua-tiga kali murid datang mengadu, aku panggillah si Taufiq ke depan. Dia datang dengan muka berkerut ketat.

"Kenapa panggil Izzi bodoh?" tanyaku.

"Sebab bila ustazah suruh ambil buku Tauhid, dia kata Taufik." Oooh... Izzi mengejek namanya. Bagi orang lain, perkara tu tak adalah menghina. Tapi bagi Taufik perkara tu besar. Tak apalah.

Belum sempat aku menyambung kata, Taufik dah sambung dulu. "Ni, dia ni.. Dia ni... Eee pukul kang,"

Siap dengan tangan diangkat hendak melempang Izzi. Wow, lain macam. Aku dah agak sesuatu...

"Taufik, awak selalu kena pukul ke kat rumah? Ayah selalu pukul?" tanyaku menebak. Taufiq angguk jujur. Masih berkerut macam tadi.

"Ayah selalu pukul kat mana?" Taufiq tunjuk gaya lempang di mukanya sendiri.

Allahu akbar... Kasihan anak ni.

Aku selesaikan pertikaian mereka dengan menyuruh saling bermaafan dan nasihat. Mereka balik ke meja.

Selepas itu, ada kejadian lain menyebabkan aku terpaksa keluar kelas sebentar. Dalam hati macam terdetik nak suruh kawan guru jagakan kelas. Tapi aku abaikan saja dan bergegas selesaikan urusan.

Bila balik ke kelas, memang ada guru sedang memujuk muridku. Murid perempuan menangis teresak-esak kesakitan.

Taufiq pukul perutnya dengan botol air. Sebab dia tegur Taufiq tak duduk di tempat.

Dah selesaikan murid perempuan tu, aku kembali ke meja guru. Terus hilang selera nak mengajar. Sikap Taufiq buat aku sedih dan simpati sangat.

Budak kecil sebersih kain putih dah berceloreng hitam. Peribadinya rosak bila terlalu baran dan cepat memukul. Jika dia terus membesar begitu, dia akan jadi anak yang dibenci masyarakat.

Aku nampak diri sendiri dalam Taufiq. Aku tahu sakitnya pemarah dan aku tahu siksanya nak ubah peribadi tu kelak.

Aku geram dengan bapanya. Benci! Benci ibu bapa begini!

Rasa nak hubungi saja orang tuanya dan nasihatkan ubah perangai. Pergi belajar parenting!

Tapi aku cuma guru ganti kelas ini. Bukan guru kelas sebenar. Aku tak fikir kuasa aku besar hingga berhak menasihati ibu bapa muridku.

Mungkin aku cuma dapat menyantuni Taufiq sebaiknya dan bantu dia kawal emosi.

Kemudian yang lucunya semalam, aku lupa cara nak buat kapal kertas.

Untuk hilangkan bosan dalam waktu mengaji yang panjang, aku ajak murid buat kapal kertas. Aku ajar mereka lipat satu-persatu langkah. Baru lima langkah aku dah stuck, tak ingat macam mana nak habiskan jadi kapal. Aiseh.... Mujur la dah nampak bentuk segi tiga tu cuma kapalnya tak kukuh macam kapal kertas sebenar.

Berjaya buat sampai sini je. Kahkah!

Aku pun suruh murid warna kapal separuh siap tu dulu. Esok sambung lipat lagi jadi kapal betul.

Sebenarnya ustazah lupa guys! Hahahaha! 😝

Bertambah sedih aku sebab lupa benda mudah. Otak dah merosot la tu dah lama sangat mereput kat rumah. Haha!😂 Astaghfirullahalaziim...

Ulasan