Lelaki Hebat, Boleh Menangis!
Amar, seorang lagi murid kecil molek dalam kelas. Otaknya bijak dan berbakat. Suara dan budi bahasanya sama halus. Aku jangka ibu Amar telah mendidiknya dengan baik sekali.
Amar suka bercakap dan beritahuku apa-apa yang terlintas di kepalanya.
Satu hari, waktu ku sedang terangkan pelajaran, tiba-tiba Amar berkata: "Lelaki kan hebat!"
Terpinga-pinga ku dibuatnya, dah kenapa tiber cakap lelaki hebat ni? Aku bukan ajar pasal jantina pun.
"Mak saya kata, lelaki kan hebat!" lanjut Amar.
Oo... Mak dia kata. Tapi ku tak sempat tanya kenapa mak dia kata macam tu? Terpaksa teruskan mengajar untuk mengejar masa.
Hari-hari berikutnya, aku semakin faham kenapa Amar cakap macam tu. Rupanya budak ni kuat menangis!
Sebelum ni dia menangis juga bila dimarah kerana leka belajar.
Tapi lepas tu bila tak faham, dia menangis. Tak dapat jawab, menangis. Lambat siap kerja, menangis. Dia tidur dalam kelas, orang kejut suruh basuh muka pun menangis.
Kena tegur, lagilah menangis. Siap pakej bertaubat lagi. Haha..
Bertaubat, maksudnya Amar minta maaf dan berjanji takkan buat lagi. Mungkin emak dia ajar begitu.
Tapi bagiku, selalu berjanji tu tak bagus. Sebab Amar masih kecil dan sedang belajar. Dia pasti akan buat silap berkali-kali. Maknanya dia akan langgar janji berkali-kali. Aku bimbang kelak dia ambil ringan dengan janji. So aku larang dia berjanji lagi.
Kuminta, jangan janji apa-apa denganku. Cukuplah Amar baiki kesilapan dan patuh apa yang dipesan. Amar angguk setuju.
Jauh di sudut hati, aku rasa teruk bila murid menangis. Seolah-olah aku raksasa yang dahsyat hingga buat budak menangis. Ada ketikanya aku jadi marah bila Amar menangis.
-----------------
Harini sambil membebel marahkan Amar, kualih perhatian kepada semua murid.
"Murid-murid, lelaki boleh menangis tak?" tanyaku.
"Taaaaaakkkkkkkk!" jawab mereka serentak. Tambah pula mereka nampak aku marah Amar menangis, maknanya mestilah tak boleh menangis.
"Boleeeehhh... Lelaki boleh menangis," beritahuku.
"Aik?" Pelik mereka pandang aku.
"Lelaki boleh menangis, tapi kena pada masanya. Waktu baca Quran, waktu berdoa, menangislah. Jangan setiap masa, semua benda nak menangis!" ujarku sambung bebel. Lalu memandang Amar yang berusaha menyedut airmatanya masuk kembali.
Hahahailahh... Sazah ni nak mengajar ke nak marah?😂
Bukan Hari Guru pun dapat hadiah juga. Ni yang buat sazah konfiden nak marah selalu. Sebab sazah tau korang sayang usazah😜 |
Pernah baca ahli psikologi mengatakan, idea 'lelaki tak boleh menangis' tu SALAH. Ia menafikan fitrah manusia nak meluah perasaan. Masyarakat Melayu selalu ajar anak lelaki jangan menangis, jangan tunjuk lemah, kena tahan emosi, akhirnya mereka jadi jiwa kacau. Tak tahu nak salur dan luah emosi. Akibatnya buat benda mengarut atau MENGAMUK!
Lelaki pun manusia. Anak lelaki dan perempuan sama-sama perlu diajar meluah perasaan, berekspresi dengan cara yang betul.
Aku tak diajar itu semua. Sebab tu aku jadi rimau tua macam ni. Hahaha. Moga nasib murid-muridku lebih baik daripada sazahnya ni.
Kemudian sebelum balik, Amar datang menyalamiku. "Bye-bye ustazah, saya sayang ustazah."
"Bye.. Sayang kamu jugak," balasku spontan. Dalam hati sebenarnya terkejut sebab tadi aku marah dia. Dia cakap sayang aku pulak!
Esoknya, semua murid ikut Amar salam aku sebelum keluar.
Jangan cakap pasal SOP COVID-19. Aku cuma nak cerita pasal Amar si lelaki kecil hebat.
Emak dia ajar mantera "Lelaki kan hebat!" supaya anak lelakinya berhenti menangis dan jadi hebat.
InsyaAllah, ibu hebat ini akan dapat apa yang dibentuknya. Amin..
Ulasan
Catat Ulasan